Fri Apr 08 2016
Umpama padang jarak padang terkukur. Kawasan yang sepatutnya hijau dan menadah air hujan diteroka dan dibalak untuk tujuan peladangan kelapa sawit di kaki Gunung Dulang yang merupakan kawasan tadahan air utama di Sungai Tembeling. - Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
Sebuah jengkaut mengangkut hasil kayu balak haram yang berjaya dirampas pihak Jabatan Perhutanan Negeri Pahang. Longgokan rampasan balak yang ditemui di matau kayu balak di Kampung Pagi, Ulu Tembeling membuktikan wujud pembalakan haram di kawasan hutan rizab. - Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Tugas Harun Dollah adalah mengendalikan mesin jengkaut yang mengangkut hasil rampasan kayu balak dan menyimpannya di matau kayu balak di Kampung Pagi, Ulu Tembeling. - Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Hasil balak haram yang dirampas Jabatan Perhutanan Negeri Pahang akan diserahkan kepada Amanah Saham Pahang (ASPA) sebelum dilelongkan sebagai "kayu rampas". - Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Potret gambar Nik Suhaidin yang merupakan seorang pekerja dalam industri pembalakan. - Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Pandangan dari jarak dekat kayu balak yang ditebang. Sering kali kawasan tadahan air dan kawasan berbukit menjadi tumpuan aktiviti pembalakan kerana wujudnya spesies kayu berkualiti tinggi seperti merbau, meranti, seraya dan cengal. - Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Kawasan yang ditebang dan dibakar dengan meluas di kaki Gunung Dulang mendedahkan permukaan bumi kepada cuaca panas. - AWANI/SHAHIR OMAR
Pemandangan Sungai Tembeling dari lokasi tinggi memberikan gambaran lebih jelas keadaan sungai yang cetek sehingga menampakkan dasar sungai. Penduduk mendakwa paras air Sungai Tembeling semakin cetek hingga mencecah ke buku lali. - Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Salah seorang penduduk sedang bersiap sedia untuk menebar jaring di Sungai Kembir, Ulu Tembeling. Sungai Kembir adalah anak sungai yang terletak di hulu Sungai Tembeling, Pahang. - Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Sumber pencarian rezeki utama penduduk Kampung Bukit Mat Daling, Ulu Tembeling adalah perikanan. Namun penduduk mendakwa disebabkan air Sungai Tembeling yang semakin cetek menyebabkan sumber ikan juga semakin berkurangan. - Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Keadaan sungai kering turut menjejaskan penternakan ikan dalam sangkar di Temerloh, Pahang. Kira-kira 200 pengusaha ikan patin mendakwa mereka kerugian ratusan ribu ringgit akibat Sungai Pahang yang semakin cetek. - Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Penduduk memetik daun di tepi sungai untuk dijadikan ulam. Kehidupan di Kampung Mat Daling, Ulu Tembeling sangat bergantung kepada sungai sebagai sumber kehidupan. - Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Pemandangan panorama penerokaan di hutan rizab Gunung Ais yang merupakan salah satu kawasan tadahan air semula jadi utama Ulu Tembeling. - AWANI/SHAHIR OMAR
Disebabkan paras air Sungai Tembeling yang semakin cetek, penduduk tidak lagi perlu menggunakan bot untuk menyeberangi sungai, sebaliknya sekadar berjalan kaki.- Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Kesan penerokaan hutan di kaki Gunung Dulang, Ulu Tembeling, Pahang yang telah ditebang dan dibakar untuk tujuan peladangan kelapa sawit. - Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Penduduk singgah di warung makan di Kampung Mat Daling ,Ulu Tembeling Pahang selepas solat Maghrib. - Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Kira-kira 2,000 hektar kawasan hutan di kaki Gunung Dulang dibalak dan diteroka untuk tujuan peladangan kelapa sawit. Penduduk mendakwa paras Sungai Tembeling yang semakin kering disebabkan aktiviti pembalakan tidak terkawal di kawasan tadahan air Ulu Tembeling.- Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Murid-murid Sekolah Kebangsaan Bukit Mat Daling, Ulu Tembeling ini adalah generasi yang akan mewarisi Sungai Tembeling serta kawasan tadahan air yang semakin tenat. - Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Pemandangan yang menjadi lumrah iaitu lori balak keluar dari hutan dengan membawa hasil balak. - Astro AWANI / SHAHIR OMAR
KESUMA teruskan libat urus berhubung gaji minimum - Sim
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan terus mengadakan sesi libat urus dengan pelbagai pihak berhubung pelaksanaan gaji minimum supaya dasar itu boleh ditambah baik dari semasa ke semasa.
Ke arah Kuala Lumpur lebih inklusif, lestari dan selesa didiami - Lee Lam Thye
Orang ramai diingatkan untuk merenung kemajuan ibu negara dan terus berusaha menjadikan bandar raya ini lebih inklusif, lestari dan selesa untuk didiami.
Pengurusan taman tema dipanggil setelah laporan penuh dibentang - Amirudin
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata pertemuan itu juga mungkin melibatkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) setelah maklumat penuh diperoleh.
EU laksana had sekatan penggunaan AI
Keperluan baharu untuk mengawal selia penggunaan kecerdasan buatan (AI) mula dikuatkuasakan di Kesatuan Eropah (EU) pada Ahad dengan pelaksanaan Akta AI EU.
Penggiliran kerja petugas kaunter dilaksana secara berfasa
Pelaksanaan sistem penggiliran kerja bagi penjawat awam yang telah berkhidmat lebih lima tahun di kaunter perkhidmatan telah dilaksanakan bermula Januari 2025 secara berfasa.
ASEAN: Anwar adakan pertemuan dengan Thaksin dan George Yeo
Dalam pertemuan tersebut, pelbagai isu penting serantau dibincangkan termasuk situasi di Myanmar serta pembangunan mata wang kripto.
Tiga ditahan susulan dua kes rogol berasingan
Polis menahan tiga lelaki termasuk warga emas bagi membantu siasatan bersabit dua kes rogol berasingan di Jeram, Kuala Selangor semalam.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Februari 2025.
Ahmad Fadzli dilantik Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor baharu
Pegawai Kewangan Negeri Selangor Datuk Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baharu berkuat kuasa esok.
Ratusan teruja saksi tayangan mempersona di Casa Batllo
Tayangan pemetaan video digital di bangunan Casa Batllo di Barcelona, Sepanyol menarik kehadiran ramai pengunjung pada Ahad. Artis Itali, Quayola mempersembahkan karya dikenali Arborescent itu, sebagai dedikasi kepada keindahan alam semula jadi.