MASJID TANAH: Hanya bermula dengan ‘suka-suka’, tindakan sepasang suami isteri membuat kuih bahulu inti untuk santapan keluarga dan sedekah kepada jiran, memberi pulangan rezeki terutama ketika Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri.
Berbanding tahun-tahun sebelum ini, Ramadan kali ini dianggap luar biasa kepada Mamat Md Nasir, 64, dan Roslina Rosli, 52, apabila mereka menerima tempahan sehingga lima kali ganda.
Menjalankan perniagaan di kediaman mereka sendiri di Kampung Rantau Panjang, Alor Gajah, Melaka, pasangan terbabit tidak menang tangan menerima tempahan sepanjang Ramadan ini.
Jika sebelum ini tempahan hanya sekitar Melaka, namun pasarannya kini melangkaui hingga ke Kedah, Kelantan, Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Johor.
Bermula awal Ramadan lalu, pasangan terbabit perlu menyiapkan sekurang-kurangnya 1,500 biji bahulu inti sehari bagi memenuhi tempahan.
Terdapat beberapa jenis inti yang mendapat permintaan tinggi iaitu coklat, kacang, kaya dan pandan.
Dengan bantuan seorang anak mereka, Farah Aqila, 26, kerja-kerja pembuatan yang bermula seawal jam 7.30 pagi, dapat dipercepatkan.
Menurut Mamat, selain membantu membakar kuih bahulu itu, Farah Aqila turut berperanan sebagai pegawai pemasaran kuih bahulu di media sosial.
“Pada tahun ini boleh dikatakan kuasa membeli orang ramai itu berbeza berbanding sebelum ini sehinggakan kami tidak menang tangan menyiapkan tempahan.
“Awal Ramadan lalu mencecah 1,500 biji bahulu inti sehari terpaksa kami siapkan dan bantuan kewangan diberikan kerajaan mungkin jadi faktor tempahan orang ramai itu berlipat ganda,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Rantau Panjang di sini.
JENDELA RAMADAN AL-MUBARAK
Menceritakan pengalaman lalu, Mamat yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Komuniti (JPKK) itu berkata, pada awalnya dia hanya menjalankan perniagaan bahulu itu bersama nasi lemak di depan rumah.
Selepas mendapat galakan daripada pelanggan yang memuji keenakan bahulu intinya, Mamat membeli tiga oven bersaiz besar untuk membakar bahulu.
Roslina pula berkata, dia sentiasa menjaga kualiti bahulu intinya demi kepuasan pelanggan.
“Kualiti kuih bahulu ini memang kita cukup jaga yang mana dari awal proses pembuatannya akan dibuat dengan betul-betul teliti.
“Kalau tidak dibuat dengan teliti, bentuk acuan kuih menjadi tidak cantik dan kerja membakar kuih bahulu ini kami mula pada jam 7.30 pagi sehingga tengah malam,” ujarnya.
Ibu kepada lima anak itu tidak bercadang untuk membuat sebarang pinjaman untuk memperbesarkan perniagaannya kerana yakin dengan hasil keuntungan mampu merealisasikan hasrat itu.
Shuhada Abdul Kadir
Sun May 01 2022
Kuih bahulu inti yang diusahakan Mamat Md Nasir dan Roslina Rosli menerima tempahan sehingga lima kali ganda sempena Ramadan Aidilfitri kali ini. - Gambar Astro AWANI
Penduduk ambil keputusan berpindah, enggan tanggung risiko
Kediaman yang diduduki sejak enam tahun lalu itu juga berada hampir dengan lereng bukit dan sudah menunjukkan tanda rekahan baharu di lantai dan dinding rumah
Jumlah mangsa di Sabah meningkat, Sarawak menurun
Jumlah mangsa banjir di Sabah yang ditempatkan di PPS kembali meningkat, manakala Sarawak mencatatkan penurunan setakat 4 petang.
Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon
Azalina menjelaskan kenyataan Ahmad Zahid merujuk kepada pendirian Ahli Parlimen blok BN berhubung isu gag order, selaras dengan Peraturan Mesyuarat 36(2).
JPVPP siasat dakwaan 10 bangkai kucing dalam plastik hitam
JPVPP menyiasat laporan berhubung dakwaan penemuan 10 bangkai kucing yang dibungkus dalam plastik hitam di tempat pembuangan sampah di Jelutong.
I-CATS diarah bekerjasama dengan pakar luar negara jayakan program pelancaran satelit
Kolej Universiti i-CATS telah diarahkan untuk bekerjasama dengan pakar dari turkiye dan negara lain bagi menjayakan pelancaran satelit pertama milik Sarawak.
Sultan Selangor tidak setuju cadangan garis panduan hadiri majlis perayaan bukan Islam
Sultan Selangor menzahirkan pendirian tegas untuk tidak bersetuju dengan cadangan mewujudkan garis panduan kepada umat Islam yang menghadiri majlis perayaan orang bukan Islam.
Pembaikan paip transmisi utama di Jalan Penampang selesai
Timbalan Ketua Menteri III, DAtuk Shahelmey Yahya, memaklumkan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) dan syarikat konsesi air Kota Kinabalu Jetama Sdn Bhd (JETAMA) telah menyelesaikan kerja pembaikan pada lewat malam Jumaat, dan bekalan air kini sedang dikembalikan secara berperingkat.
Kapasiti air di beberapa takungan di Sandakan kurang
Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Shahelmey Yahya, memaklumkan bekalan air di daerah itu bergantung kepada dua sumber utama, iaitu Empangan Segaliud dan takungan air. Bagaimanapun beberapa takungan dilaporkan mengalami penurunan kapasiti.
Shahelmey beri kerjasama, serah tindakan lanjut kepada SPRM
ADUN Tanjung Keramat, Datuk Shahelmey Yahya mengaku telah memberi kerjasama penuh kepada SPRM berhubung dakwaan skandal rasuah yang dikaitkan dengan dirinya sebelum ini.
JKR Sabah nilai kerosakan jalan di kawasan terjejas banjir
Jabatan Kerja Raya Sabah sedang memantau dan menilai kerosakan jalan yang terkesan akibat banjir di negeri itu dengan tumpuan akan diberikan di kawasan yang ditenggelami air.
Bahulu inti laris merentasi sempadan
Bahulu inti tawar pulangan lumayan buat pasangan suami isteri, Mamat Md Nasir dan Roslina Rosli.