Mon Dec 22 2014


Aksi comel 'panda' dengan topi Krismas memeriahkan acara pada Ahad. (AP Photo/Lai Seng Sin)

Dana hasil program 'anak angkat'itu akan disalurkan kepada WWF untuk usaha-usaha pemuliharaan alam semula jadi termasuk panda.- (AP Photo/Lai Seng Sin)

Sebanyak 1,600 arca panda yang diperbuat daripada papier-mache (kertas tumbuk) itu boleh dimiliki oleh orang ramai dengan cara adoption (pengambilan anak angkat). -(AP Photo/Lai Seng Sin)

Acara itu diharap boleh memupuk kesedaran orang ramai terutama golongan muda berhubung pemuliharaan alam sekitar dan kebajikan haiwan secara pendekatan yang kreatif dan artistik.- AP Photo/Lai Seng Sin)

Gaya Paulo Grangeon yang menjadi tulang belakang disebalik acara jelajah 1600 'panda' ini. - EPA/AZHAR RAHIM

Artis Arca dari Perancis, Paulo Grangeon mengambil gambar bersama-sama 'panda' hasil sentuhannya di hadapan bangunan Sultan Abdul Samad pada Ahad.- EPA/AZHAR RAHIM

Malaysia merupakan lokasi ketiga pameran 1,600 panda itu yang berlangsung di rantau Asia.- EPA/AZHAR RAHIM

Patung berbentuk panda dalam pelbagai aksi yang dipamerkan di atas jalan itu menjadi simbol kepada anggaran bilangan haiwan itu di dunia bagi meneruskan survival dalam habitat liar. - EPA/AZHAR RAHIM

Orang ramai boleh memiliki 1,600 patung panda itu sebagai 'anak angkat', secara dalam talian di laman facebook 1,600-pandas-MY, dengan membayar RM150 seunit mulai 12 Jan depan. - EPA/AZHAR RAHIM

Ketika melancarkan acara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mah Siew Keong berkata siri jelajah itu akan singgah di 15 lokasi di Malaysia termasuk Dataran Putrajaya, Batu Caves di Selangor, Menara Condong Teluk Intan di Perak dan Bangunan Stadthuys di Melaka.--fotoBERNAMA

Siti Zakiah Zakaria (kanan) bersama Candace Lai berpeluang melihat patung panda dengan lebih dekat pada majlis pelancaran Siri Jelajah Dunia '1600 Pandas' pada Ahad. --fotoBERNAMA

Malaysia merupakan lokasi ketiga di Asia selepas Hong Kong dan Taiwan, dan panda-panda ini akan memulakan perjalanan ke lebih 15 lokasi ikonik di seluruh negara pada 21 Disember 2014 hingga 25 Januari 2015. --fotoBERNAMA

Ia merupakan sebahagian daripada 'Siri Jelajah Dunia 1,600 Panda', yang kini berlangsung di Malaysia mulai Ahad hingga 25 Jan 2015 bagi menyedarkan orang ramai tentang ancaman kepupusan haiwan berkenaan. - AFP PHOTO / MANAN VATSYAYANA

Kehadiran 1,600 'panda' di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad Kuala Lumpur menarik perhatian warga kota dan pelancong yang mengunjungi Dataran Merdeka sempena cuti sekolah dan cuti hujung minggu. (AP Photo/Lai Seng Sin)

Acara itu diadakan dengan kerjasama Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) dan artis arca terkenal Perancis, Paulo Grangeon. -(AP Photo/Lai Seng Sin)

Pengangkutan awam Jerman tergendala susulan kebuntuan rundingan gaji
Mogok yang bermula pada 3 pagi (0200 GMT) itu menjejaskan perkhidmatan pengangkutan awam di beberapa negeri.

Jemaah menteri perlu terbuka terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
Anwar turut mengingatkan Jemaah Menteri mengenai perlunya kesatuan dan kebersamaan sekali gus berfungsi sebagai sebuah kerajaan MADANI.

Sidang kemuncak pemimpin Arab bermula di Riyadh di sebalik perancangan pembangunan semula Gaza
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh.

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.