TIADA istilah penat dalam kamus hidup beliau. Yang penting bagi 'Uncle Kentang' adalah, mengeringkan tangisan dan air mata mereka yang dalam kesusahan.
Bukan hanya satu lokasi yang dijejaki, sebaliknya langkah kaki lelaki berusia 58 tahun ini membawa beliau ke segenap pelosok kota dan desa, tanpa menilai latar belakang agama dan bangsa.
Perjuangan murni ini dilakukan bukan hanya untuk meringankan beban golongan susah, tetapi juga sebagai bekalan diri selepas pulang ke kampung abadi.
Uncle Kentang atau nama sebenarnya Kuan Chee Heng merupakan sosok tubuh yang tidak asing di negara ini.
Malah, nama aktivis masyarakat ini menjadi buah mulut dalam kalangan masyarakat sehingga budinya dihargai menerusi anugerah ‘Points of Light’ oleh Ratu Elizabeth II yang bakal diterima 30 Jun ini.
Ketika ditemui Astro AWANI baru-baru ini, Kuan menyifatkan pengalaman hidup dalam kesusahan suatu ketika dahulu menjadi pendorong untuknya meneruskan kerja-kerja amal.
"Tipulah kalau saya tidak penat. Saya memang sangat penat. Tetapi saya bersyukur kerana saya masih diberikan kesihatan yang baik.
"Jadi, saya hindari perasaan kepenatan itu dengan ambil maklum, mereka yang sakit memang memerlukan bantuan.
"Kekuatan (untuk membantu) ialah apabila orang menaruh harapan kepada kita, dan kita kena bersyukur," kata lelaki yang berasal dari Batu Pahat, Johor, ini.
"Dulu, (mendiang) ayah saya pun mati begitu sahaja, kerana kami tak mampu untuk sewa ambulans atau pergi jumpa doktor. Kami duduk dalam kawasan kampung.
"Maka, saya tak mahu peristiwa sedih ayah saya berulang di jiwa saya," katanya kepada Astro AWANI ketika ditemui di pejabatnya di Puchong Utama, Puchong, baru-baru ini.
BACA: 'Penghargaan ini untuk semua'! - Uncle Kentang antara lima rakyat Malaysia terima anugerah Ratu Elizabeth II
Daripada pasar kepada perkhidmatan teksi 10 sen, sehinggalah perkhidmatan van jenazah dan ambulans RM1, semua inisiatif ini digerakkan demi kelangsungan hidup golongan tidak berkemampuan.
Selain itu, Presiden Persatuan Kepolisan Komuniti Malaysia ini turut menawarkan harga penginapan transit RM1 bagi membantu golongan memerlukan tempat tinggal ketika mendapatkan rawatan di hospital.
Bunyi seperti tidak masuk akal, namun itulah realiti dan ketulusan hati Kuan yang mula menyediakan perkhidmatan tersebut sejak 2016.
Sebanyak lima buah rumah transit RM1 disediakan di Lembah Klang - tiga di Puchong, satu berhampiran bangunan Institut Kesihatan Negara, Shah Alam dan satu lagi di Kuala Lumpur.
Bagi beliau, mereka yang dibantu bukan satu beban buatnya tetapi rahmat Tuhan yang perlu disyukuri.
"Kita mesti ada semangat bahawa mereka yang jatuh di luar itu adalah adik-beradik dan ayah kita. Kalau ayah kita, macam mana? Kalau itu emak kita, macam mana? Jadi, semangat itu mesti sentiasa ada selalu di sanubari.
"Bagi saya, apabila saya bermesyuarat dengan kakitangan, saya selalu katanya: That is our father, that is our mother, that is our sister and that is our brother.
"Jadi, bagi saya, ia adalah satu kesyukuran apabila orang susah atau lapar datang jumpa kamu. Ia satu peluang yang Tuhan hadiahkan dan kamu tidak boleh pandang sinis. Kita kena banyak bersyukur dan mendalaminya.
"Dia (orang susah) adalah takdir. Tuhan tak akan jumpakan orang susah dengan orang susah. Orang susah ini bukan menyusahkan kita, dia menyenangkan kita ke jalan akhirat. Itu yang sangat penting," ujar beliau lagi.
Telefon tidak berhenti berdering
Sepanjang hampir dua jam bersama Kuan, empat telefon bimbit miliknya tidak berhenti berdering.
Setiap satunya mempunyai 'pelbagai fungsi' termasuk untuk bantuan kecemasan seperti ambulans.
Panggilan yang diterima pula daripada segenap lapisan masyarakat, termasuk warga asing.
Tambah beliau, situasi pandemik COVID-19 yang melanda dunia ketika ini menyebabkan ramai golongan susah yang semakin terhimpit.
Sangat menyentuh hati beliau, apabila mendengar setiap tangisan individu yang menghubunginya.
"Bayangkan, semalam ada seorang lelaki bernama Bala hubungi saya dan kata, doktor suruh bawa balik isterinya (dari hospital) yang sakit kanser tahap empat.
"Masa dia bercakap dengan saya, suara dia kuat, tetapi selepas itu, apabila bercakap mengenai bayaran, (Bala berkata) tak apalah saya akan cari mana-mana kawan bantu, terus suaranya bertukar tangisan.
"Saya kata kepadanya, tak apalah Bala, kita adik-beradik, kita caj RM1 sahaja. Dia menangis seperti saya ini abang dia. Dia menangis, menaruh harapan betul-betul kepada saya," kongsi Uncle Kentang.
