IMEJ sebuah potret telah dijumpai di bawah lukisan asal Mona Lisa dengan menggunakan teknologi pantulan cahaya, menurut seorang saintis Perancis.
Pascal Cotte menyatakan beliau telah menggunakan teknologi tersebut selama 10 tahun untuk menganalisis potret Mona Lisa.
Beliau berkata terdapat satu lagi potret yang tersembunyi di bawah permukaan karya Leonardo da Vinci yang paling terkenal itu.
Cotte, yang diberi kebenaran oleh Muzium Louvre di Paris untuk mengakses potret Mona Lisa pada tahun 2004, telah menggunakan teknik yang dikenali sebagai Layer Amplification Method (LAM) untuk analisis itu.
Teknik ini melibatkan projeksi siri cahaya pada lukisan. Sebuah kamera kemudiannya akan mengukur pantulan cahaya, dan dari pantulan tersebut pembinaan semula potret di sebalik Mona Lisa dapat dilakukan.
Pembinaan semula imej memaparkan seorang gadis lain yang duduk dalam posisi mirip Mona Lisa.
Teori baru?
Leonardo da Vinci dipercayai menyiapkan potret Mona Lisa di antara tahun 1503 dan 1517 sambil berkarya di Florence dan kemudiannya di Perancis.
Debat tentang siapakah Mona Lisa yang sebenar sudah lama berlangsung namun teori yang paling luas diterima pakai ialah beliau merupakan Lisa Gherardini, isteri kepada pedagang sutera Florentina.
Namun Cotte mendakwa penemuannya kembali mencabar teori tersebut. Dia percaya potret wanita yang dibina semula melalui kajian beliau itu merupakan “Lisa” yang sebenar bagi Leonardo da Vinci dan potret Mona Lisa yang dikenali ramai selama 500 tahun itu, sebenarnya wanita lain.
Pendapat pakar
“Memang satu kebiasaan bagi seorang pelukis untuk menindih lukisan asal dengan lukisan baru jika orang yang mengupahnya meminta lukisan tersebut diubah. Jadi tidak aneh jika ada potret lain yang dijumpai di sebalik Monalisa. Namun penemuan ini perlu dianalisis dengan teliti,” ujar Will Gompertz, seorang pengarah seni.
Bagi Profesor Emeritus Sejarah Seni di Universiti Oxford, Martin Kemp, tidak mungkin wujud potret wanita lain di sebalik Mona Lisa. Yang wujud hanyalah evolusi pemikiran da Vinci sepanjang proses beliau menyiapkan potret tersebut.
Pakar sejarah seni, Andrew Graham-Dixon telah menerbitkan sebuah dokumentari bersama BBC yang berjudul The Secrets of the Mona Lisa yang turut mengambil kira kajian Cotte.
Komen Graham-Dixon, “Saya fikir ini antara kisah terbaik tahun ini. Sudah pasti pihak berkuasa di (Muzium) Louvre keberatan untuk menerima semua ini. Mereka tidak akan menamakan semula potret itu kerana itulah sebabnya — selamat tinggal Mona Lisa, dia sebenarnya wanita lain.”
Cotte mengumumkan penemuan beliau pada sidang media di Shanghai Selasa lalu.
Nizam Bakeri
Fri Dec 11 2015

Imej sebuah potret telah dijumpai di bawah lukisan asal Mona Lisa dengan menggunakan teknologi pantulan cahaya, menurut seorang saintis Perancis. - Foto YouTube BBC

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.

'Mona Lisa' dapat bilik khas di Louvre, sebahagian daripada naik taraf muzium
Lukisan 'Mona Lisa' akan ditempatkan di bilik khas baharu di muzium seni Louvre di Paris.

Muzium Louvre ditutup susulan ancaman COVID-19
Sebahagian 9.6 juta pengunjung muzium terbabit adalah pelancong luar negara.

Mona Lisa 'terbang' ke Malaysia
Balai Seni Negara bawa hasil karya Leonardo Da Vinci untuk tontonan peminat menerusi pameran Leonardo Opera Omnia.

Ada wajah wanita lain di sebalik potret Mona Lisa?
Imej sebuah potret telah dijumpai di bawah lukisan asal Mona Lisa dengan menggunakan teknologi pantulan cahaya, menurut seorang saintis Perancis.