Fri Jul 26 2019


Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah Shah perkenan mencemar duli pada sesi temu bual di Istana Negara, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Imej ini memaparkan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin diringi masuk oleh pegawai-pegawai khas DiRaja ke salah sebuah dewan di Istana Negara untuk ditemu bual oleh personaliti Astro AWANI, Cynthia Ng dan Ashwad Ismail. Daulat Tuanku! - Foto Astro AWANI/Shahir Omar

KDYMM Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah Shah mencemar duli menonton rakaman video Datuk Hata Ali, rakan karib dan rakan berlatih polo Al-Sultan Abdullah. Persiapan istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong XVI, Al-Sultan Abdullah bakal bersiaran di Astro AWANI Saluran 501 pada 30 Julai, 9 malam. - Foto Astro Awani/SHAHIR OMAR

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah Shah mencemar duli pada sesi temu bual di Istana Negara, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Sesi temu bual berkenaan akan disiarkan di Astro AWANI Saluran 501 pada 30 Julai, 9 malam. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar

Kru Astro AWANI merafak sembah dan mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong XVI, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhun Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah Shah kerana perkenan memberi peluang kami menemu ramah Baginda sempena istiadat pertabalan pada 30 Julai ini. - Foto Astro Awani/SHAHIR OMAR

Persiapan istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong XVI, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhun Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah Shah yang akan berlangsung pada 30 Julai ini berjalan lancar. Sempena Istiadat Pertabalan Al-Sultan Abdullah, Astro AWANI menerima peluang untuk mewawancara Baginda di Istana Negara. Jangan lupa menonton wawancara itu di Saluran 501 Astro AWANI pada 30 Julai, 9 malam. - Foto Astro Awani/SHAHIR OMAR

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhun Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah Shah berkongsi kisah-kisah menarik dalam temu bual eksklusif bersama pengarang kanan dan personaliti Astro AWANI, Ashwad Ismail dan Cynthia Ng di Istana Negara, baru-baru ini. Wawancara eksklusif #AgongKita akan bersiaran di Astro AWANI (Saluran 501) pada 30 Julai, 9 malam. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mencemar duli dalam sesi temu bual di Istana Negara, Kuala Lumpur. Istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong XVI akan berlangsung di Istana Negara, Kuala Lumpur pada 30 Julai, 2019. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR

Bendera rasmi Yang di-Pertuan Agong berkibar megah di hadapan Istana Negara di ibu negara. Imej ini dirakam khas oleh jurugambar Astro AWANI, Shahir Omar sewaktu temu bual eksklusif bersama Ashwad Ismail dan Cynthia Ng, baru-baru ini. Anda ingin menonton temu bual berkenaan? Tonton di Saluran 501 Astro AWANI pada 30 Julai jam 9 malam. Daulat Tuanku! - Foto Astro Awani

KDYMM Seri Paduka Baginda YDPA Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah Shah memberi limpah perkenan untuk bergambar bersama kru produksi dan pengamal media dari bilik berita Astro AWANI selepas Tuanku Baginda ditemuramah di Istana Negara, Kuala Lumpur, baru-baru ini. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR

DYMM Yang di-Pertuan Agong Seri Paduka Baginda Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah perkenan mencemar duli ditemuramah oleh personaliti Astro AWANI, baru-baru ini. Sesi temu bual berkenaan bakal bersiaran di Saluran 501 Astro AWANI pada 30 Julai, 9 malam. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar

Umum mengetahui Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin merupakan individu yang sangat 'passionate' atau mempunyai minat yang tinggi dalam bidang sukan. Al-Sultan turut aktif berkecimpung dalam beberapa jenis sukan, antaranya sukan skuasy, tenis, polo, hoki, dan sudah semestinya bola sepak. Tonton wawancara eksklusif #AgongKita yang bakal bersiaran di Astro AWANI Saluran 501 pada 30 Julai, jam 9 malam. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR

Wawancara eksklusif bersama Al-Sultan Abdullah akan disiarkan di saluran 501, Astro AWANI pada 30 Julai bermula pukul 9 malam dan turut ditayangkan di saluran 104, Astro RIA, saluran 301 (Astro AEC), saluran 201 (Astro VAANAVIL) dan saluran 110 (Astro HELLO). - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR

Istana Negara yang tersergam indah di Jalan Duta, Kuala Lumpur bakal menyaksikan upacara pertabalan KDYPP Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Julai depan. Astro AWANI bakal menyiarkan wawancara eksklusif bersama Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin pada malam pertabalan pada jam 9 malam. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.
[TERKINI] 23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.