Fri Mar 24 2017


Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan memeriksa barisan kehormat pasukan Askar Timbalan Setia negeri pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda di Istana Besar, Johor Bahru pada 23 Mac 2017. - fotoBERNAMA

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berangkat ke Tangga Agong diiringi pasukan penjawat dan pembesar negeri selepas selesai upacara majlis doa kesyukuran sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Istana Besar, Johor Bahru pada 23 Mac 2017. - fotoBERNAMA

Pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor ketika berbaris untuk Kawalan Kehormatan sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Istana Besar, Johor Bahru pada 23 Mac 2017. - fotoBERNAMA

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengurniakan Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Kedua (DK II) kepada Raja Dihilir Perak Datuk Seri Raja Iskandar Dzulkarnain Almarhum Sultan Idris Shah pada Majlis Pengurniaan Darjah dan Pingat sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda di Bilik Singgahsana, Istana Besar, Johor Bahru pada 23 Mac 2017. - fotoBERNAMA

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Kedua Dato' Mulia Sultan Ibrahim Johor (DMIJ) yang membawa gelaran Datuk kepada Ketua Juruterbang baginda, Major Abu Samah Safie pada Majlis Pengurniaan Darjah dan Pingat sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda di Bilik Singgahsana, Istana Besar, Johor Bahru pada 23 Mac 2017. - fotoBERNAMA

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memotong kek sambil diperhatikan oleh Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah (kanan), Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (dua, kiri) dan Setiausaha Kerajaan Johor Datuk Azmi Rohani (dua, kanan) pada Majlis Jamuan Teh bersama rakyat sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda di Dataran Bandaraya Johor Bahru pada 23 Mac 2017. - fotoBERNAMA

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan melambaikan tangan kepada rakyat jelata ketika keberangkatan pulang baginda selepas Majlis Jamuan Teh bersama rakyat sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda di Dataran Bandaraya, Johor Bahru pada 23 Mac 2017. - fotoBERNAMA
Tumpuan Isnin – 10 Mac 2025
10 Berita Pilihan - (9 Mac 2025)
Sindiket penipuan: Ribuan terperangkap selepas dipaksa jadi 'scammer'
BN tiada masalah cari calon sesuai
Jalan TAR meriah, warga kota buat persiapan awal Hari Raya

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Mayat lelaki warga asing ditemukan terapung di Sungai Pantai
