UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

Wajah Hong Kong yang tidak lagi dikenali

Seorang pelajar membasuh muka dengan air selepas terkena semburan lada daripada polis. Polis Hong Kong menggunakan gas pemedih mata sebagai tanda amaran untuk meleraikan ribuan penunjuk perasaan pro demokrasi yang berhimpun di luar ibu pejabat kerajaan Hong Kong untuk mencabar kerajaan Beijing yang menyekat perubahan demokratik di bandar itu pada hari Ahad, 28 September 2014. - AP Photo / Wally Santana

Mon Sep 29 2014

Waktu rehat di waktu pagi di Hong Kong, penunjuk perasaan masih berdemostrasi walaupun keletihan. Pelajar berdemostrasi keatas kerajaan Hong Kong bermula sejak 25 September, sebelum menyusul protes hak demokrasi yang lebih besar. Protes ini dikenali sebagai  'Occupy Central with Love and Peace' bertujuan untuk memberi tekanan kepada pentadbiran Hong Kong dan  kerajaan Beijing. - Gambar daripada Twitter Jerome Taylors bertarikh 29 September

Polis dalam keadaan berjaga-jaga di Daerah Kowloon Yau Tsim Mong ketika beribu-ribu penunjuk perasaan menggunakan jalan itu sebagai tindak balas kepada pentadbiran China yang didakwa menghalang mereka untuk memilih siapa pemimpin mereka yang seterusnya. - Gambar Facebook diambil pada 28 September 2014.

Mongkok, salah sebuah kawasan pinggir bandar paling padat dengan penduduk yang juga merupakan lokasi kedua protes di pelabuhan di Kowloon  menyaksikan ketegangan di antara penunjuk perasaan dan orang awam yang kecewa dengan protes tersebut.- Gambar Facebook diambil pada 28 September 2014.

Perkhidmatan MRT Causeway Bay terpaksa ditutup untuk kegunaan orang ramai selepas rangkaian tren utama telah disekat oleh pihak berkuasa. Perkhidmatan kereta api bawah tanah di bandar itu sebahagian besarnya tidak terjejas namun beberapa stesen untuk keluar daerah terpaksa ditutup selepas penunjuk perasaan menyekat lokasi itu dengan penghadang. - Gambar Facebook pada 28 September 2014

Polis terpaksa menggunakan gas pemedih mata apabila pertembungan antara polis dan penyokong pro demokrasi bertambah buruk di jalan-jalan sekitar Hong Kong. Pergerakan penunjuk perasaan yang dikenali sebagai 'Occupy Central' adalah bertujuan untuk memberi tekanan kepada pihak kerajaan Beijing. - Gambar Facebook, 28 September 2014.

Anggota-anggota polis dalam keadaan berjaga-jaga di Daerah Kowloon Yau Tshim Mong ketika ribuan penunjuk perasaan menggunakan jalan-jalan sekitar daerah ini sebagai tanda tindak balas kepada pentadbiran China yang didakwa menghalang mereka untuk memilih pemimpin mereka. - Gambar Facebook, 28 September.

Stesen keretapi Mong Kok dijadikan sebagai pusat pembekalan peralatan untuk tunjuk perasaan. Ia terletak di sebelah Bank Perdagangan Nathan Shanghai. Antara yang dibekalkan adalah air, makanan dan topeng. - Gambar Facebook 28 September 2014.

Stesen keretapi Mong Kok kini disekat daripada kegunaan orang ramai selepas stesen keretapi utama ditutup oleh pihak berkuasa. Pihak berkuasa Hong Kong berkata lebih daripada dua ratus laluan bas terpaksa digantung atau dialihkan manakala rangkaian trem di bahagian tengah telah dihentikan. - Gambar Facebook, 28 September 14.

Penunjuk perasaan mula memenuhi jalan-jalan di sekitar bandar Hong Kong bermula 25 September 2014. Protes kumpulan pro-demokrasi yang berlangsung di Hong Kong menyebabkan sekolah dan premis perniagaan ditutup walaupun bursa saham di bandar itu dikatakan akan terus beroperasi seperti biasa. - Gambar Facebook, 28 September.

