Mon Sep 11 2017


Foto pada Julai 1973 ini menunjukkan Menteri Pertahanan Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail menunjukkan cara memegang senjata HK 33 rifel yang merupakan senjata pertama berkaliber 5.56 mm x 45mm digunakan oleh pasukan keselamatan negara kepada Ketua Turus Angkatan Tentera (KTAT) ketika itu, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Ibni Sultan Badlishah (kanan) pada majlis perasmian Loji Memasang Senjata Kecil HK 33 di Kem Batu Kentonmen Kuala Lumpur. Turut hadir Pegawai Ajuten Loji, Mejar Ahmad Zainal, Pegawai Pemerintah Loji, Leftenan Kolonel Abdul Halim dan Pegawai Waren II Loji, Mohd Ali Akhbar. - fotoBERNAMA (1973)

Foto pada Julai 1973, Koperal Mohd Ali (kanan) menunjukkan cara-cara memasang mekanisme picu senjata kecil HK 33 Rifles kepada Ketua Turus Angkatan Tentera (KTAT) ketika itu, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Ibni Sultan Badlishah pada majlis perasmian Loji Memasang Senjata Kecil HK 33 di Kem Batu Kentonmen Kuala Lumpur pada Julai 1973. Turut kelihatan (depan kiri) Pegawai Pemerintah Loji, Leftenan Kolonel Abdul Halim dan Menteri Pertahanan Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail. - fotoBERNAMA (1973)

Almarhum Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah menyatakan sesuatu kepada Pengarah Monumen dan Konsevasi Muzium Kedah dan Antikuti, Paiman Keromo (kiri) sambil di perhatikan oleh Menteri Besar Kedah Datuk Syed Razak Syed Zain (kanan) , semasa baginda melawat baik pulih Balai Besar dan Istana Pelamain dekat sini, hari ini. - fotoBERNAMA (2001)

Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan menerima cenderahati daripada Menteri Besar Kedah merangkap Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah (dua, kiri) pada majlis Santapan Malam bagi meraikan pengurusan dan pasukan bola sepak Kedah Darul Aman atas kejayaan menjulang Piala Malaysia menewaskan Selangor di Dewan Serbaguna Istana Negara, malam ini. Turut berangkat Tunku Temenggung Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah (kanan). - fotoBERNAMA (2016)

Almarhum Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan mendengar penerangan mengenai Monumen Jam Bunga yang disampaikan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah pada Majlis Persembahan Jam Bunga di Istana Anak Bukit, hari ini. Turut berangkat Sultanah Kedah Tuanku Hajah Haminah (dua, kanan) dan isteri Raja Muda Puan Sri Tengku Maliha Tengku Ariff (kanan). - fotoBERNAMA (2017)
Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah diiringi Sultanah Kedah, Tuanku Hajah Haminah Hamidun berkenan berangkat meninggalkan Balai Penghadapan selepas selesai Istiadat Penganugerahan Darjah-Darjah serta Bintang Kebesaran sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Baginda ke-89 di Istana Anak Bukit hari ini. - fotoBERNAMA (2017)
Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Almarhum Sultan Badlishah (kiri) dan Sultanah Tuanku Hajah Haminah berkenan bersalaman dan menyampaikan duit raya kepada para hadirin pada majlis menghadap dan rumah terbuka bersama ahli jemaah Pemangku Sultan Kedah, Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN), Anggota Dewan Rakyat dan Anggota Dewan Negara di Istana Anak Bukit hari ini. - fotoBERNAMA (2016)

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.