Wed Jul 02 2014
Kejadian tanah mendap pantas mendapat reaksi dari pengguna media sosial yang berkongsi foto. - Twitter - @yyrukk :
Masih berlaku runtuhan tanah kira-kira jam 12.20 tadi. Bomba mengarahkan SYABAS menutup aliran air bawah tanah - twitter - @HaritsKarev :
Susulan kejadian itu juga, Perkhidmatan KL Monorail dari Stesen Hang Tuah ke Stesen Imbi terpaksa dihentikan - Facebook Aznor Hasan.
Laporan awal mendapati ia kemungkinan berpunca daripada paip besar SYABAS, kata Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur - Facebook Aznor Hasan
Menurut Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur tiada kemalangan jiwa dilaporkan - Facebook Aznor Hasan
Akibat kejadian itu, laluan di Jalan Imbi terjerlus sepanjang 19 meter. Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Menurut jurucakap Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, kejadian berlaku pada pukul 10.30 pagi. Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Sebuah terowong bawah tanah yang dalam pembinaan runtuh apabila tanah di tapak pembinaan itu mendap di simpang empat Jalan Imbi. Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Runtuhan sedalam lima meter ekoran mendapan tanah itu dipercayai berpunca daripada paip air bawah tanah yang pecah. AWANI / SHAHIR OMAR
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan orang ramai dinasihatkan tidak melalui kawasan itu untuk mengelak kesesakan lalulintas. - AWANI / SHAHIR OMAR
Terowong sepanjang 35 meter yang dalam pembinaan itu mempunyai empat laluan kenderaan bagi mengurangkan kesesakan di simpang empat Jalan Imbi, dengan menghubungkan laluan kenderaan dari Jalan Pudu hingga menghala ke Jalan Tun Hussein. - AWANI / SHAHIR OMAR
Orang ramai terjejas ekoran perkhidmatan monorel antara Stesen Hang Tuah ke Stesen Bukit Bintang dihentikan buat sementara atas faktor keselamatan. - AWANI / SHAHIR OMAR
Pembinaan projek terowong yang runtuh itu akan diteruskan dan dijangka akan disambung esok. - AWANI / SHAHIR OMAR
Letupan kilang di Klang: Tiada unsur kecuaian, jenayah dikesan
Polis tidak mengesan unsur kecuaian atau jenayah membabitkan kes letupan sebuah kilang pemprosesan bahan kimia kitar semula.
Hujan dijangka berterusan di Sabah, Sarawak sehingga Khamis - MetMalaysia
MetMalaysia memaklumkan negeri yang terlibat adalah Sarawak yang dijangka menerima hujan berterusan sehingga Khamis.
Along Cham sahkan lafaz cerai taklik hari ini?
Pelawak Along Cham dilaporkan bakal memfailkan dan membuat pengesahan lafaz cerai secara taklik terhadap isterinya, Afreena Suhaimi.
ASEAN terima 123 juta pelancong asing tahun lalu
Negara-negara ASEAN menerima lebih 123 juta pelancong asing pada tahun lalu yang menyaksikan peningkatan sebanyak 30.6 peratus berbanding tahun 2023.
Paul Pogba beri bayangan bakal kembali ke pangkuan Man Utd?
Terdahulu, Pogba mencapai kata sepakat bersama Juventus untuk menamatkan kontraknya lebih awal atas persetujuan bersama.
Polis kesan dua pemandu enggan beri laluan kepada ambulans
Polis Daerah Kulai mengesan kejadian itu melalui satu video tular berdurasi 1 minit 26 saat, melibatkan dua kenderaan dipandu warga tempatan.
Tonjol peningkatan ketara, dua finalis Masters Indonesia perbaharui ranking dunia
Man Wei Chong-Tee Kai Wun, menghampiri kelompok 10 terbaik dunia apabila naik satu anak tangga di tempat ke-12.
AWANI Ringkas: Peluang baharu di Mekah dan Madinah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
363 anggota polis bertugas setiap hari sempena Tahun Baharu Cina
Menerusi Op Selamat 23, polis memberi tumpuan kepada rondaan untuk mencegah kemalangan dan kawalan lalu lintas di pusat bandar.
PM Thailand dijangka keluar arahan lanjut atasi masalah jerebu
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra dijangka mengeluarkan arahan lanjut dalam mesyuarat kabinet dalam usaha menangani masalah jerebu pada Selasa.