Mon Nov 30 2015
PASIR MAS, 30 Nov - Nik Waheeda Umairah Hassan, 10, terpaksa berenang untuk mendapat botol susu adiknya selepas kawasan rumahnya dinaiki air berikutan limpahan air Sungai Golok sejak malam tadi ketika tinjauan di Lubok Gong, Rantau Panjang. - fotoBERNAMA (2015)
PASIR MAS, 30 Nov - Muhammad Asraf Mohd Husin, 12, bermain sampan di hadapan rumahnya berikutan limpahan air Sungai Golok sejak malam tadi ketika tinjauan di Kampung Tersang, Rantau Panjang. - fotoBERNAMA (2015)
PASIR MAS, 30 Nov - Jailani Nazri, 16, (kiri) sedang mengalihkan benih ikan keli ke dalam sangkar sambil diperhatikan kawannya, Fahim Azim Ali, 21, (kanan) setelah kolam ternakan ditengelami banjir berikutan limpahan air Sungai Golok sejak malam tadi ketika tinjauan di Lubok Gong, Rantau Panjang. - fotoBERNAMA (2015)
KUANTAN, 30 Nov - Mohd Faizal Razali, 18, membina rak tinggi di dalam rumahnya untuk diletakkan barangan berharga sebagai persediaan menghadapi banjir yang bakal berlaku bila-bila masa berikutan musim tengkujuh yang mulai melanda pantai timur semasa tinjauan. Menurut Mohd Faizal, rumahnya sering ditenggelami banjir setiap kali musim tengkujuh ekoran limpahan air Sungai Belat menyebabkan banyak perkakasan rumah rosak. - fotoBERNAMA (2015)
GEORGE TOWN, 30 Nov - Kerja-kerja mengorek longkang yang tersumbat akibat mendak lumpur dibawa air banjir di Kampung Batu Maung. Hujan lebat menyebabkan berlakunya banjir di kampung itu sejak Ahad malam. - fotoBERNAMA (2015)
GEORGE TOWN, 30 Nov - Warga emas, Che Siah Mat Saman, 87, menyeduk keluar air dalam rumahnya yang banjir Ahad malam di Kampung Masjid, Teluk Kumbar. - fotoBERNAMA (2015)
GEORGE TOWN, 30 Nov - Mahani Othman, 70, (kiri) dibantu dua anaknya Shahril Jalaini Man, 15, (kanan) dan Suraini, 37, membuang air yang bertakung dalam rumahnya yang banjir Ahad malam di Kampung Masjid, Teluk Kumbar. - fotoBERNAMA (2015)
GEORGE TOWN, 30 Nov - Anggota-anggota bomba dan penyelamat meninjau rumah ke rumah ditenggalami banjir di Kampung Sulup, Teluk Kumbar, awal pagi Isnin. Seramai 40 mangsa banjir daripada sembilan keluarga sudah dipindahkan ke pusat penempatan banjir di Dewan PERDA, Teluk Kumbar. Hujan yang turun lebat menyebabkan beberapa kampung antaranya Binjar, Kampung Seronok, Sulup, Kampung Nelayan, Paya, Sungai Nibong Kecil, Pulau Betong dan Kampung Terang ditenggelami air. - fotoBERNAMA (2015)
GEORGE TOWN, 29 Nov - Seorang pekerja meletakkan barang-barang keperluan ditempat yang selamat setelah kedai makanan itu dinaiki air akibat hujan lebat di Sungai Tiram, Bayan Lepas. - fotoBERNAMA (2015)
GEORGE TOWN, 29 Nov - Beberapa kenderaan mengharungi banjir kilat yang melanda di Jalan Bukit Jambul akibat hujan lebat. Bagaimanapun keadaan semakin pulih setelah hujan berhenti. - fotoBERNAMA (2015)
KUALA NERUS, 30 Nov - Ketua Pengarah Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Ogu Salim Omar (tiga, kiri) diberikan penerangan oleh pegawainya mengenai kemudahan yang disediakan kepada mangsa banjir sewaktu meninjau program Simulasi Pengurusan Banjir Zon Timur JPAM 2015 di Sekolah Kebangsaan Kompleks Gong Badak. - fotoBERNAMA (2015)
KUALA NERUS, 30 Nov - Anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) menyusun khemah keluarga untuk kegunaan mangsa banjir sewaktu mengadakan Simulasi Pengurusan Banjir Zon Timur JPAM 2015 di Sekolah Kebangsaan Kompleks Gong Badak. - fotoBERNAMA (2015)
Banjir: Laluan Tapak Warisan Dunia Gua Niah tenggelam, Taman Negara Gunung Gading dilanda kepala air
Menurut Pengurus Besar SFC Abang Arabi Abang Aimran, pejabat Taman Negara Niah sendiri turut ditenggelami air.
Wanita maut dalam kebakaran rumah di flat Jalan Sentul
Pihak JBPM Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada jam 12.38 tengah malam menerusi talian MERS999.
MotoGP: 'Martinator' patah tangan dan kaki - Ujian Sepang
Pelumba Aprilia Racing itu disahkan mengalami kecederaan patah tangan kanan dan patah kaki kiri.
Pilihan yang menunggu pesakit kanser menjelang pertengahan usia
Pakar onkolgi berkata, amnya pemeriksaan mamogram dapat mengesan kanser payudara di peringkat awal, namun kanser ovari sukar dikesan.
Indonesia tolak sebarang cubaan pindahkan penduduk Palestin secara paksa
Kementerian itu menegaskan, tindakan sedemikian menghalang realisasi penubuhan Negara Palestin yang bebas dan berdaulat seperti diimpikan.
K9 bantu kesan pemuda dikhuatiri lemas
Dua anjing pengesan itu dibawa untuk mengesan mangsa, Ahmad Khairul Nizam Sudin, 22, dengan kaedah pencarian di tebing dan sungai.
Dasar baharu Trump 2.0 jadi tumpuan perbahasan Dewan Rakyat
Ahli Parlimen yang mengambil bahagian dalam perbahasan membangkitkan kebimbangan terhadap tindakan Trump yang dilihat boleh mencetuskan perang perdagangan global.
Bincang isu iklim secara menyeluruh, bukan berasingan
Pengarah Pusat Pencegahan dan Kesiapsiagaan Bencana (DPPC), UTM, Dr Khamarrul Azahari Razak berkata, ini kerana krisis iklim memberi impak besar kepada pelbagai sektor antaranya seperti pertanian, perikanan dan penternakan.
Tiga pemandu van sekolah ditahan curi motosikal
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata ketiga-tiga suspek lelaki berusia 61, 52 dan 50 tahun itu ditahan pada 3 Feb lepas.
Pembantu rumah curi barang majikan ditahan
Tindakan pembantu rumah warga Indonesia mencuri telefon bimbit dan iPad milik majikannya yang juga juruterbang sebelum melarikan diri, mengundang padah apabila ditahan polis semalam.