Meluah perasaan di stesen radio bukanlah bermakna seseorang itu suka mencari perhatian, kata Setiausaha Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA), Dr Firdaus Abdul Gani.
Tegasnya, ia boleh diibarat satu hobi sama seperti bercuti, beriadah atau mendengar muzik.
Jelasnya, ada juga yang mengambil pendekatan meluah perasaan di radio sebagai mekanisme pengurusan tekanan.
"Bagaimanapun, jika seseorang itu mempunyai gejala emosi, kebimbangan atau gangguan pemikiran yang berpanjangan serta menjejaskan fungsi harian maka barulah ia didefinisikan sebagai penyakit jiwa atau mental.
"Saya juga berpendapat bahawa ia bukannya satu cara untuk mendapatkan perhatian kerana biasanya mereka cuma akan memberi nama ringkas dan tempat tinggal tanpa ada maklumat yang spesifik tentang diri mereka.
"Ada yang cuma menggunakan nama samaran. Terdapat banyak lagi cara yang lebih mudah untuk menarik perhatian sekiranya itu yang dihajatkan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Dalam pada itu katanya, meluahkan perasaan kekecewaan atau kegusaran tidak kira melalui apa pun saluran merupakan salah satu cara yang berkesan untuk mengendalikan tekanan.
"Antara kaedah pengurusan tekanan yang sering dinasihatkan kepada mereka yang mengalami stres adalah mencari medium yang sesuai untuk meluahkan perasaan atau kebimbangan yang dialami.
"Biasanya ramai orang yang akan memilih untuk meluahkan perasaan kepada ahli keluarga atau rakan terdekat dan adakalanya bagi mereka yang tidak begitu ekspresif memilih untuk meluahkan perasaan secara bertulis menggunakan diari atau catatan," ujarnya.
Namun katanya, mereka perlu mendapatkan rawatan sepatutnya daripada pegawai kaunseling atau pakar psikologi dan psikitari jika mempunyai gejala gangguan emosi dan pemikiran.
"Biasanya jika gejala-gejala tersebut berterusan serta menganggu fungsi harian seseorang individu, maka harus terus mendapatkan rawatan dari pakar psikiatri.
"Perlu diingatkan bahawa pengesanan serta rawatan awal dapat membantu individu tersebut sembuh dengan lebih cepat," jelasnya.
Dalam pada itu, penyampai radio, Nash Hamzah menjelaskan, mereka hanya boleh memberi nasihat asas selain memberi layanan sama rata kepada semua pemanggil di stesen masing-masing.
"Penyampai radio tidak ada kemampuan untuk memberi nasihat mendalam kepada mereka ini cuma apa yang kami boleh lakukan, kami mendengar dan memberi nasihat secara asas sahaja melainkan pada waktu itu ada panel dan pakar bersama kami, itu memang berbeza ceritanya.
"Tetapi kalau bercakap mengenai kesihatan mental ini dia ada banyak jenis, tapi mereka ini tak boleh dikenal pasti melalui radio.
"Mereka bebas untuk menelefon pada bila-bila masa sahaja dan kami terpaksa atau kena melayan pendengar ini semua," jelasnya.
Sementara itu, pemanggil yang mahu dikenali dengan nama Nazurah menyifatkan hobi menghubungi stesen radio boleh mewujudkan jaringan persahabatan baharu tanpa perlu bersemuka.
"Sebab kalau hendak berkongsi dengan kawan-kawan terutamanya masalah perhubungan atau percintaan. Kita takut kawan-kawan tidak selesa.
"Kita bercakap dengan penyampai radio, kebanyakannya dia neutral dan boleh beri nasihat atau sekadar mendengar.
"Nanti ada pemanggil lain mungkin boleh bantu untuk tambah input yang boleh sedikit meringankan," katanya.
Wan Syamsul Amly
Fri Sep 11 2020
Kata Dr Firdaus, ada juga yang mengambil pendekatan meluah perasaan di radio sebagai mekanisme pengurusan tekanan. - Gambar hiasan
Anwar, Thaksin bincang bawa asean maju ke depan
Perbincangan turut menyentuh mengenai hubugan baik dengan negara-negara luar termasuk Amerika Syarikat dan China, di sebalik ketidaktentuan geopolitik dunia.
Jerebu teruk jejas operasi Lapangan Terbang Don Mueang, Thailand
Laman sesawang Kualiti Udara Bangkok yang dikendalikan oleh Pentadbiran Metropolitan Bangkok, melaporkan pada pagi semalam bahawa jerebu di beberapa kawasan di Bangkok direkodkan pada tahap PM2.5.
ACCCIM gesa kerajaan sedia skim kredit eksport, turun duti import
Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) menggesa kerajaan untuk menyediakan skim kredit eksport dan menurunkan duti import.
Trump anggap UK 'tidak selaras dengan kepentingan' AS, ugut kena tarif ke atas EU
Prospek perang dagangan dengan AS dijangka membayangi pertemuan Perdana Menteri Britain Keir Starmer dengan pemimpin EU, selepas Trump menyifatkan EU tidak selaras dengan kepentingan AS.
Prospek permintaan pusat data di ASEAN kekal positif
Prospek permintaan pusat data di ASEAN kekal positif berikutan rantau ini masih berada di peringkat awal kitaran pembinaan pusat data, menurut Maybank Investment Bank (IB) Bhd.
Dalam nota, Maybank IB berkata permintaan pengkomputeran awan di ASEAN terus menunjukkan kadar pertumbuhan tahunan terkumpul sebanyak 20 hingga 30 peratus, menyediakan asas yang stabil kepada pengendali pusat data.
Dalam nota, Maybank IB berkata permintaan pengkomputeran awan di ASEAN terus menunjukkan kadar pertumbuhan tahunan terkumpul sebanyak 20 hingga 30 peratus, menyediakan asas yang stabil kepada pengendali pusat data.
30 pegawai imigresen di lapangan terbang Jakarta dipecat
30 pegawai imigresen telah dipecat susulan dakwaan pemerasan yang mensasarkan pelawat dari China di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Jakarta.
Cadangan caruman KWSP pekerja asing kekal sehingga kajian lanjut - Sim
Kerajaan akan mengekalkan cadangan kadar caruman mandatori KWSP untuk pekerja asing, masing-masing dua peratus buat pekerja dan majikan.
ASEAN catat pertumbuhan perlahan pada Januari - SP Global
SP Global berkata landskap pekerjaan kembali stabil, manakala tekanan harga terus mereda, dengan kos operasi dan caj meningkat pada kadar paling perlahan, masing-masing dalam tempoh 18 dan empat bulan.
Myanmar giat pemuliharaan Harimau Bengal
Di sebalik pelbagai cabaran domestik yang mendesak, Myanmar berjaya mengekalkan kira-kira 20 ekor Harimau Bengal, juga dikenali sebagai Harimau India - bukti kepada program pemuliharaan yang berkesan.
Singapura seru pekerja asing laporkan kes sogokan segera
Kementerian tenaga manusia Singapura pada Isnin menggesa pekerja asing untuk segera melaporkan kes wang sogokan susulan pendedahan membabitkan sebuah syarikat kontraktor yang mengenakan bayaran haram sebagai syarat pembaharuan pas kerja.
Bukan cari perhatian jika luah perasaan di radio - Pakar psikiatri
Ia boleh diibarat satu hobi, sama seperti bercuti, beriadah atau mendengar muzik.