Sat Jun 20 2015


Sebahagian umat Islam yang beratur untuk mendapatkan bungkusan bubur lambuk di luar pekarangan Masjid India seawal jam 4.30 petang pada 19 Jun 2015. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR

Seorang pekerja sukarela sedang mengagihkan bubur lambuk kepada orang yang datang beratur di Masjid India, Kuala Lumpur pada 19 Jun 2015. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR

Penjaja Nor Saidah Ahmad, 33, sibuk memanggang kambing di gerainya di Bazar Ramadan Bandar Diraja Pekan pada Khamis. Hidangan istimewa itu dijual dengan harga RM10 sebekas. - Foto BERNAMA

Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Ahmad Phesal Talib (dua,kiri) meninjau gerai makanan selepas melancarkan Program Penguatkuasaan Keselamatan Makanan Bazar Ramadan 2015 di perkarangan Perpustakaan Komuniti 1Malaysia, Lembah Pantai pada Khamis. Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (kiri).- foto BERNAMA

Penjaja Mazlan Hassan,55 sibuk membakar sotong dan ikan bakar untuk dijual sebagai juadah berbuka puasa di Bazar Ramadan Bandar Diraja Pekan pada Khamis. Setiap sotong dan ikan bakar tersebut dijual pada harga RM10 hingga RM25 mengikut saiz. - Foto BERNAMA

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (tengah) mengunjungi Bazar Ramadan Kampung Baru untuk membeli juadah berbuka puasa pada Khamis. - Foto Bernama

Seorang pekerja sukarela menyusun bekas makanan sebagai persediaan menjelang waktu buka puasa di Masjid India, Kuala Lumpur pada 19 Jun 2015. - Astro AWANI/SHAHIR OMAR

Warga kota mula membanjiri Bazar Ramadan Kampung Baru seawal jam 4.30 petang untuk membeli juadah berbuka puasa pada Khamis. Bazar Ramadan menjadi kemestian buat umat Islam dan lokasi pilihan kerana pelbagai jenis juadah yang boleh didapati. - Foto BERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).