Stok terakhir kasut signature colorway edisi khas Pa’din Musa itu disimpan bagi meraikan pembukaan cawangan baharu syarikat itu di East Coast Mall, Kuantan.
Bagi mengawal keadaan, orang ramai yang mahu membeli kasut tersebut perlu mendaftar nama mereka bermula jam 10.00 pagi tadi sebelum undian dibuat pada pukul dua petang untuk menentukan individu yang dapat membeli kasut tersebut.
Kasut edisi terhad itu dilancarkan dua minggu lalu, menyaksikan semua stok yang ditawarkan habis terjual.
BACA: Vans pilih Pa'din Musa sebagai inspirasi kasut signature
Ia sekaligus menjadikan Pa’din, 41, sebagai orang Asia pertama diberikan penghormatan untuk mengeluarkan kasut signature oleh Vans.
Pa’din turut hadir pada acara itu dengan mengenakan baju jersi hitam kuning yang menjadi inspirasi warna pilihan kasut signature yang dikeluarkan atas namanya itu.


Baca: Kehidupan saya sebagai seorang skateboarder sudah lengkap - Pa'din Musa
Vans merupakan syarikat kasut sukan lasak Amerika Syarikat.
Kasut edisi terhad Pa'din Musa dikeluarkan bagi meraikan kejayaan beliau sebagai salah seorang pemain papan luncur paling berjaya di rantau ini.