Alunan muzik yang merdu kini hanya menjadi kenangan bagi Love Music Center (M) Sdn Bhd yang memutuskan untuk menutup perniagaannya yang telah beroperasi selama 44 tahun dalam persekitaran perniagaan mencabar, apabila pusat membeli belah tertua di Malaysia, Ampang Park, ditutup semalam bagi memberi laluan kepada pembinaan stesen Transit Aliran Berkapasiti Tinggi (MRT) Ampang.
Suasana perniagaan di hari-hari terakhirnya telah mengimbau semula kenangan manis bagi pemiliknya, yang hanya mahu dikenali sebagai Ong, 67, dan isterinya Tina, 64, yang melihat pelanggan datang memberi sokongan kepada mereka.
Ditubuhkan pada 1974, Love Music bergerak seiring dengan evolusi industri muzik bermula daripada rekod vinil, kaset, cakera padat (CD) hinggalah kepada cakera optik digital (DVD).
Ong melahirkan kesedihannya melihat pusat membeli belah itu bakal dirobohkan tidak lama namun merasa gembira kerana ia telah memberi khidmat beberapa generasi selama bertahun-tahun ini.
Mengimbau semula kenangan manis semasa zaman kegemilangan di Ampang Park, Ong, yang memulakan perniagaannya sebelum beliau mendirikan rumah tangga dengan Tina, berkata perniagaan kedainya sangat baik pada masa itu.
"Margin sangat bagus, sewa murah iaitu kira-kira RM20 hingga RM30 sekaki persegi dan ramai pelanggan tempatan dan asing yang datang ke kedai dan membeli rekod, kaset dan CD/DVD tulen.
"Tetapi sekarang, dengan perubahan masa dan kemunculan teknologi digital serta pautan laman web yang memuat turun lagu atau album secara percuma, kedai kami semakin kurang dikunjungi pelanggan tidak seperti dahulu," kata Ong sambil menambah beliau membeli kedai itu selepas 15 tahun menjalankan perniagaan.
Ketika penyewa lain berusaha mencari tempat untuk memindahkan perniagaan mereka, Ong, sebaliknya berkata beliau tidak bercadang untuk meneruskan perniagaan kedai muzik itu.
"Kami akan menutupnya buat selama-lamanya, kerana jika kami berpindah ke tempat lain atau gedung membeli belah sebagai contohnya, sewa agak tinggi, kami tidak boleh meneruskan kelangsungan hidup dan tambah lagi kami terpaksa bersaing dengan trend industri muzik pada masa kini.
"Melainkan jika kami mencatatkan jualan tinggi, yang mana ia agak mustahil. Kami pernah mempunyai tiga cawangan di Lembah Klang, tetapi dengan sewa tinggi kira-kira RM7, 000 hingga RM8, 000 sebulan, kami tidak mampu menampungnya dan semuanya terpaksa ditutup satu demi satu," katanya.
Ong berkata beliau masih ingat pada era 1990an iaitu pada tahun 1996 apabila kumpulan nasyid Raihan muncul dengan album pertamanya yang menjadi album paling laris apabila terjual lebih 600,000 unit di seluruh negara.
"Ia adalah saat yang sangat menggembirakan apabila orang datang tanpa henti membeli sama ada kaset, CD atau DVD kumpulan nasyid itu terutamanya pelanggan Muslim. Kami akan merindui saat-saat itu," kata Ong.
Sementara itu, seorang pelanggan tetap, Nor Faridah Abdul Rashid, yang biasanya datang membeli CD di Love Music berkata beliau sering berkunjung ke kedai itu kerana persekitarannya yang selesa ditambah dengan kakitangannya yang ramah.
"Saya biasa datang ke sini sejak lewat 1980-an dan sejak itu setiap tiga bulan sekali dan selepas saya mendapat gaji, pasti saya akan singgah ke kedai muzik itu untuk membeli CD terbaharu.
"Saya akan merindui tempat itu kerana ia memiliki CD genre kegemaran saya," ujarnya.
Tinjauan hari akhir Bernama mendapati Pusat membeli belah Ampang Park masih lagi sibuk pada malam Tahun Baru dengan pengunjung datang berkunjung buat kali terakhir di samping mengambil kesempatan daripada pelbagai promosi untuk memberi barangan yang dijual dengan harga yang murah.