Pandemik COVID-19 masa untuk muhasabah
Usaha Kuan menyalurkan bantuan digerakkan bersama puluhan kakitangannya.
Tiada apa yang lebih mengembirakan beliau selain melihat mereka yang dalam kesusahan bangkit dan meneruskan semula kehidupan.
"Pandemik ini adalah untuk kita bermuhasabah sendiri. Kita cari mana hilangnya diri kita. Saya minta maaf, ramai daripada kita yang terlepas pandang, kita tak ambil mudah.
"Jadi, sesiapa yang sakit itu adalah saudara kita, sesiapa yang memerlukan bantuan itu adalah saudara kita," kata Kuan lagi, yang juga merupakan seorang ahli perniagaan.
Tidak hanya menyalurkan bantuan dari segi makanan dan kewangan, bantuan emosi dan sokongan moral juga antara yang sering dititikberatkan setiap kali berdepan golongan susah.
Namun, di sebalik kerja amal yang digerakkan, besar harapan Kuan agar badan kesukarelawan di negara ini diperkukuhkan lagi, termasuk dari segi undang-undang, bagi menjaga kebajikan badan bukan kerajaan (NGO).
Temu bual penuh bersama Kuan boleh ditonton menerusi program Stars@AWANI yang disiarkan hari ini di laman sosial Facebook dan YouTube Astro AWANI.
Hasimi Muhamad
Sun Jun 13 2021
Kuan berkata, kekuatan untuk membantu orang susah datang daripada harapan bersungguh-sungguh yang diletakkan mereka kepadanya. - Foto Astro AWANI
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
Pengarang nafi terlibat serangan seksual lapan wanita
Dakwaan empat daripada mereka telah disiarkan pada Julai lalu dalam podcast Tortoise Media.
Annuar boleh hidup dengan angan-angan - Fahmi
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.
Fahmi ingatkan rakyat di kawasan berisiko supaya waspada
Rakyat di kawasan berisiko di selatan Semenanjung, Sabah dan Sarawak diingatkan untuk berwaspada dan bersedia bagi menghadapi kemungkinan banjir akibat luruan monsun.
Malaysia terus perkukuh kedudukan sebagai destinasi utama - Fahmi
Malaysia terus memperkukuh kedudukannya sebagai destinasi utama pelaburan asing apabila Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) menyatakan komitmen untuk meningkatkan pelaburan di Malaysia.
Proses ujian Aerotrain masih berjalan - Loke
Proses penyelesaian projek Perkhidmatan Penggerak Penumpang Automasi (Aerotrain) masih di peringkat ujian pelbagai fasa.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, kontraktor yang terlibat sedang melaksanakan ujian dinamik dan beberapa ujian lain.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, kontraktor yang terlibat sedang melaksanakan ujian dinamik dan beberapa ujian lain.
Bahan mentah ada sijil halal JAKIM - Syarikat pembekal
Syarikat pembekal sandwich kontroversi, Shake And Bake Cafe Sdn Bhd mendedahkan bahan mentah digunakan dalam pembuatan makanan itu memiliki pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
PRU15: Uncle Kentang mahu ubah minda rakyat terhadap 'calon tanpa beban politik'
Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang bersedia dengan kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kerana bersaing dengan pihak lawan yang hebat dalam politik.
PRU15: Uncle Kentang umum bertanding calon bebas di Puchong
Aktivis Masyarakat, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali dengan Uncle Kentang menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon bebas di Parlimen Puchong pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Rezeki dikongsi bersama, Uncle Kentang lancar kedai makanan dan barangan RM1
Pengasas Pertubuhan Amal Uncle Kentang Malaysia, Kuan Cheng Heng atau lebih popular dengan gelaran Uncle Kentang hari ini melancarkan Kedai dan Kafe Anda di Stesen LRT Taman Perindustrian Puchong.
Dakwa hina B40: Uncle Kentang cari pelajar diherdik pensyarah, mahu bantu belikan komputer
Jelas Uncle Kentang, beliau akan membuat tabung pendanaan awam (crowdfunding) untuk membeli komputer buat pelajar berkenaan.
'Uncle Kentang' harap anugerah Komanwel cetus inspirasi lebih ramai terlibat aktiviti amal
Aktivis sosial Kuan Chee Heng berharap Anugerah Komanwel Points of Light yang diterimanya akan membuka jalan dan mencetus inspirasi agar lebih ramai terlibat dengan aktiviti kebajikan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 13 Jun 2021.
Anggap orang susah itu adik-beradik kita - Uncle Kentang kongsi prinsip perjuangan
Perjuangan murni beliau dilakukan bukan hanya untuk meringankan beban golongan susah, tetapi juga sebagai bekalan diri selepas pulang ke kampung abadi.
'Penghargaan ini untuk semua'! - Uncle Kentang antara lima rakyat Malaysia terima anugerah Ratu Elizabeth II
Pemuda berasal dari Kampung Bukit Cermai, Batu Pahat, Johor itu menambah anugerah tersebut akan diberikan pada 12 Jun ini.
Prasarana, Uncle Kentang berganding hulur bantuan sempena Tahun Baru Cina
Bantuan berupa beras dan gula itu disampaikan kepada 45 keluarga dalam satu majlis serba ringkas di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Taman Perindustrian Puchong.
Khidmat cuci luka, inisiatif terbaharu 'Uncle Kentang'
Ilham untuk mewujudkan perkhidmatan mencuci luka itu lahir lantaran melihat penderitaan yang dihadapi mereka yang meminta bantuan perkhidmatan ambulans sebelum ini.