RIUH di media sosial tentang burung unta yang terlepas di Lebuhraya Persekutuan petang semalam nampaknya belum reda.
Bermula dengan video yang diambil oleh seorang pengguna Instagram, Jeff Sandhu, ia pantas mencuri perhatian dan viral dalam sekelip mata.
Video berdurasi 25 saat itu memperlihatkan burung unta itu berlari di lorong paling kanan, sambil kereta di belakangnya terpaksa memperlahankan kelajuan untuk mengelak daripada melanggarnya.
Namun apa yang menarik, banyak syarikat dan premis perniagaan mengambil kesempatan di atas 'nama' burung unta yang sedang popular, dengan menjadikannya maskot pemasaran dan promosi mereka.
Antara yang paling awal memulakan trend ini ialah syarikat pengeluar telefon, Huawei.
Ini diikuti dengan beberapa syarikat dan premis lain.
Pusat Pungutan Zakat dan SWCorp pula menggunakan wajah burung unta sebagai maskot kempen masing-masing.
Burung unta bernama Peekaboo itu kini selamat ditempatkan di sebuah ladang di Semenyih, dan berada dalam keadaan sihat.
Madiha Abdullah
Fri Jun 17 2016
Burung unta kini jadi pilihan banyak syarikat dan premis perniagaan untuk promosi perkhidmatan dan kempen mereka.Foto/FB Huawei MobileMY
Tarif elektrik baharu tidak beban pengguna domestik, ambil kira keperluan ekonomi - ST
Suruhanjaya Tenaga memaklumkan jadual tarif baharu yang akan dimuktamadkan itu mencerminkan kos pembekalan elektrik sebenar.
Enam suspek disyaki tawar rasuah monopoli projek kerajaan selama 19 tahun ditahan
Enam individu termasuk seorang jurutera awam dan tiga pemilik syarikat ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki memberi rasuah.
Trump larang 'dolar digital', AS ketinggalan dalam persaingan mata wang global
Trump menandatangani perintah eksekutif yang angtara lain melarang institusi Amerika daripada membangun, mengeluar atau menggunakan CBDC.
Pengarah syarikat rugi RM2.1 juta terperdaya penipuan pelaburan tidak wujud
Mangsa tertarik dengan tawaran platform berkenaan berhubung pelaburan matawang kripto yang dijumpai menerusi iklan di laman Facebook.
AWANI Ringkas: Perbicaraan kes Zayn Rayyan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mayat lelaki dijumpai dalam tangki simpanan air
Siasatan awal di tempat kejadian menemukan seorang lelaki dalam keadaan terlungkup tidak sedarkan diri di dalam tangki simpanan air.
Mangsa banjir di Sarawak menurun, Sabah kekal
Di Sarawak, jumlah mangsa berkurangan kepada 6,160 orang berbanding 6,259 orang.
Penyelenggaraan berkala atasi masalah banjir di Sabah - Jeffrey
"Penyelenggaraan yang dijalankan tiga kali setahun dengan kos RM40 juta tidak mencukupi bagi memastikan sistem perparitan berfungsi dengan baik."
Ancaman penipuan dalam talian, keselamatan siber tumpuan hari pertama perbahasan Titah Agong
Kerajaan dicadang tubuhkan pasukan petugas khas bagi menangani isu penipuan kewangan dalam talian termasuk pelaburan dan penawaran peluang pekerjaan.
Budaya pandang sebelah mata kepada kesengsaraan Palestin perlu dibendung - MAPIM
Budaya tidak cakna dan meletakkan sempadan kepada kesengsaraan rakyat Palestin perlu dibendung.
'Burung unta Federal Highway' jadi tarikan pemasaran sekelip mata
Antara yang terbabit menggunakan populariti burung unta ini ialah syarikat Huawei, Digi dan Pusat Pungutan Zakat.
Burung unta 'sesat' di Lebuhraya Persekutuan
Seekor burung unta kelihatan di Lebuhraya Persekutuan, berhampiran stesen LRT Universiti pada jam 3 petang tadi.