Wed Jan 14 2015
Masyarakat Hindu Malaysia membeli pelbagai jenis barang sebagai persiapan untuk sambutan perayaan Ponggal pada 15 Januari. Thai Ponggal merupakan perayaan menuai yang diraikan oleh masyarakat Hindu di seluruh dunia pada penghujung musim menuai. Ponggal adalah perayaan empat hari di mana biasanya diraikan dari 13 Januari sehingga 16 dalam kalendar Gregorian, hari terakhir dalam bulan Margazhi mengikut takwim Tamil sehingga hari ketiga dalam bulan Thai. - Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Seorang penjual bunga di Little India, Brickfields sedang sibuk membuat persediaan terakhir untuk sambutan perayaan Poongal pada 15 Januari, 2015. - Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Seorang lelaki sedang meneliti sebuah tembikar semasa persiapan hari ponggal pada 15 Januari.'Pongalo Ponggal ' akan kedengaran bersorak riang apabila susu mendidih dan melimpah keluar daripada 'ponggapanai'(periuk tanah liat) tersebut ketika sambutan Pongal. - Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Seorang penjual sedang menggantungkan bunga Malai untuk jualan sempena perayaan Ponggal pada 15 Januari di Little India, Brickfields. - Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Aksesori memainkan peranan penting dalam mana-mana sambutan seperti perayaan Ponggal. Seorang kanak-kanak perempuan sedang mencuba memakai, 'kolusu' (gelang kaki) oleh ibunya. - Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Seorang pelanggan sedang sibuk memilih periuk tanah liat buat pelanggan yang ingin mendapatkannya bagi sambutan perayaan Ponggal pada 15 Januari, 2015. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
PM Australia rombak kabinet menjelang PRU
Albanese menyifatkan perubahan dalam kabinet ini sebagai langkah untuk memastikan kerajaan terus "kuat, bersatu dan stabil" selepas peletakan jawatan Bill Shorten sebagai Menteri Skim Insurans Hilang Upaya Nasional (NDIS) dan Perkhidmatan Kerajaan.
10 Berita Pilihan - (16 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Jumaat – 17 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jimat minyak sambil bantu rakyat Palestin di Gaza
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Iltizam Relief Society, Mohd Shah Sapiei, produk FuelPlus terbukti memberi manfaat kepada pemilik kenderaan dengan menjimatkan penggunaan bahan api serta penjagaan enjin yang lebih baik.
KPDN teliti syor larang warga asing beli minyak masak paket
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan meningkatkan operasi penguatkuasaan bagi mengekang isu ketirisan minyak masak paket bersubsidi.
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, ini termasuk meneliti cadangan untuk melarang warga asing daripada membelinya.
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, ini termasuk meneliti cadangan untuk melarang warga asing daripada membelinya.
Jabatan Veterinar didakwa tidak siasat aduan
Jabatan Perkhidmatan Veterinar didakwa tidak menyiasat atau mengambil tindakan ke atas kes-kes penganiayaan haiwan yang dilaporkan.
Gunakan Akta Kebajikan Haiwan 2015 henti penganiayaan
Aktivis kebajikan haiwan mendesak kerajaan untuk memperketatkan penguatkuasaan undang-undang untuk menghentikan penganiyaan ke atas binatang dengan segera.
Tiga tuntutan perhimpunan rakyat benci rasuah termasuk menghentikan gejala rasuah
Menerusi sebuah kenyataan media oleh SRBR pada Khamis, antaranya termasuk tindakan pantas dan tegas terhadap semua kes rasuah melibatkan ahli politik tanpa sebarang pilih kasih.
Najib mengaku bersemuka, tidak selesa gaya hidup mewah Jho Low
Najib juga tidak pernah mengesahkan dakwaan pembelian hartanah bernilai jutaan ringgit dan karya seni oleh Jhoe Low adalah bagi pihak Sheikh Mansour Zayed Al Nahyan, iaitu adik kepada Putera Mahkota Abu Dhabi.
KDN pertimbang kuota tambahan untuk pekerja asing sektor kepala sawit
Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedia mempertimbangkan kelulusan kuota khas pekerja asing khususnya bagi sektor perladangan Kelapa Sawit.
Menteri Dalam Negeri,Saifuddin Nasution Ismail berkata, pertimbangan itu dibuat susulan kekurangan tenaga kerja dalam sektor tersebut, selepas kerajaan membekunya sejak September tahun lepas.
Menteri Dalam Negeri,Saifuddin Nasution Ismail berkata, pertimbangan itu dibuat susulan kekurangan tenaga kerja dalam sektor tersebut, selepas kerajaan membekunya sejak September tahun lepas.