Keterujaan ibu bapa memuatnaik gambar anak mereka di media sosial boleh mengundang padah.
Anak anda mungkin boleh terdedah kepada risiko bahaya dan jenayah seksual!
Datuk Seri Rohani Abdul Karim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sendiri menyuarakan nasihat agar ibu bapa berhati-hati apabila berkongsi gambar-gambar anak kecil mereka di media sosial.
Ini kerana ada kecenderungan pihak tidak bertanggungjawab untuk menyalahgunakan gambar-gambar tersebut.
Gambar kanak-kanak di media sosial yang dikongsikan oleh ibu bapa mereka berpotensi menarik perhatian pemangsa seksual.
"Berdasarkan maklumat yang kita perolehi, gambar-gambar ini akan disalurkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ke dalam laman web kumpulan pedofil, " katanya merujuk kepada kumpulan pedofil tempatan yang terdedah di aplikasi mesej Telegram beberapa bulan lalu.
KUMPULAN PEDOFIL
Ibu bapa mungkin memuatnaikkan gambar anak mereka sebagai tanda kegembiraan tetapi gambar itu berkemungkinan dimuatkan dalam halaman kumpulan seks pedofil.
Sebaik sahaja gambar kanak-kanak ini tersebar di media sosial dengan pesalah seks, ia akan menjadi sukar untuk mencari asal-usulnya.
Penulis suka juga berkongsi pendapat Noor Afidah Abu Bakar dari Parent Connect Consultancy mengenai pedofilia dan keselamatan anak-anak dalam blognya.
Antara lain beliau menyentuh mengenai ciri-ciri pedofilia iaitu seorang dewasa atau remaja yang mempunyai kecenderungan dan keinginan seksual terhadap kanak-kanak.
Noor Afidah menarik perhatian pembaca blognya kepada pembunuhan kejam adik Nurin Jazlin pada tahun 2007 dahulu.
Setelah 10 tahun berlalu, pedofil tersebut masih bebas dan ia membuktikan sekurang-kurangnya seorang pedofil tegar masih bebas di luar sana.
"Dia mungkin adalah 'friend Facebook kita, dia mungkin seorang 'jaga' di apartment kita, dia mungkin juga peniaga kantin sekolah anak kita dan sudah pastinya saudara-mara salah seorang daripada kita.
"Pelbagai kemungkinan," catat Noor Afidah di dalam tulisannya bertajuk 'Pedofila: Perlukah Kita Kisah?
Banyak lagi tulisan serta teguran yang dihasilkan pelbagai pihak bagi memberi kesedaran kepada ibu bapa, penjaga mahu pun guru-guru tadika atau sesiapa sahaja yang terlibat sebagai penjaga kanak-kanak.
AMBIL PENGAJARAN KES TERDAHULU
Dua kes hangat yang menggemparkan masyarakat di negara ini mengenai pedofilia tentunya kes Richard Huckle (2016)dan pelajar Malaysia yang menuntut jurusan Matematik di Imperial College London (2015).
Huckle, warganegara Britain dijatuhi hukuman penjara seumur hidup oleh sebuah mahkamah di London selepas didapati bersalah terhadap 71 pertuduhan berkaitan penderaan seksual terhadap kanak-kanak termasuk di Malaysia.
Dikatakan kumpulan penyiasat menemukan lebih daripada 20,000 gambar lucah dan video kanak-kanak yang menjadi mangsa serangan seksual Huckle.
Lebih keji apabila koleksinya itu kemudiannya dikongsi ke seluruh dunia menerusi satu laman sesawang khusus untuk mereka yang sakit jiwa dan minda sepertinya.
Manakala penuntut Malaysia pula dihukum penjara lima tahun oleh Southwark Crown Court.
Pelajar itu berusia 23 tahun ketika ditangkap, mengaku bersalah atas 17 pertuduhan memiliki, menghasilkan dan mengedar 30,000 imej dan video lucah kanak-kanak bawah umur.
Sebanyak 601 daripada jumlah itu adalah imej dan video kategori A, iaitu kategori ini membabitkan foto dan video memaparkan aktiviti persetubuhan dengan kanak-kanak.
JENAYAH SEKSUAL KANAK-KANAK
Minggu lalu (13-14 Mac 2017), Permata Negara menganjurkan Seminar Jenayah Seksual Kanak-kanak:Hentikan!
Seminar dua hari yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu menerima kehadiran kira-kira dua ribu peserta termasuk para panel yang membentang dan membincangkan topik yang amat serius ini.
Mendengar perkongsian dan pembongkaran kes-kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak, perasaannya sangat menghiris jiwa.
Ada ketikanya tidak sanggup untuk terus mendengar apa yang dilalui oleh mangsa-mangsa yang naif itu.
Dalam kebanyakan kes yang dikendalikan pihak yang terbabit, kanak-kanak lebih mengalami trauma kerana perlu melalui banyak soal siasat daripada pihak polis serta pemeriksaan doktor semata-mata untuk mendapatkan bukti mereka telah menjadi mangsa.
Jenayah di Malaysia bagaikan bermusim. Seketika isu ini hangat, kita semua akan beringat. Seketika kemudian apabila ia surut, kita juga senyap tidak membuka mulut.
Kita sudah ada Akta Kanak-kanak 2001 yang turut menyentuh mengenai kesalahan pornogafi dan persediaan kanak-kanak.
Namun Rang Undang-undang Kesalahan-kesalahan Jenayah Seksual Kanak-kanak 2017 akan diperincikan lagi skop hukuman pelaku agar setimpal dengan kesalahan yang dilakukan mereka terhadap kanak-kanak.
