KUALA LUMPUR: Ada yang jatuh cinta dengan keunikan dan juga lenggok yang indah, dan ada pula yang terpikat kerana sejarah. Walau apa juga alasan yang mendorong, bahasa Turki kini semakin mendapat tempat dalam kalangan rakyat negara ini.
Menggambarkan bahasa itu sebagai bahasa cinta, kuno dan klasik moden, Nur Afifah Nasir, 27, antara yang sedang memahiri bahasa Turki di Kuala Lumpur Yunus Emre Institute (KLYEE).
Mengenali bahasa itu ketika menyertai Program Pertukaran Pelajar di Turki pada 2016, guru sekolah rendah di Pasir Gudang, Johor tersebut berkata minatnya terhadap bahasa Turki tidak pudar walaupun selepas kembali ke tanah air setahun kemudian.
Malah katanya dia menjadikan bahasa Turki sebagai kursus elektif sewaktu melanjutkan pengajian di universiti.
"Bagaimanapun selepas beberapa tahun tidak berpeluang berkomunikasi dalam bahasa itu, saya mahu mengasah kembali kemahiran saya. Justeru, pada Januari tahun lepas, saya mendaftarkan diri di institut berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
MANFAATKAN KEMAHIRAN
Katanya bahasa Turki unik, sekali gus amat menarik untuk dipelajari walaupun pembelajaran adalah secara dalam talian.
"Segalanya dilakukan dalam talian, daripada pendaftaran hinggalah kelas pembelajaran. Ini amat memudahkan kerana saya tinggal di Johor.
"Saya tidak sabar untuk tamat pembelajaran dan berhasrat memanfaatkan sepenuhnya sijil yang bakal diterima kelak," katanya.
Chua Pei Yong, 31, pula berkata minatnya terhadap bahasa Turki tercetus berikutan rasa ingin tahu tentang keistimewaan bahasa itu selain terpikat dengan sejarah negara berkenaan.
Rasa ingin tahu tentang warisan Empayar Uthmaniyah, iaitu empayar yang paling lama bertahan dalam sejarah dunia, menyebabkan Chua mendaftar di KLYEE bagi mempelajari bahasa Turki.
Katanya sebagai seorang penulis, kemahiran berbahasa asing juga adalah satu kelebihan yang banyak membantu dalam kerjayanya.
PENGARUH DRAMA DAN FILEM
"Bahasa ini bagus untuk dipelajari kerana mempunyai banyak persamaan dengan bahasa ibunda kita," katanya yang turut mempunyai asas bahasa Thai dan Sepanyol.
Pengaruh drama dan filem Turki turut memainkan peranan dalam mencetuskan minatnya untuk mempelajari bahasa itu, kata Chua, menambah drama epik Ertugrul antara kegemarannya.
Peningkatan minat rakyat Malaysia terhadap budaya dan bahasa Turki itu diakui oleh Pengarah KLYEE Dr Omer Altun yang memberitahu Bernama bahawa institut tersebut merekodkan peningkatan pendaftaran sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Katanya hingga kini, lebih 20,000 orang telah mempelajari bahasa Turki di KLYEE, dan untuk semester ini sahaja kira-kira 4,700 pelajar sedang mengikuti pembelajaran bahasa itu.
"Penularan pandemik turut menyumbang dalam peningkatan pelajar di institut ini kerana kursus dijalankan secara maya," katanya, menambah pelajar adalah daripada pelbagai peringkat usia dan latar belakang.
Beliau juga tidak menolak faktor pembelajaran secara percuma antara daya penarik masyarakat, bukan sahaja di Malaysia tetapi dari seluruh pelusuk dunia, untuk mempelajari bahasa Turki di KLYEE.
"Semua (tanpa mengira di mana), boleh mendaftar dan mengikuti kursus kami secara dalam talian," katanya, menambah institut yang berpangkalan di Kuala Lumpur itu adalah satu-satunya pusat bahasa Turki di Asia Tenggara.
Beliau juga yakin bahasa Turki berpotensi menjadi bahasa global pada masa akan datang berdasarkan sambutan masyarakat dunia terhadap bahasa itu sekarang.
Malah katanya bahasa Turki adalah bahasa asing kelima yang paling banyak dipelajari oleh masyarakat dunia.
PAKAR BAHASA
Mengulas lanjut, Omer berkata seperti bahasa-bahasa lain di dunia, bahasa Turki juga mempunyai peraturannya sendiri dan mungkin agak mencabar bagi sesetengah individu.
Bagaimanapun katanya KLYEE mempunyai pasukan pakar bahasa dalam pelbagai bidang yang boleh membantu pelajar menangani cabaran tersebut.
"Pasukan kami akan mengenal pasti masalah yang dihadapi dan kemudian akan menyarankan langkah-langkah penyelesaian," katanya.
Omer juga melihat Malaysia sebagai sebuah yang unik kerana rata-rata rakyat menguasai lebih daripada satu bahasa.
"Dengan kata lain, kami juga beroleh manfaat daripada pelajar-pelajar Malaysia ini," katanya, menambah kebanyakan pelajar mampu mempelajari bahasa Turki dengan mudah.
