Fri Dec 01 2017
Para peserta berarak sambil membawa sepanduk pada sambutan Maulidur Rasul Peringkat Pahang 2017 di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 pada 1 Disember 2017. Sebanyak 21 agensi kerajaan dan swasta menyertai perarakan yang bertemakan Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara. - fotoBERNAMA
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim (tengah) mengetuai perarakan 77 kontinjen pada sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Johor yang diadakan di Masjid Jamek Bandar Kluang pada 1 Disember 2017. Perbarisan sejauh kira-kira dua kilometer dari bangunan Arked Majlis Amanah Rakyat (MARA) ke Masjid Jamek Bandar Kluang itu turut disertai Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor Abd Mutalip Abd Rahim dan Setiausaha Kerajaan Johor Datuk Azmi Rohani. - fotoBERNAMA
Seramai 7,000 umat Islam mengambil bahagian dalam perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Melaka dari Stadium Hang Tuah ke Masjid Negeri Al Azim pada 1 Disember, 2017. - fotoBERNAMA
Sebahagian daripada 2,124 peserta mewakili 43 kontinjen berarak sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pulau Pinang di Masjid Nurul Iman, Bukit Panchor, Nibong Tebal, pada 1 Disember, 2017. --fotoBERNAMA
Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron (tengah) mengetuai perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Melaka dari Stadium Hang Tuah ke Masjid Negeri Al Azim, pada 1 Disember 2017. - fotoBERNAMA
Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berbual bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan di Masjid Wilayah Persekutuan pada 30 November 2017. Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. - fotoBERNAMA
Jemaah menunaikan Solat Maghrib pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, pada 30 November, 2017. - fotoBERNAMA
Penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan Orang Besar 8 Perak Datuk Dr Muhammad Afifi Al-Akiti (kiri) bersama Ahli Astronomi Dr Nur Adlyka Ainul Annuar bergambar bersama trofi selepas Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, pada 30 November 2017. --fotoBERNAMA
Mesir siap sedia buka semula sempadan Rafah untuk bantuan ke Gaza
Mesir sedang siap siaga untuk membuka semula Pintu Masuk Rafah bagi memudahkan penghantaran bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Gaza.
Najib mengaku bersemuka, tidak selesa gaya hidup mewah Jho Low
Semasa pemeriksaan balas oleh Mohamad Mustaffa, Najib berkata beliau tidak selesa dengan gaya hidup Jho Low dan bersemuka dengannya berhubung perkara itu.
AWANI Borneo [16/1/2025] – Hujan dari pagi| Penemuan task force| Tingkat pengeluaran
AWANI Borneo Khamis, 16 Januari 2025 bersama Pia Ernadya.
1. Banjir kilat di Sandakan.
2. Laporan akhir kematian pakar patologi Lahad Datu didedah bulan depan.
3. Sarawak sedia bekalkan jentera kepada petani kecil.
1. Banjir kilat di Sandakan.
2. Laporan akhir kematian pakar patologi Lahad Datu didedah bulan depan.
3. Sarawak sedia bekalkan jentera kepada petani kecil.
Op Ragada: Bekas Datuk Bandar antara empat lagi ditahan
Bekas Datuk Bandar antara empat lagi individu ditahan hari ini dan semalam menerusi Op Ragada bagi membantu siasatan kes pengubahan wang haram melibatkan sebuah syarikat penyiaran di Kuching, Sarawak.
Sarawak terokai sempadan baharu dalam pengeluaran SAF
Lawatan delegasi ini bertujuan menilai kebolehlaksanaan teknologi pengeluaran karbon dioksida dan hidrogen kepada SAF di Sarawak, dengan memanfaatkan sumber yang ada di wilayah ini untuk memenuhi permintaan global yang semakin meningkat terhadap bahan api lestari.
Sarawak sedia bekalkan jentera kepada petani kecil bagi tingkatkan pengeluaran padi
Dengan penggunaan mesin penuai dan pembajak padi, pesawah tidak perlu lagi membanting tulang seharian, malah dapat mengeluarkan sembilan kali ganda hasil padi dalam masa satu jam.
Malaysia harap gencatan senjata di Gaza berterusan - PM
Malaysia berharap perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas di Gaza dapat diteruskan dalam usaha mengelakkan kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa rakyat Palestin.
Penambahan penerbangan pacu sasaran 3.5 juta pelancong di Sabah
Dengan penambahan penerbangan keluar masuk dari Sabah bukan sahaja bakal melonjakkan kemasukan pelancong, malah dapat menjana sektor ekonomi negeri itu.
Laporan akhir kematian pakar patologi didedah bulan depan
Laporan akhir kematian pakar patologi di Lahad Datu didedah bulan depan
Laporan akhir pasukan petugas khas bebas berhubung kematian pakar perubatan patologi di Lahad Datu, Sabah dijangka didedahkan bulan depan.
Laporan akhir pasukan petugas khas bebas berhubung kematian pakar perubatan patologi di Lahad Datu, Sabah dijangka didedahkan bulan depan.
Kebenaran bina semula rumah mangsa belum diluluskan
Lebih 600 mangsa kebakaran di Kampung Sri Aman Dua di Tawau kini berada dalam dilema, kerana kebenaran untuk membina semula rumah masih belum diluluskan berikutan status tanah milik kerajaan.