UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

Pertabalan DYMM Paduka Seri Sultan Perak XXXV

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim telah tiba di Istana Iskandariah

Wed May 06 2015
Sultan Nazrin Muizzuddin Shah melakukan pemeriksaan kawalan kehormatan. -AWANI / SHAHIR OMAR

Sultan Nazrin Muizzuddin Shah tiba di Istana Iskandariah Kuala Kangsar, Perak dan memulakan  pemeriksaan kawalan kehormatan. AWANI/SHAHIR OMAR

Istiadat 'Tabal Adat' akan menyaksikan dua acara iaitu Pertabalan Sultan Nazrin sebagai Sultan Perak XXXV dan pemasyhuran gelaran Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak. Pemasyhuran akan diumumkan oleh Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jeneral (B) Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin. Ia akan diikuti dengan laungan Daulat Tuanku untuk Sultan Nazrin dan 'Daulat' untuk Tuanku Zara Salim sebanyak tiga kali. -Astro AWANI/Shahir Omar

Istiadat 'Tabal Adat' akan menyaksikan dua acara iaitu Pertabalan Sultan Nazrin sebagai Sultan Perak XXXV dan pemasyhuran gelaran Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak. Pemasyhuran akan diumumkan oleh Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jeneral (B) Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin. Ia akan diikuti dengan laungan "Daulat Tuanku" untuk Sultan Nazrin dan 'Daulat' untuk Tuanku Zara Salim sebanyak tiga kali. -Astro AWANI/Shahir Omar

Paluan Nobat yang memainkan lagu 'Raja Berangkat' serentak mengiringi keberangkatan tiba Sultan Perak dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim yang masing-masing lengkap berpakaian songket kuning diraja. ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR

Istiadat Tabal Adat yang menandakan kesinambungan teraju pemerintahan Perak itu bermula dengan para jejawat yang membawa masuk masing-masing 16 lembing dan payung kerajaan mengambil tempat di kiri kanan Balairung Seri.
 AWANI / SHAHIR OMAR

Istiadat Tabal Adat yang menandakan kesinambungan teraju pemerintahan Perak itu bermula dengan para jejawat yang membawa masuk masing-masing 16 lembing dan payung kerajaan mengambil tempat di kiri kanan Balairung Seri. AWANI / SHAHIR OMAR

Terdahulu Sultan Nazrin Shah menerima Hormat Diraja yang diiringi lagu kebesaran negeri Perak Darul Ridzuan oleh pasukan pancaragam Tentera Laut Diraja Malaysia di dataran istana pada pukul 9 pagi. Baginda kemudian berkenan memeriksa Kawalan Kehormat pasukan Rejimen Askar Jurutera Diraja Divisyen 2 sebelum istiadat tersebut diteruskan di Balairung Seri. ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR

Kawalan Kehormat pasukan Rejimen Askar Jurutera Diraja Divisyen 2 sebelum istiadat tersebut diteruskan di Balairung Seri. ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR

Sultan Nazrin Shah segak dengan persalinan yang dilengkapi, antaranya, tanjak, Rantai Bunga Nyiur (rantai panjang berkerawang seperti bunga nyiur yang dipakai bersilang) dan Pontoh Bernaga (sepasang gelang yang disarung di lengan kanan dan kiri Sultan Perak) manakala Tuanku Zara memakai antara lain tiara, Agok (kalung emas), Dokoh (perhiasan emas berpermata) dan Pontoh Ular Lidi - kesemuanya merupakan Perkakasan Kebesaran Kerajaan Negeri. - ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR

Sultan Nazrin Shah menerima Hormat Diraja yang diiringi lagu kebesaran negeri Perak Darul Ridzuan oleh pasukan pancaragam Tentera Laut Diraja Malaysia di dataran istana pada pukul 9 pagi. AWANI / SHAHIR OMAR

Raja Nazira Safya Shah dan Raja Azlan Muzzaffar Shah ketika upacara Tabal Adat - ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR

Bandar diraja Kuala Kangsar meriah dengan Istiadat Pertabalan Sultan Perak XXXV Sultan Nazrin Shah di Istana Iskandariah sejak pukul 7 pagi 6 Mei. - ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR

Sultan Nazrin mengucup Pedang Cura Si Manja Kini. -Ihsan Jabatan Penerangan Malaysia

Toh Seri Nara DiRaja,  Mohamed Sah Bin Nong Chick menyunting Chap Halilintar ke telinga kanan DYMM Paduka Seri Sultan Perak sambil membisikkan Rahsia Nisab Sultani. -Ihsan Jabatan Penerangan Malaysia

Toh Seri Nara DiRaja, Mohamed Sah Bin Nong Chick menyunting Chap Halilintar ke telinga kanan DYMM Paduka Seri Sultan Perak sambil membisikkan "Rahsia Nisab Sultani". -Ihsan Jabatan Penerangan Malaysia

Sultan Nazrin dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berkenan berangkat pada Istiadat Pertabalan Sultan Perak XXXV di Istana Iskandariah. -fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA

Sultan Nazrin berkenan mengucup Al-Quran pada Istiadat Pertabalan Sultan Perak XXXV di Istana Iskandariah. Turut berangkat Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim. -fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA

Sultan Nazrin dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim ketika Istiadat Pertabalan Sultan Perak XXXV di Istana Iskandariah. fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir

Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace

Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan

Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece

NHS England dimansuhkan, elak pertindihan

Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan

Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti

Elaun pelatih PLKN digantikan elaun perjalanan berstruktur

Jho Low masih dalam senarai permohonan notis merah INTERPOL