Tidak dinafikan penutupan Ampang Park amat pahit bagi ramai orang tetapi dalam masa yang sama ia merupakan satu simbol kemajuan yang bermakna kita memberi laluan kepada suatu yang lebih bermakna dan lebih baik bagi negara.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 01 2018
![Alunan muzik kini hanya kenangan di Ampang Park Alunan muzik kini hanya kenangan di Ampang Park](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/61514840438_950x600.jpg)
Pusat beli-belah Ampang Park ditutup pada Ahad selepas beroperasi kira-kira 44 tahun. - Gambar fail Bernama
3,316 graduan dilantik pegawai perubatan siswazah
Semua 3,316 graduan perubatan yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) tahun lalu, dilantik sebagai pegawai perubatan siswazah (PPS) di Hospital Latihan Siswazah (HLS) di seluruh negara.
KKDW pertimbang guna kaedah IBS bina rumah PPRS
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sedang mempertimbang penggunaan kaedah Sistem Binaan Berindustri (IBS) dalam pembinaan Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS).
Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew
Menurutnya Malaysia telah diletakkan di bawah kategori Tahap 2 menerusi sekatan baharu itu selain Singapura, Indonesia dan Vietnam, dengan negara-negara berkenaan diberikan akses yang terhad dan terkawal bagi eksport teknologi AI termaju.
PGA gagalkan cubaan seludup hampir 88,000 kelapa di Tumpat
Pasukan Gerakan Am (PGA) briged tenggara berjaya menggagalkan cubaan menyeludup keluar hampir 88,000 biji kelapa selepas menahan dua treler di Stor Che Soh, Kampung Pulau Ular, Tumpat, Isnin lalu.
'Flat' Chow Kit digempur, 124 pati dicekup
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 124 pendatang tanpa izin dalam serbuan di sebuah bangunan rumah flat 14 tingkat di Jalan Haji Hussein, Chow Kit awal pagi rabu.
Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata 84 warga Indonesia, Bangladesh (17), Pakistan (14), Nepal (4), India (3) dan Myanmar (2) ditahan kerana disyaki tinggal di negara ini tanpa permit sah dan melebihi masa yang ditetapkan.
Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata 84 warga Indonesia, Bangladesh (17), Pakistan (14), Nepal (4), India (3) dan Myanmar (2) ditahan kerana disyaki tinggal di negara ini tanpa permit sah dan melebihi masa yang ditetapkan.
A$ap Rocky dibebaskan dari dua pertuduhan, 'lompat' ke arah penyokong di mahkamah tanda lega
Penyanyi rap terkenal Amerika Syarikat, A$Ap Rocky dibebaskan daripada dua pertuduhan jenayah serangan dengan senjata separa automatik selepas juri mahkamah di Los Angeles mendapati beliau tidak bersalah dalam insiden yang berlaku pada 2021.
![Dua lelaki termasuk warga emas didakwa edar 275 kg dadah Dua lelaki termasuk warga emas didakwa edar 275 kg dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739940422_TBMahkamah.jpg)
Dua lelaki termasuk warga emas didakwa edar 275 kg dadah
Dua lelaki termasuk seorang warga emas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bentong atas pertuduhan mengedar 275.19 kilogram dadah.
AS-Rusia setuju runding lagi, Ukraine tidak dilibatkan
Amerika Syarikat bersetuju untuk mengadakan lebih banyak rundingan dengan Rusia bagi menamatkan perang di Ukraine selepas mesyuarat awal yang tidak melibatkan Kyiv.
Pendekatan ini berbeza daripada dasar Washington sebelum ini yang lebih memilih untuk menekan Rusia melalui kerjasama rapat dengan sekutu-sekutunya.
Pendekatan ini berbeza daripada dasar Washington sebelum ini yang lebih memilih untuk menekan Rusia melalui kerjasama rapat dengan sekutu-sekutunya.
![Gangguan bekalan air 18 jam di Air Itam, Farlim, Paya Terubong Gangguan bekalan air 18 jam di Air Itam, Farlim, Paya Terubong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739938792_GANGGUANBEKALANAIR.jpg)
Gangguan bekalan air 18 jam di Air Itam, Farlim, Paya Terubong
Sebanyak 33,500 akaun pengguna di Air Itam, Farlim dan Paya Terubong di sini akan mengalami gangguan bekalan air berjadual (SWSI) selama 18 jam bermula Jumaat hingga Sabtu ini.
Israel, Hamas runding gencatan senjata baharu minggu ini
Israel dan Hamas akan memulakan rundingan tidak langsung mengenai fasa kedua perjanjian gencatan senjata di Gaza minggu ini.
Rundingan bagi fasa kedua perjanjian ini dijadualkan bermula pada 4 Februari, tetapi Qatar, sebagai perantara bersama Mesir dan Amerika Syarikat, menyatakan bahawa rundingan rasmi masih belum dimulakan.
Rundingan bagi fasa kedua perjanjian ini dijadualkan bermula pada 4 Februari, tetapi Qatar, sebagai perantara bersama Mesir dan Amerika Syarikat, menyatakan bahawa rundingan rasmi masih belum dimulakan.
