BookXcess, pemilik rangkaian kedai buku serta penganjur pesta buku Big Bad Wolf (BBW), mencipta sejarah apabila melancarkan kedai buku pertama yang beroperasi 24 jam dan meliputi kawasan seluas 3,437 meter persegi (37,000 kaki persegi).
Terletak di Tamarind Square di sini, cawangan baharu BookXcess itu turut menawarkan lebih 500,000 buah buku dengan harga 50 hingga 80 peratus lebih murah daripada harga pasaran, meliputi pelbagai topik termasuk fiksyen, seni dan rekaan dan buku kanak-kanak dalam pelbagai bahasa.
Ketua Pegawai Produk BookXcess, Yujeen Chua berkata kedai itu yang dibuka sejak Selasa lepas diharapkan dapat menarik pelbagai lapisan masyarakat terutama pelajar universiti di sekitar Cyberjaya dan Putrajaya dan kawasan berdekatan.
"Selain itu, lokasinya yang dikelilingi keindahan landskap menjadi pilihan kerana ia lebih selesa untuk pembaca di BookXcess Tamarind Square, jauh daripada kesibukan bandar dan boleh memberi sumber inspirasi buat pembaca," katanya semasa melancarkan kedai buku itu.
Beliau juga yakin walaupun kedai itu jauh dari Lembah Kelang, ia dapat menarik pelanggan kerana harga buku yang lebih murah akan menjadi faktor penarik pencinta buku untuk mengunjunginya malah bukan sahaja dari Lembah Kelang tetapi juga penduduk di Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka.
Yujeen berkata selain itu BookXcess Tamarind Square mempunyai tarikan berbeza kerana pusat beli-belah itu mempunyai landskap menarik untuk dijadikan sudut untuk fotografi.
Selain itu, kedai buku itu juga menyediakan ruang umum untuk pelanggan membuat kerja atau membaca, serta WiFi percuma, kafe dan ruangan untuk mengadakan aktiviti seperti kelas seni dan kraf serta pertandingan mewarna.
BookXcess yang mula dibuka di Amcorp Mall pada tahun 2006 kini sudah mempunyai tujuh cawangan, antaranya di beberapa pusat beli-belah seperti Starling Mall di Damansara, Fahrenheit 88 di Bukit Bintang dan 1Utama di Petaling Jaya. -- Bernama
Bernama
Fri Jun 01 2018
BookXcess di Tamarind Square, Cyberjaya merupakan kedai buku terbesar di Malaysia yang beroperasi 24 jam. - Facebook/BookXcess
5 fakta penting perjanjian gencatan senjata Gaza-Israel
Berikut adalah lima fakta utama tentang perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas.
AWANI Ringkas: Pertemuan Anwar-Starmer
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANIRingkas 16 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 16 Januari 2025
1️⃣ Pertemuan Anwar-Starmer
2️⃣ Ingatan kepada rakyat di Sabah, Sarawak
3️⃣ Gencatan senjata Israel-Hamas dimeterai
#awaniringkas
1️⃣ Pertemuan Anwar-Starmer
2️⃣ Ingatan kepada rakyat di Sabah, Sarawak
3️⃣ Gencatan senjata Israel-Hamas dimeterai
#awaniringkas
JPJ Melaka keluar 275 notis babit pelbagai kesalahan
JPJ Melaka mengeluarkan 275 notis atas pelbagai kesalahan dilakukan pengguna jalan raya pada Operasi Bersepadu Khas di Batu Berendam.
Ribut petir, hujan lebat di empat negeri hingga tengah hari ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga 12 tengah hari, hari ini.
Ringgit mengukuh sedikit berbanding dolar AS pada sesi awal
Ringgit memulakan urus niaga Khamis dengan mencatat pengukuhan kecil berbanding dolar AS, di tengah-tengah sentimen memberangsangkan.
Protecting Financial Consumers: The role of fair contracts
Are financial contracts truly fair to consumers? Dr. Ong Tze Chin, Senior lecturer in the Faculty of Law, Universiti Malaya walks us through the regulatory landscape in Malaysia, the necessity of these laws, and real-life examples of unfair terms in practice.
Tawaran ambil alih MAHB dilanjutkan sehingga 24 Januari
Konsortium Gateway Development Alliance Sdn Bhd (GDA) yang diterajui Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melanjutkan tarikh akhir penerimaan tawaran pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) selama seminggu.
Mesyuarat jawatankuasa kerja ASEAN+3 gariskan keutamaan ekonomi utama ASEAN 2025
Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Kerja ASEAN+3 menetapkan Keutamaan Ekonomi Utama (PEDs) bagi ASEAN 2025, antaranya peningkatan akses kepada pembiayaan peralihan mampan dan adil terhadap iklim, kata Kementerian Kewangan.
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.