KUALA LUMPUR: Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) menyeru orang ramai supaya mengamalkan penggunaan barangan dan perkhidmatan elektrik secara lestari, bagi mengelakkan pembaziran ketika dunia kini menghadapi krisis tenaga.
Ketua Pegawai Eksekutif FOMCA Saravanan Thambirajah berkata pengawalan penggunaan tenaga elektrik dapat membantu kelangsungan bekalan tenaga, sekali gus meringankan beban kerajaan dan syarikat utiliti dalam menyediakan bekalan elektrik bagi memenuhi permintaan.
Jelasnya, ini berikutan penyediaan bekalan elektrik melibatkan kos yang tinggi terutamanya bagi penggunaan bahan api serta penyediaan infrastruktur bekalan elektrik.
"Setiap enam bulan, kerajaan akan mengumumkan kadar Pelepasan Kos Tidak Seimbang (Imbalance Cost Pass-Through - ICPT) dan telah mengekalkannya pada kadar sama seperti kitaran ICPT sebelum ini kepada hampir semua pengguna domestik dan bukan domestik kategori tarif voltan rendah dan pertanian spesifik.
"Pengekalan ICPT memberi impak yang baik kepada pengguna, lagi-lagi kerana ramai terjejas semasa pandemik COVID-19, di mana inflasi meningkat," katanya kepada Bernama, baru-baru ini.
Pada Jun lepas, kerajaan mengumumkan pengguna domestik di Semenanjung Malaysia dengan penggunaan elektrik bulanan berjumlah 1,500 kWj dan ke bawah, tidak akan mengalami kenaikan tarif elektrik berikutan pelarasan tarif elektrik bagi tempoh 1 Jul hingga 31 Dis 2023, di bawah pelaksanaan mekanisme ICPT.
Kerajaan juga bersetuju menampung kos subsidi elektrik di bawah ICPT bagi tempoh sama, sebanyak RM5.2 bilion, bermakna hampir semua pengguna domestik dan pengguna bukan domestik voltan rendah tidak akan terjejas dengan pelarasan tarif elektrik terbaru ini.
Sementara itu, pengguna bukan domestik voltan tinggi (HV) dan sederhana (MV) serta kategori baharu utiliti air dan pembentungan akan menikmati penurunan berikutan purata harga bahan api arang batu menurun sedikit daripada AS$224/metrik tan (Julai-Disember 2022) kepada AS$173.50/metrik tan (Januari-Jun 2023).
Bagaimanapun, purata harga arang batu masih lagi tinggi dan melebihi unjuran kos bahan api yang ditetapkan dalam tempoh kawal selia ketiga (RP3) iaitu AS$79/metrik tan.
Tahun ini, dianggarkan penduduk Malaysia yang mencecah 33.4 juta akan bertambah sekali gus penggunaan tenaga elektrik juga dijangka meningkat.
Susulan itu, Saravanan berkata penggunaan tenaga yang cekap amat penting dan boleh mengurangkan bil elektrik bulanan isi rumah.
Beliau juga menyarankan pengguna domestik membeli barangan elektrik cekap tenaga dengan Label Cekap Pengguna empat atau lima bintang yang dikawal selia Suruhanjaya Tenaga (ST), yang diberi rebat hingga RM400 menerusi program Sustainability Achieved Via Energy Efficiency (SAVE) 3.0.
Sementara itu, Timbalan Presiden Pertubuhan Mesra Pengguna Malaysia (PMPM) Azlin Othman berkata gaya hidup antara faktor yang memberi kesan besar kepada penggunaan tenaga elektrik.
Justeru, katanya, kaedah pemantauan serta mengoptimumkan penggunaan elektrik, satu langkah tepat dalam mengendalikan tenaga dengan lebih cekap demi masa depan lestari, selain penggunaan tenaga boleh diperbaharui seperti solar dan sebagainya.
Azlin juga mencadangkan kerajaan menyediakan pelan tindakan subsidi jangka pendek agar pihak pembekalan dan penyediaan bekalan elektrik seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB) dapat mengurangkan kadar cas elektrik supaya pelanggan dan pengguna akhir tidak terbeban.
Selain itu, beliau menyarankan kerajaan membuat satu kaedah berbentuk pembelajaran atau pendidikan kepenggunaan sebagai satu silibus mata pelajaran bermula dari peringkat sekolah rendah, selain mahu kelab pengguna peringkat sekolah lebih aktif menyampaikan saranan mengenai kaedah penggunaan elektrik.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 09 2023

Penggunaan tenaga yang cekap amat penting dan boleh mengurangkan bil elektrik bulanan isi rumah. - Gambar hiasan
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Amal guna barang, perkhidmatan elektrik secara lestari, elak pembaziran - FOMCA
Penggunaan tenaga yang cekap amat penting dan boleh mengurangkan bil elektrik bulanan isi rumah.

Rusia-Ukraine: Krisis tenaga terus meruncing, tenaga boleh diperbaharui semakin jadi pilihan
Penyelesaian baharu krisis tenaga ialah penggunaan tenaga boleh diperbaharui sebagai langkah berdaya maju.

Presiden Afrika Selatan isytihar bencana kebangsaan akibat krisis tenaga
Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa mengisytiharkan darurat bencana kebangsaan bagi menangani krisis bekalan elektrik negara itu.

Negara maju digesa tunai janji, peruntukan AS$100 bilion tangani bencana iklim
Berdepan bencana iklim, krisis makanan dan tenaga, multilateralisme dan kerjasama dilihat sebagai satu-satunya jalan keluar.

Berdepan krisis tenaga, Paris padam skrin iklan digital lebih awal
Dewan Bandar Raya Paris pada Rabu lalu meluluskan inisiatif untuk memadamkan skrin pengiklanan digital lebih awal di kawasan awam.

Australia rancang tambah pengambilan migran susulan krisis tenaga mahir
Australia mempertimbang untuk menaikkan had migran tahunan daripada paras semasa iaitu 160,000 kepada lebih ramai migran berkemahiran tinggi.

Henti guna gas untuk jana elektrik - Menteri Jerman
Jerman memperhebat perbahasan mengenai kemungkinan melanjutkan penggunaan NPP ekoran krisis gas yang sedang berlaku.

Sri Lanka jangka kekurangan bekalan bahan api berterusan selama 12 bulan
Kekurangan bahan api di Sri Lanka mungkin berterusan selama setahun kerana kekurangan dana untuk import.

Krisis tenaga global tidak jejas sekuriti bekalan elektrik Malaysia
Sektor penjanaan elektrik negara telah mempelbagaikan campuran bahan api.

Sumber tenaga kerja di Pakistan kritikal
Pakistan berdepan krisis tenaga yang kritikal berikutan kegagalan merancang sumber tenaga untuk jangka panjang.