Thu Jan 28 2021


P Thanabalan melakukan proses sanitasi di kuil Arulmigu Balathandayuthapani di Jalan Kebun Bunga, George Town, yang sunyi sepi kerana ditutup untuk orang awam ekoran PKP, 26 Jan, 2021. --fotoBERNAMA

Petugas kebersihan kuil R Murugan mengemop lantai dengan cairan nyah kuman sebagai langkah membendung penularan COVID-19 ketika tinjauan di Kuil Sri Balathandayuthapani, Seremban, 26 Jan, 2021. --fotoBERNAMA

K Jegan menyiram air pada bunga jualannya agar kelihatan segar ketika tinjauan sempena persediaan penganut Hindu menyambut perayaan Thaipusam di Pasar Besar Seremban, 27 Jan, 2021. --fotoBERNAMA

Pedati perak yang berusia lebih 100 tahun membawa arca Dewa Murugan melalui Jalan Transfer semasa mengadakan perarakan sejauh 7 kilometer di George Town, 27 Jan. 2021. --fotoBERNAMA

Pergerakan pedati sempena sambutan Thaipusam dari Kuil Sri Maha Mariamman, Jalan Tun HS Lee ke Kuil Sri Subramaniaswamny di Batu Caves, diiringi Polis Diraja Malaysia, bermula jam 3 pagi hingga 6 pagi, 27 Jan, 2021. --fotoBERNAMA

Tanabakiyam Subaramaniam melakukan upacara keagamaan sempena Hari Thaipusam di hadapan Kuil Sri Subramaniar di Gunung Cheroh, Ipoh, 28 Jan, 2021. --fotoBERNAMA

M Ramachandran (tiga, kanan) bersama isteri S Nalini (dua, kanan) dan empat anak mengadakan upacara keagamaan sempena Hari Thaipusam di rumah mereka di Taman Silibin Ria, Ipoh, 28 Jan, 2021. --fotoBERNAMA

G Parumal (dua kanan) dan keluarga melakukan upacara keagamaan semasa meraikan Thaipusam secara sederhana di kediamannya di Taman Permai Sungai Buaya, Banting, 28 Jan, 2021. --fotoBERNAMA

BN tiada masalah cari calon sesuai untuk PRK DUN Ayer Kuning

Itali rancang tambah 40,000 anggota tentera menjelang 2033 - Laporan

KPM larang jualan gula-gula berbentuk vape di sekolah - Fadhlina

MAIK perkukuh keberkesanan sistem e-Agihan zakat

Bubur lambuk, ejen perpaduan pelbagai kaum - Wan Rosdy

Kepengerusian ASEAN: Malaysia mahu tetapkan standard baharu dalam tadbir urus global
