Thu Nov 20 2014
Olivia Ahmed mengorek salji yang setebal lima kaki bagi membuat laluan di kejiranan Lakeview di Buffalo pada 19 November 2014 selepas New York dan beberapa buah bandaraya lain di Amerika Syarikat teruk dilanda ribut salji. - John Normile/Getty Images/AFP
Seorang lelaki mengisi petrol ke tangki keretanya dalam cuaca bersalji yang semakin buruk di Brownville, New York. Kesan ribut salji tersebut telah melumpuhkan aktiviti rakyat termasuk memutuskan hubungan pengangkutan jalan raya. - AP/The Watertown Daily Times, Justin Sorensen
Sudut pandangan udara menunjukkan keadaan rumah-rumah kediaman yang dilitupi salji tebal di sebuah kejiranan di West Seneca, New York semalam. AP/The Buffalo News/Derek Gee
Sebuah jentera pembersih salji giat membersihkan sebatang jalan di kejiranan Cheektowaga semalam memandangkan salji setebal enam kaki telah melumpuhkan laluan perhubungan di banyak kawasan di New York. AP/The Buffalo News/Sharon Cantillon
Michael Ostrander bertungkus-lumus membersihkan laluan di hadapan pintu masuk kediamannya yang terletak di kejiranan Buffalo, New York kerana dilitupi salji setebal hampir lima kaki. - AFP/John Normile
Gambar yang dikeluarkan Pasukan Keselamatan Kebangsaan Amerika Syarikat bertarikh 19 NOvember 2014 ini menunjukkan salji tebal yang mencapai ketinggian bumbung di bangunan Eden Heights di West Seneca, New York. - AFP/US National Guard
Kenderaan bergerak dengan perlahan dan tidak lancar di sekitar kejiranan South Buffalo, New York semalam berikutan kawasan tersebut dilitupi salji setebal sekurang-kurangnya lima kaki. - AP/The Buffalo News, Derek Gee
Pemandu lori treler Charles Miller berehat di ruang sempit di belakang tempat duduk pemandu kerana terkandas di Hamburg, New York berikutan jalan perhubungan yang lumpuh akibat diselubungi salji tebal. - AP/The Buffalo News/Harry Scull Jr.
Sebuah pesawat penumpang bergerak dengan berhati-hati setelah mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Buffalo Niagara beberapa hari selepas insiden ribut salji ekstrem melanda New York. - AP/Gary Wiepert
Penduduk kejiranan di Lancaster, New York keluar bersama dalam usaha mendapatkan bekalan makanan dan petrol setelah kawasan mereka dilanda ribut salji teruk hingga melumpuhkan jaringan perhubungan. - AP/Gary Wiepert
Nahas Black Hawk-American Airlines boleh dielak - Trump
Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan oleh pasukan penyelamat tempatan dan tentera.
AWANI Ringkas: Empat ditahan kes rempuh di luar kelab malam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Nahas Black Hawk-American Airlines: 18 mayat ditemukan di Sungai Potomac
Polis berkata terdapat sekurang-kurangnya tiga kawasan serpihan di dalam air dikenal pasti dan sekurang-kurangnya 18 mayat telah ditemukan.
Pesawat terhempas di Selatan Sudan, 20 terkorban
Nahas berlaku kira-kira 10 minit selepas berlepas, dipercayai akibat kegagalan struktur sayap pesawat.
Pihak berkuasa Korea Selatan siasat punca kebakaran pesawat Air Busan
Kebakaran berlaku ketika pesawat bersiap untuk berlepas ke Hong Kong, dipercayai berpunca daripada bateri mudah alih dalam ruang penyimpanan.
Pesawat terhempas di Selatan Sudan, 18 terkorban
18 dilaporkan terkorban dalam satu nahas melibatkan sebuah pesawat di Selatan Sudan. Pesawat yang dikendalikan oleh syarikat logistik Light Air Services itu dilaporkan sedang membawa jurutera dari telaga minyak Unity ke ibu negara, Juba.
Miki sedia sahut cabaran Jojo untuk beraksi di Sukan SEA Thailand
Miki, 16, bercita-cita untuk beraksi di ONE Championship dan akan menyertai Kejohanan Muay Thai Antarabangsa Wilayah Pahlawan 2025 di Dataran Merdeka pada 22 Feb.
Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya dan buruk melibatkan beberapa kawasan di negeri Sarawak sehingga Jumaat.
48 PPS diaktifkan di Sarawak
Laporan terkini situasi banjir di Sarawak bersama Wartawan AWANI Borneo, Fadilah Sulaiman yang berada di Miri.
Anggota tambahan JBPM digerak ke Bintulu bantu operasi banjir
Anggota tambahan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu, Miri, Labuan dan Kota Kinabalu (Sabah) telah digerakkan bagi membantu dalam kerja-kerja menyelamat dalam menghadapi bencana banjir di Bintulu.