Anak saudara kepada biduanita negara Allahyarham Puan Sri Saloma berhasrat untuk mempopularkan kembali busana bercirikan baju bodo yang sering digayakan biduanita negara itu suatu ketika dahulu.
Kata Siti Haslinda Abdul Hamid, 63, atau lebih dikenali sebagai Shasha, bagi mempopularkan semula busana itu, beliau membuat rekaan berdasarkan ciri fesyen tersebut dengan sedikit pengubahsuaian agar sesuai dengan generasi masa kini.
"Allahyarham Saloma (ibu saudara) menjadi insiprasi saya dan dia sangat meminati fesyen dan salah satu busana pilihannya adalah baju bodo yang merupakan pakaian tradisional Bugis.
"Baju bodo ini menggunakan kain yang jarang selain bahagian hujung kain perlu dipegang si pemakai dan saya perlu mengubahnya ikut kesesuaian fesyen masa kini," katanya kepada pemberita pada Majlis Perasmian Muzium Pengurusan Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini pada Khamis.
Siti Haslinda ialah anak seniwati legenda Allahyarham Mariam Ismail yang lebih dikenali Mariani, iaitu kakak Saloma atau nama sebenarnya Salmah.
Shasha berkata ketika ini beliau perlu melalui beberapa peringkat pengubahsuaian agar ia mudah di pakai dan kemas sebelum boleh memasarkan di pasaran tempatan.
Muzium yang dibuka bermula hari ini memberi peluang kepada orang ramai untuk mengetahui tentang sejarah perkembangan kawasan Sintok, UUM, sistem pengurusan Islam selain turut mempamerkan koleksi barang milik seniwati Mariani dan seniman Tan Sri Dr Jins Shamsudin.
Turut dipamerkan ialah Pedang Laksamana Cheng Ho, topi perang di zaman Khulafa Al-Rasyidin serta pedang sahabat setia Nabi Muhammad S.A.W iaitu Muaz Bin Jabal. -- Bernama
Bernama
Thu Aug 16 2018
!['Baju bodo' Saloma diberi nafas baru 'Baju bodo' Saloma diberi nafas baru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/81534437948_SITIHASLINDA.jpg)
Shasha menunjukkan busana bercirikan baju bodo yang gemar digayakan oleh Saloma, ketika Majlis Perasmian Muzium Pengurusan UUM dan Pelancaran Bulan Kebangsaan peringkat UUM dan Pelancaran Buku Lanscape of Sintok pada Khamis. - fotoBERNAMA
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Kreativiti pelajar istimewa semarakkan bulan kebangsaan Kreativiti pelajar istimewa semarakkan bulan kebangsaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81660687870_TBmerdeka.jpg)
Kreativiti pelajar istimewa semarakkan bulan kebangsaan
Program berkenaan bertujuan mengembangkan kemahiran murid istimewa serta menyemai semangat patriotik.
![Tokyo 2020: Teknologi pantau tahap tekanan pemanah wanita no.1 dunia Tokyo 2020: Teknologi pantau tahap tekanan pemanah wanita no.1 dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/71626644663_TBATLETPANAH.jpg)
Tokyo 2020: Teknologi pantau tahap tekanan pemanah wanita no.1 dunia
Baju itu direka untuk menyalurkan maklumat tekanan darah termasuk denyutan nadinya sepanjang pertandingan kepada penonton di televisyen.
![Anda mampu bezakan TOP yang tulen atau tiruan! Anda mampu bezakan TOP yang tulen atau tiruan!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/61596006912_Topdetergent.jpg)
Anda mampu bezakan TOP yang tulen atau tiruan!
Bahagian atas bungkusan TOP yang tulen dipotong dengan menggunakan mesin, justeru ia kelihatan kemas dan tidak mempunyai bentuk potongan yang tajam.
![ATM nafi keluar produk guna nama 'Operasi Penawar', logo ATM-PDRM ATM nafi keluar produk guna nama 'Operasi Penawar', logo ATM-PDRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/71586744060_ATMNAFIPRODUK.jpg)
ATM nafi keluar produk guna nama 'Operasi Penawar', logo ATM-PDRM
Pihaknya mengesan terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab menjual produk berkenaan di dalam talian.
![Mariah Carey, pakai baju pemberian peminat Mariah Carey, pakai baju pemberian peminat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/41540348169_TBMARIAHCAREY.jpg)
Mariah Carey, pakai baju pemberian peminat
Kehadiran penyanyi antarabangsa itu benar-benar membuatkan peminatnya teruja apatah kali terakhir pelantun My All ini ke Malaysia sekitar tahun 2014.
!['Kaji juga warna baju dan bangunan sekolah' - Najib perli Maszlee isu kasut, stoking 'Kaji juga warna baju dan bangunan sekolah' - Najib perli Maszlee isu kasut, stoking](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/61534110347_buangsekolah.jpg)
'Kaji juga warna baju dan bangunan sekolah' - Najib perli Maszlee isu kasut, stoking
Najib berkata beliau tidak faham mengapa ada yang mengkritik Maszlee.
!['Baju bodo' Saloma diberi nafas baru 'Baju bodo' Saloma diberi nafas baru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/81534437948_SITIHASLINDA.jpg)
'Baju bodo' Saloma diberi nafas baru
Anak saudara kepada biduanita negara Allahyarham Puan Sri Saloma berhasrat untuk mempopularkan kembali busana bercirikan baju bodo yang sering digayakan biduanita negara itu suatu ketika dahulu.
![Tuah pakai baju Amirul Hamizan Tuah pakai baju Amirul Hamizan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/81522981642_GOLDCOAST.jpg)
Tuah pakai baju Amirul Hamizan
Dua atlet muda negara, Azroy Hazal Wafie Izhar Ahmad dan Muhamad Aznil Bidin, bergilir-gilir memakai baju berwarna biru dan hitam milik Amirul Hamizan, yang juga pengurus pasukan.
![Atlet luncur ais Korea cemas, baju hampir terlucut Atlet luncur ais Korea cemas, baju hampir terlucut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-02/81518487395_YuraMin.jpg)
Atlet luncur ais Korea cemas, baju hampir terlucut
Yura pada mulanya berasa takut sebaik menyedari cangkuk belakang bajunya itu tercabut ketika sedang memulakan aksi.
![UNDIAN #TheDress: Apakah warna baju ini? UNDIAN #TheDress: Apakah warna baju ini?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-02/81425022022_295x200.jpg)
UNDIAN #TheDress: Apakah warna baju ini?
Laman media sosial hari ini kecoh kerana sehelai baju kerana warna baju itu menjadi medan perbalahan orang ramai termasuk selebriti.