Tue Oct 21 2014


Penganalisis meramalkan Presiden baharu Indonesia, Joko Widodo, bakal berdepan cabaran besar untuk melaksanakan janji perubahan. -AP Photo/Mark Baker

Bekas presiden Susilo Bambang Yudhoyono, kiri, berdiri di sebelah penggantinya iaitu presiden Indonesia ke-7 Joko Widodo sebelum majlis angkat sumpah. -AP Photo/Mark Baker

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor turut hadir ke majlis angkat sumpah presiden Indonesia Joko Widodo. -EPA/BAGUS INDAHONO

Presiden Indonesia Joko Widodo(kanan), bekas presiden Susilo Bambang Yudhoyono (kiri) Ketua Majlis Permusyawaratan Rakyat (MPR) Zulkifli Hasan (tengah), naib presiden Indonesia Jusuf Kalla dan bekas naib presiden Budiono melambai kepada media sebelum majlis angkat sumpah. -EPA/BAGUS INDAHONO

Kristiani Yudhoyono (kiri), isteri Susilo Bambang Yudhoyono, berdiri di sisi Iriana Widodo, isteri Joko Widodo sebelum majlis pelantikan Presiden ke-7 Indonesia, 20 Okt 2014. -Foto AP/Mark Baker

Setiausaha Negara Amerika Syarikat John Kerry tiba di Bangunan Parlimen di Jakarta untuk majlis angkat sumpah Joko Widodo sebagai presiden Indonesia ke-7 pada Isnin, 20 Oktober, 2014. - AP Photo/Dita Alangkara

Presiden Indonesia Joko Widodo berikrar untuk bersama-sama dengan masyarakat antarabangsa dalam setiap usaha bagi mengekalkan keamanan dan kedamaian dunia. - EPA/Adi Weda

Dalam pidato perdananya sebagai Presiden, Joko Widodo yang mesra dengan panggilan 'Jokowi', mengajak semua golongan bekerja keras. Mulai dari nelayan, pedagang bakso dan pengusaha, semuanya diajak untuk bahu-membahu demi masa depan Indonesia. - EPA/Adi Weda

Presiden Joko Widodo mengakhiri pidato perdananya sebagai presiden dengan melaungkan "Merdeka... Merdeka... Merdeka!" - AP Photo/Dita Alangkara

Ahli parlimen Indonesia berdiri dan menyanyikan lagu kebangsaan Indonesia ketika majlis angkat sumpah presiden ke-7, Joko Widodo. - AP Photo/Dita Alangkara

Joko Widodo dan isteri beliau Iriana melambai kepada pihak media selepas majlis angkat sumpah pada Isnin, 20 Oktober, 2014. - AP Photo/Mark Baker

Setiausaha Negara Amerika Syarikat John Kerry mengucapkan tahniah kepada presiden Indonesia ke-7 Joko Widodo. - AP Photo/Mark Baker

Presiden Indonesia ke-7 Joko Widodo melambai tangan sebelum menaiki kereta dan meninggalkan Bangunan Parlimen selepas selesai majlis angkat sumpah. - AP Photo/Mark Baker

Presiden Indonesia Joko Widodo dan naib presiden Jusuf Kalla ketika selesai majlis angkat sumpah di Bangunan Parlimen, Jakarta. Jokowi berjanji mahu mencapai pertumbuhan ekonomi 7 peratus atau lebih serta menyediakan 10 juta pekerjaan baru, pendidikan percuma selama 12 tahun untuk kanak-kanak serta tanah pertanian kepada 4.5 juta keluarga. - AP Photo/Dita Alangkara

Aksi presiden Indonesia Joko Widodo ketika acara perbarisan di Jakarta pada Isnin, 20 Oktober, 2014. - AP Photo/Achmad Ibraham

Presiden Joko Widodo mengangkat sumpah untuk memegang jawatan itu untuk selama lima tahun. Istiadat itu mendapat liputan meluas oleh semua media tempatan dan asing sambil disaksikan berjuta rakyat republik itu. - AP Photo/Mark Baker

Presiden Indonesia Joko Widodo melambai kepada para penyokong beliau ketika acara perbarisan. - AP Photo/Mark Baker

