Meskipun berkerusi roda, Mohd Faizal Khamis tidak pernah merasakan ia adalah halangan untuk meneruskan hobinya mengumpul seterusnya menternak ikan laga untuk dipasarkan.
Pemuda berusia 36 tahun itu mula membela ikan perhiasan berkenaan semenjak enam tahun lalu, dengan permulaannya hanyalah sepasang ikan.
Kini, jumlah ikan peliharaannya mencecah lebih 2,000 ekor.
"Pada awalnya, saya kumpul ikan laga ini sekadar hobi. Namun disebabkan permintaan terhadap ikan hiasan ini sentiasa ada, saya nekad mahu menukar hobi saya ini sebagai sumber pendapatan," katanya ketika ditemui di Kluang Mall, dekat sini hari ini.
Dulu, katanya ikan laga dilihat sebagai ikan parit dan tidak berharga, namun keadaan sudah berubah apabila ikan itu kini dilihat mempunyai nilai komersial tersendiri kepada individu yang memeliharanya.
Mohd Faizal berkata demikian ketika ditemui semasa Program 'Charity Bazaar' yang mendapat kerjasama antara pengurusan pasar raya Kluang Mall dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kluang, di pusat membeli-belah itu, di sini.
Baginya, ikan laga bukan hanya cantik dipandang malah menjadi pembakar semangat untuk dirinya meneruskan kehidupan serta berjuang untuk lebih berjaya.
"Saya turut mendapatkan baka ikan laga dari Thailand untuk dijadikan induk dan sekarang saya boleh berbangga kerana dengan status saya sebagai OKU, saya berjaya menternak dan membiakkan lebih 2,000 ekor ikan laga di rumah.
"Saya tidak pernah menjadikan kekurangan saya ini sebagai penghalang dan semua urusan berkaitan ikan laga termasuk membiak, menternak dan menjual saya lakukan sendiri walaupun berkerusi roda," katanya.
Kluang Mall, dalam satu kenyataannya berkata, program 'Charity Bazaar' merupakan salah satu tanggungjawab sosial korporat (CSR) pihaknya sempena kedatangan Ramadan.
Seramai enam pelanggan JKM terpilih di daerah ini, diberi peluang menjual produk mereka di Kluang Mall secara percuma.
Selain ikan hiasan, mereka yang terpilih menjual makanan, pakaian, lukisan, inai serta pelbagai barang hiasan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 13 2019

Mohd Faizal tidak pernah menjadikan kekurangan saya ini sebagai penghalang dan semua urusan berkaitan ikan laga termasuk membiak, menternak dan menjual saya lakukan sendiri. - Bernama

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Pengusaha hotel simpan 500 koleksi telefon bimbit lama
Menurut Azizol, kebanyakannya koleksi itu dibelinya sendiri semasa bekerja di sebuah hotel di ibu kota kira-kira 30 tahun lalu.

Tenang menggubah pokok dan batu, seni 'penjing' makin diminati
Masyarakat kita mungkin sudah biasa dengan pokok bonsai tapi seni penjing dilihat masih baru di negara ini.

Sanggup berbelanja besar demi merpati hiasan
Harga merpati hiasan yang menjadi kegilaan baru sekarang ini memang mahal tetapi ia tetap mempunyai peminat.

Beli pistol tiruan kerana hobi, juruteknik didenda RM2,000
Seorang juruteknik didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret hari ini selepas mengaku bersalah memiliki pistol tiruan yang dibeli secara dalam talian, dua hari lepas.

Pak Lang G miliki koleksi lebih 40 basikal klasik
Semuanya bermula dengan sebuah basikal tua peninggalan arwah ayahnya yang digunakan ketika ke sekolah dahulu.

Bermula sebagai hobi, kini ramai menikmati manfaat berkebun
Hortikultur bukan tren baharu kerana kegiatan ini sudah bertapak sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Gambar atas kotak pensil warna pupuk hobi bela burung kakaktua
Setiap hujung minggu sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, sekawan burung kakaktua pelbagai warna akan 'berlibur' di pinggiran sebuah kawasan perumahan di Cyberjaya dengan ditemani pemilik

Minat ubah suai kenderaan jangan sampai melanggar undang-undang - JPJ
Pihaknya menjalankan tindakan penguatkuasaan sebagai langkah terakhir memastikan semua pengguna jalan raya berada dalam keadaan selamat dengan mematuhi peraturan ditetapkan.

Bukan sekadar 'tunggang' liabiliti... Ini cara buat duit guna motosikal
Sebenarnya terdapat beberapa kaedah untuk menjana pendapatan menggunakan motosikal milik anda sendiri...

Hobi kumpul koleksi bangkai nyamuk, menarik atau aneh?
Pengguna Twitter menjadi sensasi media sosial selepas mendedahkan dia menyimpan nyamuk yang dibunuhnya.