Kelihatan satu papan tanda bertulis Love Hugs ketika berlangsung demonstrasi secara besar-besaran sempena kempen Occupy Central di Hong Kong, China pada 29 September 2014. Beberapa kawasan di bandar itu termasuklah Central, Admiralty, Causeway Bay, dan juga Mong Kok di Kowloon disekat oleh penunjuk perasaan Occupy Central. Mereka menyekat jalan utama dan jalan-jalan lain dengan menggunakan besi, kon jalan polis dan pelbagai jenis perabot. Protes ini berlaku berikutan keputusan dewan perundangan kerajaan China yang menyekat pencalonan Ketua Eksekutif pada tahun 2017. Calon yang menang undi popular perlu dilantik secara rasmi oleh kerajaan pusat. -  EPA / ALEX HOFFORD

Kelihatan satu papan tanda bertulis "Love Hugs" ketika berlangsung demonstrasi secara besar-besaran sempena kempen "Occupy Central" di Hong Kong, China pada 29 September 2014. Beberapa kawasan di bandar itu termasuklah Central, Admiralty, Causeway Bay, dan juga Mong Kok di Kowloon disekat oleh penunjuk perasaan "Occupy Central". Mereka menyekat jalan utama dan jalan-jalan lain dengan menggunakan besi, kon jalan polis dan pelbagai jenis perabot. Protes ini berlaku berikutan keputusan dewan perundangan kerajaan China yang menyekat pencalonan Ketua Eksekutif pada tahun 2017. Calon yang menang undi popular perlu dilantik secara rasmi oleh kerajaan pusat. - EPA / ALEX HOFFORD

Polis anti rusuhan menggunakan semburan lada hitam kepada penunjuk perasaan selepas ribuan antara mereka menghalang jalan-jalan utama ke pusat daerah kewangan yang berada di luar ibu pejabat kerajaan Hong Kong pada Ahad 28 September 2014. Beberapa pengguna perkhidmatan awam yang mahu ke tempat kerja turut terkandas ekoran penunjuk perasaan terus berdegil enggan bersurai dan mengawal beberapa jalan utama di bandar tersebut. - AP Photo/Vincent Yu

Polis anti rusuhan menggunakan semburan lada hitam kepada penunjuk perasaan selepas ribuan antara mereka menghalang jalan-jalan utama ke pusat daerah kewangan yang berada di luar ibu pejabat kerajaan Hong Kong pada Ahad 28 September 2014. Beberapa pengguna perkhidmatan awam yang mahu ke tempat kerja turut terkandas ekoran penunjuk perasaan terus berdegil enggan bersurai dan mengawal beberapa jalan utama di bandar tersebut. - AP Photo/Vincent Yu

Seorang pelajar membasuh muka dengan air selepas terkena semburan lada daripada polis. Polis Hong Kong menggunakan gas pemedih mata sebagai tanda amaran untuk meleraikan ribuan penunjuk perasaan pro demokrasi yang berhimpun di luar ibu pejabat kerajaan Hong Kong untuk mencabar kerajaan Beijing yang menyekat perubahan demokratik di bandar itu pada hari Ahad, 28 September 2014. - AP Photo / Wally Santana

Seorang pelajar membasuh muka dengan air selepas terkena semburan lada daripada polis. Polis Hong Kong menggunakan gas pemedih mata sebagai tanda amaran untuk meleraikan ribuan penunjuk perasaan pro demokrasi yang berhimpun di luar ibu pejabat kerajaan Hong Kong untuk mencabar kerajaan Beijing yang menyekat perubahan demokratik di bandar itu pada hari Ahad, 28 September 2014. - AP Photo / Wally Santana

Kumpulan pelajar berhimpun di hadapan ibu pejabat kerajaan Hong Kong pada petang Ahad 28 September 2014. Satu pertempuran berlaku antara ribuan penyokong pro demokrasi Hong Kong di mana keadaan bertambah huru-hara selepas polis mengambil tindakan tegas dengan menggunakan gas pemedih mata. - AP Photo/Wally Santana

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini

Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.
Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir

Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.
Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23

Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.
Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih

Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025

Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025

Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)

10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)

Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat

Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan

Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke

Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah

Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.