![Raya ini, Ampang Park dah tiada ... Raya ini, Ampang Park dah tiada ...](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/61514536024_AmpangPark.jpg)
Raya ini, Ampang Park dah tiada ...
TRADISI membeli-belah menjelang perayaan sebenarnya sangat sebati dalam diri warga kota malah seluruh rakyat negara ini.
![MRT nafi jalankan sebarang aktiviti di Kompleks Beli-Belah Ampang Park MRT nafi jalankan sebarang aktiviti di Kompleks Beli-Belah Ampang Park](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/81516726543_AmpangPark.jpg)
MRT nafi jalankan sebarang aktiviti di Kompleks Beli-Belah Ampang Park
Walaupun MRT Corp akan mengambil kompleks beli-belah itu bagi pembinaan MRT laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP), proses mengambil balik tanah masih berjalan dan belum selesai.
![Alunan muzik kini hanya kenangan di Ampang Park Alunan muzik kini hanya kenangan di Ampang Park](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/61514840438_950x600.jpg)
Alunan muzik kini hanya kenangan di Ampang Park
Alunan muzik yang merdu kini hanya menjadi kenangan bagi Love Music Center (M) Sdn Bhd yang memutuskan untuk menutup perniagaannya yang telah beroperasi selama 44 tahun.
![Wisma Yakin bakal terima nasib seperti Ampang Park? Wisma Yakin bakal terima nasib seperti Ampang Park?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/71514784208_DatukMaideen.jpg)
Wisma Yakin bakal terima nasib seperti Ampang Park?
Mercu tanda perniagaan Melayu di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur itu dikatakan kini semakin lesu dan menanti rebah apabila semakin tenggelam daripada mendapat perhatian pengunjung.
![AWANI Review: Ancaman boikot tidak halang McDonald's melangkah ke alaf baharu AWANI Review: Ancaman boikot tidak halang McDonald's melangkah ke alaf baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/61514761361_ampangpark.jpg)
AWANI Review: Ancaman boikot tidak halang McDonald's melangkah ke alaf baharu
Naib Presiden McDonald's Malaysia, Melati Abdul Hai berkongsi tentang restoran McDonald's baharu selepas penutupan cawangan di Ampang Park dan isu boikot restoran makanan segera tersebut.
![Nostalgia Ampang Park: 'Dulu pak cik, mak cik dating kat sini' - KLMJ warga kota Nostalgia Ampang Park: 'Dulu pak cik, mak cik dating kat sini' - KLMJ warga kota](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/71514717910_AmpangPARK.jpg)
Nostalgia Ampang Park: 'Dulu pak cik, mak cik dating kat sini' - KLMJ warga kota
Bukan sekadar sebuah bangunan, tetapi menjadi satu titik pertemuan, perpisahan dan pelbagai kenangan sepanjang 44 tahun buat warga kota.
![Detik-detik terakhir Ampang Park Detik-detik terakhir Ampang Park](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/61514536024_AmpangPark.jpg)
Detik-detik terakhir Ampang Park
Hasil tinjauan Astro AWANI mendapati orang ramai masih lagi berpusu-pusu serta tidak melepaskan peluang berkunjung ke pusat beli belah Ampang Park sebelum ditutup buat selamanya.
![Pengunjung imbau nostalgia Ampang Park Pengunjung imbau nostalgia Ampang Park](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/71514474326_AmpangPark.jpg)
Pengunjung imbau nostalgia Ampang Park
Suasana suram menyelubungi kompleks Ampang Park di sini apabila kalangan pengunjung, termasuk pelanggan setianya yang mengambil kesempatan menjejakkan kaki buat kali terakhir bagi mengimbau nostalgia.
![Ampang Park: Sudahlah kehilangan suami, kedai pula terpaksa ditutup Ampang Park: Sudahlah kehilangan suami, kedai pula terpaksa ditutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/81514285511_ampangparkmall.jpg)
Ampang Park: Sudahlah kehilangan suami, kedai pula terpaksa ditutup
Jenny Lee, 45, antara pemilik strata yang terpaksa hentikan perniagaan di Ampang Park, bagi memberi laluan kepada pembangunan.
![Di mana sahaja, Cozy Corner tetap seperti dahulu - Joo Tan Di mana sahaja, Cozy Corner tetap seperti dahulu - Joo Tan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/51513823590_CozyTanCozy.jpg)
Di mana sahaja, Cozy Corner tetap seperti dahulu - Joo Tan
Selepas 39 tahun beroperasi, kedai makan, Cozy Corner yang menjadi antara mercu tanda terkenal di Ampang Park mengumumkan perpindahan mereka ke Ampang Point.