PELAN PELUASAN
Melihat pada trend semasa yang turut dirangsang oleh populariti drama Ertugrul, Omer berkata KLYEE ada perancangan untuk membuka cawangan di bandar-bandar utama di negara ini.
Ini kerana katanya KLYEE sebagai institusi gabungan Yunus Emre Foundation yang berpangkalan di Ankara, turut menyokong usaha mempromosikan Turki termasuk dari segi bahasa, budaya, kesenian dan warisan negara itu.
"Kami harap dengan adanya cawangan ini kami boleh membentuk jaringan dengan institusi dan pusat pendidikan setempat, selain bekerjasama dalam projek dan aktiviti membabitkan masyarakat yang lebih luas.
"Kami bukan sahaja mahu mempromosikan budaya kami tetapi juga menggemblengnya dengan budaya masyarakat Malaysia," katanya.
Menurut Omar, KLYEE juga sedang melakukan persiapan untuk meneruskan semula kegiatan bersemuka dengan masyarakat yang sebelum ini digantung berikutan penularan pandemik COVID-19.
"Seperti yang pernah diucapkan oleh Yunus Emre, 'Marilah kita saling kenal-mengenal, sayang-menyayang. Tidak ada sesiapapun yang akan hidup selamanya di dunia ini'," katanya.
Mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang kursus bahasa Turki yang ditawarkan oleh KLYEE boleh layari laman sesawang atau media sosial institut itu atau berkunjung sendiri ke pusat berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 11 2022
Bahasa Turki kini semakin mendapat tempat dalam kalangan rakyat negara ini. - Foto fail/AP
[TERKINI] Ada unsur provokasi sebelum tembakan dilepaskan - Polis
Polis Selangor mengesahkan terdapat provokasi dilakukan sekumpulan pendatang asing tanpa izin warga Indonesia hingga menyebabkan seorang maut manakala empat lagi cedera selepas ditembak pasukan penguatkuasaan negara di perairan Tanjung Rhu, Banting.
[TERKINI] Dua lelaki Indonesia bantu hantar mangsa tembakan dikesan
Polis Selangor memburu dua lelaki warga Indonesia yang dipercayai menghantar tiga daripada empat pendatang asing tanpa izin (PATI) ke hospital di Serdang selepas cedera dalam tembakan di perairan Tanjung Rhu, Banting pada 24 Januari lalu.
Protes di kedutaan Malaysia susulan pekerja Indonesia ditembak mati
Bantahan di hadapan kedutaan malaysia di indonesia itu berlaku sehari selepas pihak berkuasa Indonesia di wilayah Riau menerima mayat seorang pekerja asing berusia 50 tahun yang maut ditembak oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) kerana didakwa menceroboh.
Metro Riyadh beri penyelesaian isu kesesakan trafik
Sistem Metro baharu Riyadh menyediakan alternatif yang lebih pantas dan berpatutan selain memandu melalui jalan raya yang sesak di bandar itu.
Metro Riyadh terdiri daripada enam laluan sepanjang 176 kilometer, menghubungkan semua bandar dan mengurangkan masa perjalanan.
Metro Riyadh terdiri daripada enam laluan sepanjang 176 kilometer, menghubungkan semua bandar dan mengurangkan masa perjalanan.
Operasi mencari pemandu jatuh ke dalam lubang tanah jerlus diteruskan
Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yoshimasa Hayashi berkata, langkah keselamatan yang ketat turut diambil kira bagi memastikan keselamatan semua pihak terjamin semasa operasi dijalankan.
Bintang Smallville ditahan memandu dalam keadaan mabuk
Tom Welling ditahan polis hujung minggu lalu kerana disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol.
Hamas bebaskan askar wanita Israel
Agam Berger diserahkan kepada wakil Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah di kawasan Al-Razan di Kem Pelarian Jabalia di utara Gaza.
[TERKINI] Lebih 60 penumpang dikhuatiri maut nahas Black Hawk-American Airlines
Menurut Ketua Bomba Washington, John Donnelly menerusi sebuah sidang media pada Khamis, setakat ini, setakat ini hanya 28 mayat berjaya ditemui
Mangsa di Sarawak Sabah meningkat
Situasi banjir di Sabah dan Sarawak semakin buruk dengan keseluruhan mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri itu meningkat kepada 11,886 orang setakat Khamis malam.
Nurin Hannani ditemukan selamat
Pelajar wanita Malaysia di Hiroshima, Jepun yang dilaporkan hilang telah ditemukan selamat dan dibawa ke Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo.
Nurbalqis diiktiraf kerajaan Turkiye penterjemah profesional bahasa Melayu-Turki
Nurbalqis baru-baru ini mencatat sejarah negara apabila menjadi penterjemah profesional Bahasa Melayu-Turki pertama yang diiktiraf kerajaan Turkiye.
Bahasa Turki antara pilihan rakyat Malaysia untuk dimahiri
Nur Afifah Nasir menggambarkan bahasa itu sebagai bahasa cinta, kuno dan klasik moden.