Sun Aug 23 2015


#sehatisejiwa: Kanak-kanak mengibarkan bendera Malaysia ketika sambutan Hari Merdeka tahun lepas yang diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. - Astro AWANI / Shahir Omar

#sehatisejiwa: Sepasang kekasih menikmati pemandangan matahari terbenam yang indah berhampiran bangunan Sultan Abdul Samad. - Astro AWANI / Shahir Omar

#sehatisejiwa: Pekerja am dilihat membina struktur di hadapan bangunan Sultan Abdul Samad yang terletak di Kuala Lumpur sempena sambutan kemerdekaan. - Astro AWANI / Shahir Omar

#sehatisejiwa: Kunasegaran Velliah, 59, pekerja di Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) memusingkan jam di menara jam bangunan Sultan Abdul Samad setiap dua hari. Kunasegaran yang mula bekerja pada tahun 1975 di umur cuma 19 telah menyaksikan hampir 40 sambutan kemerdekaan dari menara tersebut. - Astro AWANI / Shahir Omar

#sehatisejiwa: Kunasegaran Velliah memastikan bahagian dalam jam disapu minyak pelincir dan dijaga dengan cara yang betul. - Astro AWANI / Shahir Omar

#sehatisejiwa: Menurut Kunasegaran Velliah, beliau memusingkan loceng dan jam pada menara tersebut setiap hari Isnin, Rabu, Jumaat, Sabtu dan Ahad, termasuk hari cuti umum dan musim perayaan. - Astro AWANI / Shahir Omar

#sehatisejiwa: Walaupun binaannya kukuh dan tahan lama, Kunasegaran Velliah berkata kerja menyelenggara jam tersebut memerlukan perhatian khusus kerana mekanisme pada mesin itu sangat sensitif. - Astro AWANI / Shahir Omar

Kunasegaran Velliah berkata, walaupun usianya semakin meningkat dan tugas memusingkan jam memerlukan tenaga manual, pekerjaannya tetap akan diteruskan kerana minat yang mendalam. - Astro AWANI / Shahir Omar

Sebahagian alat yang digunakan untuk memusingkan jam yang terletak dalam Bangunan Sultan Abdul Samad, termasuk sebuah telefon lama yang disimpan dalam bilik mesin bangunan tersebut. - Astro AWANI / Shahir Omar

#sehatisejiwa: Kunasegaran Velliah membersihkan loceng yang terletak di dalam Bangunan Sultan Abdul Samad. Kunasegaran berpengalaman 40 tahun mengendalikan jam loceng berkenaan. - Astro AWANI / Shahir Omar

#sehatisejiwa: Berbuka puasa bersama keluarga di Dataran Merdeka,di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur. - Astro AWANI / Shahir Omar

#sehatisejiwa: Bangunan Sultan Abdul Samad direka bentuk oleh A.C. Norman dan dibina pada tahun 1894-1897 untuk menempatkan beberapa jabatan kerajaan semasa pentadbiran British. - Astro AWANI / Shahir Omar

Penunjuk perasaan dilihat berkumpul di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad ketika Himpunan Hari Pekerja tahun ini. - Astro AWANI / Shahir Omar
DBKL tubuh task force perkasa seniman jalanan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil inisiatif baharu dengan menubuhkan Task Force KL Street Artist bagi menyelaras dan memperkasa aktiviti seni jalanan di ibu kota.
Caj kesesakan di KL tidak sesuai, sistem pengangkutan awam diintegrasikan
Pelaksanaan caj kesesakan di ibu kota tidak sesuai dilakukan selagi sistem pengangkutan awam belum diintegrasikan sepenuhnya.
"Memang Bahasa Malaysia adalah bahasa utama kita" - Menteri Perpaduan Negara
Menteri Perpaduan Negara mempertimbangkan cadangan Ahli Parlimen Kampar untuk mengadakan libat urus dan perbincangan secara terbuka melibatkan minoriti dan majoriti untuk isu perpaduan negara.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
PPTM 2025-2035 siap, diserahkan kepada Zambry
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir secara rasmi menerima Pelan Pendidikan Tinggi Malaysia 2025-2035 (PPTM 2025-2035), menandakan langkah baharu dalam pembangunan sistem pendidikan tinggi negara.

KPM, DBP sokong pemerkasaan bahasa kebangsaan dalam undang-undang - Fadhlina
Ia termasuk melaksanakan kursus bahasa dan program seperti pertandingan debat, bagi memantapkan penguasaan bahasa pengamal undang-undang.
LRT3 dijangka mula beroperasi 30 September depan
Operasi Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) yang menghubungkan Shah Alam, Selangor dengan kawasan sekitarnya, dijadual bermula pada 30 September depan.
[TERKINI] PM Anwar umum RM35 juta sokong ekosistem Wakaf Malaysia
Kerajaan setuju peruntuk RM30 juta bagi Program MyWaqafPTPTN, RM5 juta modal awal wujudkan entiti Permodalan Wakaf Nasional Bhd - PM Anwar.

Elon Musk dedah Jabatan AS 'tidak sengaja' potong dana pencegahan Ebola
Jabatan Kecekapan Kerajaan didakwa melakukan kesilapan apabila mengurangkan kakitangan dan program dalam beberapa minggu kebelakangan.
Bangunkan Gaza: Trump kongsi video AI Gaza dibangunankan, cetus kecaman
Akaun media sosial rasmi Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, telah memuat naik satu video yang dipercayai dihasilkan menggunakan kecerdasan buatan (AI) berkenaan Gaza.#AWANInews

AIFA terima 57,782 pertanyaan sejak dilancarkan - MCMC
AIFA merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk meningkatkan kesedaran keselamatan dalam talian serta membanteras ancaman siber.