Mon Apr 06 2015


Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman menunjukkan kotak hitam milik helikopter yang terhempas semalam di Kementerian Pengangkutan pada 5 April, 2015. -fotoBERNAMA (2015)

Kotak hitam milik helikopter yang terhempas pada Sabtu didedahkan pada sidang media di Kementerian Pengangkutan pada Ahad, 5 April. Kotak hitam tersebut ditemui di lokasi utama kejadian, Kampung Sungai Pening, Semenyih pada pukul 11.30 pagi Ahad. -fotoBERNAMA

Pasukan penyiasat khas polis memulakan siasatan terhadap punca nahas helikopter di Kampung Pasir Baru Semenyih. Helikopter tersebut terhempas di Kampung Pasir Baru Semenyih mengakibatkan enam terkorban termasuk Anggota Parlimen Rompin Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Datuk Azlin Alias. -fotoBERNAMA

Anggota Polis membawa keluar serpihan bangkai helikopter dari lokasi nahas di Kampung Pasir Baru Semenyih. -fotoBERNAMA

Duta Kyrgyztan ke Malaysia Kylychbek Sultanov (kiri) semasa hadir ke Jabatan Forensik Hospital Besar Kuala Lumpur pada 6 April, 2015. -fotoBERNAMA

Wakil kedutaan Kyrgyztan hadir ke Jabatan Forensik Hospital Besar Kuala Lumpur pada 6 April 2015. Seorang warganegara Kyrgyztan Aidana Baizieva terlibat dalam nahas helikopter yang turut mengorbankan Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Jamaluddin Jarjis. -fotoBERNAMA
Zelenskyy gesa sekatan lebih tegas ke atas Rusia
Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy pada Sabtu memperbaharui gesaan untuk sekatan yang lebih tegas terhadap Rusia, menekankan keperluan untuk melindungi nyawa dan meningkatkan pertahanan udara sebagai tindak balas kepada serangan berterusan.
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol dibebaskan dari tahanan
Presiden Korea Selatan yang didakwa, Yoon Suk Yeol, dibebaskan dari tahanan pada Sabtu, sehari selepas keputusan mahkamah membenarkannya dibicarakan tanpa penahanan fizikal berhubung percubaannya untuk mengisytiharkan pemerintahan tentera pada Disember lalu.
Tiada rakyat Malaysia terlibat insiden tembakan, letupan bom di Sungai Golok
Polis mengesahkan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden tembakan dan letupan bom di Sungai Golok, Thailand pada Sabtu malam.
Bayi lelaki masih bertali pusat ditemukan di Semporna
Ketua Polis Daerah Semporna Supt Mohd Sabri Zainol dalam satu kenyataan berkata bayi itu ditemukan orang awam dalam keadaan berbalut dengan kain pada 1 tengah hari.
Kelibat buaya sekali lagi dikesan di Sungai Klang
Orang ramai dinasihatkan agar mengelakkan berada berdekatan lokasi itu, serta memberi kerjasama dengan memberikan maklumat kepada pihak berkuasa.

Isu 3R: Pemimpin pembangkang berisiko jika undang-undang dikuat kuasa, kata Saifuddin
Pemimpin politik diingatkan tidak lagi menjadikan isu 3R sebagai modal politik kerana boleh menimbulkan ketidakstabilan dalam negara.

‘Siuuu’ Faisal Halim kembali bergema, ledak hatrik bantu Selangor benam KDN
Selepas menempuh musim yang 'panjang,' Faisal Halim kembali menemui sentuhan jaringan apabila cemerlang meledak hatrik membantu Selangor FC membelasah KDN FC.

Sultan Nazrin berkenan terima zakat perniagaan lebih RM3 juta, bayar zakat fitrah
Sultan Perak berkenan menerima zakat perniagaan berjumlah RM3,064,237.08 juta daripada empat syarikat korporat kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).

Sultan Selangor berkenan berbuka puasa bersama warga TLDM
Pada majlis itu, Sultan Sharafuddin turut berkenan menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf dan keluarga warga TLDM yang menghidap penyakit kronik

Melaka peruntukan RM300,000 untuk 30 IPIS berdaftar penuh
Sumbangan tahunan RM10,000 kepada setiap IPIS bertujuan membantu meringankan beban kewangan institusi berkenaan khususnya aspek pengoperasian.