Santai tropika Royale Chulan Cherating
Usah pergi jauh ke Santorini, atur percutian anda ke Royale Chulan Cherating. Segalanya di sini!
Sun May 05 2019
Pantai 'lekuk' seakan-akan teluk di muara Sungai Cherating masih tersergam indah dibelai ombak biru Laut China Selatan.
Susun aturnya yang bertingkat-tingkat menambah keunikan permata baharu pantai Cherating ini.
Lepas mandi, di kolam buatan atau pantai semula jadi, nikmati pula hangat mentari. Jangan dilupa sapu krim pelindung UV, 'rentung' pula nanti.
Kalau segan ke kolam renang besar, di aras resepsi ada satu lagi kolam yang memberikan sedikit privasi.
Melayan matahari terbenam dari sudut bangunan resepsi yang berhawa dingin ini menyempurnakan detik percutian.
Ini dia villa dua bilik tidur dengan kolam renang persendirian yang berada di lereng teratas Royale Chulan Cherating.
Lari dari sesak kota, namun anda masih boleh mengikuti perkembangan semasa dunia dengan pelbagai saluran siaran yang disediakan.
Asyik memandang ke ufuk laut, sesekali pandang pula ke hijau rimba untuk terapi jiwa.
Jangan malu, jangan segan. Kolam ini anda yang punya dan tiada siapapun akan mengganggu anda dan pasangan.
Hiasan dalaman berunsur warna kayu-kayuan yang cukup menenangkan di dalam penginapan villa Royale Chulan Cherating.
Ketenangan dan privasi yang ditawarkan amat sesuai untuk momen bulan madu terindah bagi pasangan dua sejoli.
Manjakan diri anda dengan urutan tradisional ditemani deruan ombak membelai pantai di unit Beach Chalet.
Sudut halaman resort yang berlandskap subur amat sesuai untuk dijadikan lokasi penggambaran drama televisyen mahupun filem.
Royale Chulan Cherating juga tidak meminggirkan kehendak pengembara yang mahukan penginapan bajet dengan fasiliti lima bintang.
Elemen minimalis menjadi tema hiasan unit chalet mesra bajet di Royale Chulan Cherating.
Puas berkocak di pantai, anda boleh menapak denai menyusuri hutan bukit di dalam kawasan premis pusat penginapan ini.
Tidak jauh dari hotel, terdapat hutan paya bakau yang boleh diterokai dengan mengikuti perkhidmatan bot oleh pengusaha tempatan.
Masakan tempatan menjadi taruhan dapur Ocean Restaurant, Royale Chulan Cherating.
Usah pergi jauh ke Santorini, atur percutian anda ke Royale Chulan Cherating. Segalanya di sini!
LKIM mahu perbanyak bot nelayan laut dalam, bantu kekang pencerobohan
JS-SEZ beri impak positif, bantu tingkat jualan hartanah di Johor - Exco
Johor rancang bangun sukan padel, pickleball - Exco
Larian obor sukan musim sejuk Asia ke-9 bermula pada Isnin
KESUMA teruskan libat urus berhubung gaji minimum - Sim
Ke arah Kuala Lumpur lebih inklusif, lestari dan selesa didiami - Lee Lam Thye
Pengurusan taman tema dipanggil setelah laporan penuh dibentang - Amirudin
EU laksana had sekatan penggunaan AI
Penggiliran kerja petugas kaunter dilaksana secara berfasa
ASEAN: Anwar adakan pertemuan dengan Thaksin dan George Yeo