Semoga usaha negara untuk mewujudkan akta baharu bagi melindungi kanak-kanak yang menjadi mangsa jenayah seksual seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan dilaksanakan secepat mungkin.
Kepada ibu bapa, tolonglah intai dan kawal penggunaan media sosial di kalangan anak yang sudah pandai mengenal telefon bimbit, internet dan pelbagai aplikasi sosial seperti Whatsapp, Facebook dan WeChat.
Modus operandi pemangsa antaranya adalah melalui aplikasi-aplikasi ini.
Kawal juga diri anda daripada memuatknaik gambar anak yang dirasakan mampu menarik minat kumpulan yang berfikiran songsang itu.
Pilihan sebenarnya di tangan anda. Anda mahu orang memuji kecantikan, kecomelan dan kecerdikan anak atau anda tidak dapat tidur malam apabila mendapat tahu gambar si anak menjadi bahan hiburan dan angan-angan si pedofilia yang berada entah di mana.
Siapa tahu, mereka adalah di kalangan individu yang berhampiran atau yang kita kenali. Ini kerana ada laporan menyebut kira-kira 89 peratus kes membabitkan pelaku yang dikenali mangsa!
-- Nurul Halawati Mohamad Azhari/BERNAMA
Bernama
Fri Mar 24 2017
Ada kecenderungan pihak tidak bertanggungjawab untuk menyalahgunakan gambar-gambar tersebut. - EPA
Bantuan: SARA melalui MyKad disalurkan bermula hari ini
Usaha penyaluran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui penggunaan MyKad akan diperluaskan ke Sabah dan Sarawak pada tahun ini berbanding hanya di negeri-negeri Semenanjung Malaysia pada 2024.
88 penghuni rumah panjang tinggal sehelai sepinggang
Kira-kira 88 penghuni tinggal sehelai sepinggang apabila rumah panjang rumah mereka musnah sepenuhnya dalam satu kebakaran di Rumah Paulus Yan, Sungai Bawan di Jalan Nibong Tada pada rabu.
ASEAN 2025 | 15 Jan
ASEAN 2025 hari ini bersama Pia Ernadya membawa tumpuan berikut:
Haji: Malaysia mohon kuota tambahan 10,000
Malaysia memohon kuota haji tambahan sebanyak 10,000 dan akan diberikan pertimbangan sewajarnya oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.
Pantau Agenda Reformasi: Misi PM ke UK: Apa bakal kita dapat?
Selepas lawatan kerja rasmi ke UAE, PM meneruskan misi ke beberapa buah negara di Eropah seperti UK, Jerman dan Switzerland. Apa manfaat daripada hasil lawatan ini?
TRAVEX 2025 menghimpunkan peserta dari lebih 40 negara
Penganjuran ASEAN Travel Exchange (TRAVEX) 2025 yang diadakan bersempena dengan Forum Pelancongan ASEAN (ATF) 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, menghimpunkan peserta dari 42 negara, mencerminkan jangkauan luasnya.
Syarikat pembekal sandwic kontroversi dakwa bahan mentah ada sijil halal
Syarikat itu memberitahu, penghasilan sandwic itu menggunakan roti, keju, dan kepingan daging ayam yang diperakukan halal oleh Jakim.
Malaysia perkukuh perdagangan minyak sawit, kerjasama serantau - MPOB
Malaysia komited memanfaatkan rangka kerja serantau seperti Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) ASEAN dengan negara seperti Korea Selatan, Australia dan New Zealand.
MOTAC seru negara anggota ASEAN tingkat kerjasama
Malaysia menyeru semua negara ASEAN mempertingkatkan kerjasama bagi melonjakkan sektor pelancongan di rantau ini.
Saya telah bertemu Jho Low di Abu Dhabi sebelum sertai 1MDB - Arul Kanda
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy memberitahu beliau bertemu Jho Low di Abu Dhabi, empat tahun sebelum pelantikannya ke dalam syarikat itu.
Ada padah muat naik gambar anak di media sosial
Keterujaan ibu bapa memuat naik gambar anak mereka di media sosial boleh mengundang padah.
Indeks Kesejahteraan Keluarga Malaysia 2016 di tahap sederhana
Skor Indeks Kesejahteraan Keluarga Malaysia (IKK) 2016 berada di tahap sederhana dengan mencatatkan nilai skor 7.33 daripada skala maksimum 10, kata Datuk Seri Rohani Abdul Karim.
Akta Pekerja Sosial jamin kompetensi, profesionalisme pekerja sosial - Rohani
Akta Pekerja Sosial akan diperkenalkan bagi menjamin kompetensi dan profesionalisme pekerja sosial untuk melaksanakan kerja-kerja sosial dalam pelbagai bidang keperluan.
BR1M pelengkap kepada bantuan kewangan kumpulan sasar KPWKM - Rohani
Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah pelengkap kepada bantuan yang diberikan kepada kumpulan sasar KPWKM, kata Menterinya Datuk Seri Rohani Abdul Karim.
Keseimbangan kerja, kehidupan buat kakitangan KPWKM lebih produktif - Rohani
Katanya, pekerja sukar untuk mendapat keseimbangan antara kerja dan kehidupan di mana majikan seharusnya mencari inisiatif tersebut.
Pekeliling penambahbaikan kemudahan cuti menjaga anak akan dikeluarkan - Rohani
Satu pekeliling akan dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk menjelaskan mengenai pengumuman penambahbaikan kemudahan cuti menjaga anak.
JKM hantar empat laporan ke Sweden
Empat laporan mengenai perkembangan anak-anak pasangan yang ditahan di Sweden telah dihantar oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada Jabatan Perkhidmatan Sosial Sweden.