MAYBANK mengeluarkan peringatan terbaharu, mengatakan aplikasi MAE hanya akan menyokong iPhone menjalankan sistem operasi iOS14 dan terkini sahaja, berkuat kuasa 31 Mac 2025.


Ringkasan AI
  • Maybank mengumumkan aplikasi MAE hanya akan menyokong iPhone dengan iOS 14 dan terkini bermula 31 Mac 2025.
  • Pengguna dengan sistem operasi sebelum iOS 14 tidak dapat menggunakan aplikasi MAE selepas tarikh tersebut.
  • Pengguna iOS lama mungkin perlu mengakses Maybank2U melalui web, tetapi mungkin tidak dapat melakukan transaksi kerana pengesahan perlu melalui aplikasi MAE.


Pengguna yang menggunakan sistem operasi sebelum iOS 14 tidak dapat menggunakan aplikasi MAE selepas tarikh berkenaan.

Selepas 31 Mac 2024, pengguna MAE yang menggunakan versi sistem operasi iOS 14 tidak akan dapat menggunakannya atau tidak akan menerima kemas kini lagi.

Bagi pengguna yang menggunakan iOS lama berkenaan, mungkin perlu mengakses perkhidmatan Maybank2U melalui web selepas tarikh berkenaan, namun mungkin tidak boleh melakukan transaksi kerana perlu melakukan pengesahan melalui aplikasi MAE. -Amanz