Thu Aug 12 2021


Seekor orang-utan dewasa dianggarkan boleh hidup sehingga 50 tahun di dalam hutan. Usaha pemuliharaan habitat mereka akan memastikan kelangsungan populasi mereka dalam landskap hidup Sabah. - WWF Malaysia / Edwin Matulin

Di atas sebatang pokok, seekor anak orang-utan kelihatan sedang menunggu ibunya di sarang mereka. Tahukah anda orang utan akan membina sarang yang baharu setiap hari menggunakan dahan, ranting dan daun? Sarang ini merupakan tempat tidur orang utan. - WWF Malaysia / Edwin Matulin

Orang-utan merupakan haiwan terbesar yang hidup di atas pokok dan hanya boleh dijumpai di hutan hujan Borneo dan Sumatera. Kebiasaannya, ia bergerak dalam hutan dengan bergayut dari dahan ke dahan. - WWF Malaysia / William Joseph

Imej perangkap kamera menunjukkan seekor anak orang-utan berpaut pada ibunya yang sedang berjalan di atas tanah. Walaupun orang-utan menghabiskan kebanyakan masanya di atas pokok, kadang-kala haiwan itu akan turun ke tanah atas pelbagai sebab termasuk kekurangan pokok. Ini pentingnya mengapa habitat orang-utan perlu sentiasa dipulihara dengan baik. - WWF Malaysia / Sabah Landscapes Programme

Seekor anak orang utan akan bersama ibunya dari lahir sehinggalah ia berusia dalam lingkungan 7 tahun. Kehadiran bayi orang-utan bersama ibunya adalah satu tanda positif bahawa habitatnya bertambah baik dan ia mempunyai tempat tinggal, ruang dan makanan yang mencukupi. - WWF Malaysia / William Joseph
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