Penyokong Presiden Joko Widodo mengangkat bendera Indonesia pada acara perbarisan setelah majlis angkat sumpah. - AP Photo/Achmad Ibrahim

Presiden Indonesia Joko Widodo bersalaman dengan bekas naib presiden Boediono sambil disaksikan oleh bekas presiden, Susilo Bambang Yudhoyono dan bekas naib presiden, Jusuf Kalla. - AFP Photo/Romeo Gacad

Bekas presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono (kanan) memeluk presiden Indonesia yang baharu Joko Widodo setelah selesai majlis angkat sumpah yang berlangsung di Majlis Permusyawaratan Rakyat (MPR). - AFP Photo/Romeo Gacad

Warga Indonesia di Solo, Jawa Tengah, bersorak menandakan sokongan mereka terhadap Presiden Indonesia baru, Joko Widodo. - EPA/Mohammad Ali

Presiden Indonesia Joko Widodo (kanan) bertemu dengan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak di Istana Presiden di Jakarta. - AP Photo/Tatan Syuflana/Pool

Presiden Indonesia Joko Widodo (tengah, kiri) dan Naib Presiden Jusuf Kalla (tengah, kanan) melambaikan tangan ke arah penyokong-penyokong ketika mereka tiba di Istana Presiden untuk menghadiri majlis menyambut kehadiran beliau ke kediaman rasmi dan pejabat baharu. - EPA/Mast Irham/POOL

Presiden Indonesia Joko Widodo (tengah) berdiri di sebelah bekas presiden Susilo Bambang Yudhoyono (kiri) dan wanita pertama Iriana Widodo (kanan, baju oren) di istana presiden setelah istiadat ketenteraan berlangsung. Joko Widodo menyeru agar rakyat Indonesia untuk bersatu dan bekerja keras. - EPA/Adek Berry/POOL
PETRONAS catat keuntungan bersih RM55.1 bilion, turun 32 peratus
Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) mencatatkan keuntungan selepas cukai (PAT) sebanyak RM55.1 bilion, bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024.

116 pelatih PLKN 3.0 berjaya tamat latihan hari ini, modul latihan diterima baik - Adly
Sebanyak 116 pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 siri pertama berjaya menamatkan latihan selama 45 hari hari ini.
Pengurangan cukai antara langkah sokong PMKS - Abdul Rahman
Pengurangan cukai antara sokongan atau insentif yang diberikan kepada Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) bagi memastikan mereka dapat menyesuaikan diri semasa tempoh peralihan apabila gaji minimum baharu dilaksanakan.
16 individu termasuk pemilik syarikat dan pegawai dagang ditahan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan 16 individu termasuk pemilik syarikat dan pegawai dagang kerana disyaki terlibat merasuah penguat kuasa dalam memproses dan melupus sisa elektrik dan elektronik (e-waste) yang tidak dibenarkan.
Kanak-kanak baru boleh berjalan hilang, dipercayai dihanyut arus sungai
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 19 bulan yang baru boleh berjalan hilang dipercayai dihanyutkan arus sungai.

Selangor wujud garis panduan amalan tarekat tahun ini - Exco Agama
Kerajaan Selangor akan mewujudkan garis panduan amalan tarekat bagi mengekang amalan yang bertentangan dengan akidah.

HUAWEI MATE XT Ultimate Design dilancarkan di Malaysia, tawar teknologi tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

2 pelajar universiti lakukan hubungan sejenis dihukum sebat secara terbuka di Aceh
Sebuah mahkamah di wilayah Aceh pada Isnin menjatuhi hukuman sebat secara terbuka ke atas dua lelaki selepas mereka mengaku bersalah melakukan hubungan sejenis, kata seorang pegawai.

Penolong jurutera kanan didakwa terima RM270,400 berkaitan kerja rasminya
Seorang penolong jurutera kanan sebuah agensi kerajaan didakwa menerima wang berjumlah RM270,400 yang berkaitan dengan kerja rasminya.

'Tunggu khabar gembira mengenai Yassin beberapa minggu lagi’ - Azlee
Pelawak senior yang juga anggota kumpulan Senario, Azlee akhirnya berkongsi khabar gembira mengenai sahabatnya, Yassin Yahya atau Yassin Senario.