BEBERAPA tahun lalu, campervan, motorhome atau treler karavan amat sukar dilihat di Malaysia, malah melihat seseorang tidur di dalam kederaan adalah satu perkara asing dan janggal.
Namun, kini seiring perkembangan aktiviti perkhemahan keluarga dan 'car camping', kenderaan sebegini yang turut dikenali sebagai camper semakin kerap kelihatan, terutama di tapak perkhemahan tepi sungai dan pantai.
Sebenarnya, masih ramai yang skeptikal mengenai kesesuaian aktiviti ini di Malaysia, lebih-lebih lagi dengan cuaca panas dan lembab sepanjang tahun, tidak seperti di negara luar terutama Eropah dan Amerika Syarikat.
Jadi, peluang bertemu dengan Presiden Persatuan Campervan dan Motorhome Malaysia (PCMM), Farman Othman, yang mengetuai program Jelajah Malaysia PCMM 2020 baru-baru ini, digunakan untuk membongkar mitos dan fakta 'scene' campervan, motorhome dan treler karavan di negara ini.
Berikut adalah antara penjelasan beliau:
1) Mitos: Malaysia panas, tak sesuai untuk campervan.
Fakta: Ada banyak cara untuk atasi isu ini termasuk menggunakan kipas dan pendingin hawa di dalam kenderaan.
Kebanyakan pemilik kenderaan rekreasi ini memasang sistem elektrik berasingan sama ada menggunakan bateri atau generator yang membolehkan peralatan elektrik digunakan.
Kosnya pula bergantung kepada keperluan pemilik kerana ada yang memerlukan kipas dan lampu sahaja, jadi kosnya lebih murah kerana hanya memerlukan bateri.
Bagi yang memerlukan peralatan elektrik lebih besar seperti pendingin hawa, mereka biasanya menggunakan bekalan tenaga daripada generator.
Selain itu, pemilihan lokasi tapak perkhemahan juga penting, justeru peminat aktiviti ini biasanya mencari tempat yang redup seperti di bawah pokok untuk meletakkan kenderaan mereka.
2) Mitos: Malaysia tiada tempat yang sesuai untuk aktiviti ini.
Fakta: Terdapat banyak tempat yang sesuai sebenarnya kerana keperluan kebanyakan camper adalah minimum kerana dilengkapi bekalan elektrik malah tandas sendiri.
Mereka boleh parkir di mana-mana lokasi yang difikirkan selamat dan terus sahaja berkhemah. Malah, ketika ini sudah banyak penyedia tapak perkhemahan dan chalet yang menerima camper masuk ke kawasan mereka dengan bayaran tertentu.
3) Mitos: Tidak selamatlah tidur di dalam campervan di Malaysia, ramai perompak!
Fakta: Sekali lagi, pemilihan lokasi untuk berkhemah amat penting. Kita biasanya tidak parkir di belakang lorong sunyi, sebaliknya di tempat yang difikirkan selamat termasuk tapak perkhemahan.
Jika keselamatan masih lagi menjadi isu, ada pemilik campervan yang bersedia dengan 'senjata' untuk pencegahan termasuk penyembur lada dan siren untuk 'menghalau' penceroboh.
4) Mitos: Ini aktiviti golongan 'kayangan'. Orang biasa duduk jauh-jauh!
Fakta: Ukur baju di badan sendiri, jangan ikut orang. Jika mempunyai bajet besar, boleh import kenderaan dari luar negara lengkap dengan semua kelengkapan motorhome, atau bina sendiri di Malaysia dengan menggunakan khidmat jurulukis pelan dan pembuat badan kenderaan bertauliah.
Jika keadaan sebaliknya, boleh gunakan apa sahaja kenderaan dan lengkapkan dengan keperluan asas, asalkan pengalaman berkhemah dengan kenderaan atau van itu dapat dirasai.
5) Mitos: Tidak boleh ubah suai kenderaan lengkap dengan dapur dan tandas! Nanti kena kacau dengan abang JPJ!
Fakta: Proses ubah suai kenderaan untuk dijadikan campervan atau motorhome boleh dilakukan secara sah dengan menggunakan khidmat jurulukis pelan dan pembuat badan kenderaan yang bertauliah.
Malah, sebenarnya ramai juga peminat aktiviti ini yang tidak membuat ubah suai kekal pada badan kenderaan, sekadar melengkapkannya dengan peralatan mudah alih sahaja. Justeru, mereka biasanya tidak berhadapan masalah dengan pihak berkuasa.
Apa pun ubah suai yang dilakukan, sentiasa utamakan keselamatan!
Harapan komuniti peminat camper
Menurut Farman, komuniti penggemar aktiviti campervan, motorhome dan treler karavan semakin berkembang di Malaysia dengan ramai menjadikannya sebagai aktiviti riadah bersama keluarga dan rakan-rakan.
Perkembangan itu mewujudkan permintaan baharu dalam industri pelancongan domestik, justeru beliau berharap lebih banyak pihak tampil membuka tapak perkhemahan campervan yang lengkap dengan kemudahan bersesuaian namun mengenakan harga yang munasabah bagi kebaikan kedua-dua pihak.
Selain itu, mereka juga berharap kerajaan dapat membantu industri ini berkembang dengan mengurangkan duti import dan cukai jualan kenderaan jenis itu yang tinggi menyebabkan harganya menjadi terlalu mahal apabila dibawa masuk.
Katanya, keadaan itu mengakibatkan tidak ramai mampu memiliki kenderaan rekreasi import yang memenuhi spesifikasi, malah secara tidak langsung membuatkan segelintir memilih untuk melakukan ubah suai sendiri.
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
Ifwan Tun Tuah
Sat Sep 05 2020
Campervan semakin kerap kelihatan, terutama di tapak perkhemahan tepi sungai dan pantai. -PCMM
PM Anwar dijangka sentuh isu perdagangan, Palestin dengan pemimpin Belgium, EU - Duta
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menyentuh isu-isu perdagangan, Timur Tengah dan krisis Rusia-Ukraine semasa lawatan ke Belgium bermula Ahad.
The Future Is Female: Sustainable Development — Science Panels of the Amazon & Congo Basin
The Amazon and Congo Basin rainforests are two of Earth’s most vital ecosystems, yet they face threats that could forever alter their futures—and ours. These ecosystems are under immense pressure from deforestation, exploitation, and the mounting impacts of climate change. Established under the UN Sustainable Development Solutions Network (UN SDSN), the Science Panel for the Amazon and the Science Panel for the Congo Basin are bringing together the world’s leading scientists, Indigenous voices, and policymakers to deliver solutions that could shape the future of these vital regions. On this episode of The Future Is Female, Melisa Idris speaks with Emma Torres, Vice President for the Americas, and Head of the New York office for the UN Sustainable Development Solutions Network. She’s also the Strategic Coordinator of the Science Panel for the Amazon, and the Science Panel for the Congo Basin.
Fokus Minggu Depan: Membina era kecerdasan yang lebih mampan & inklusif
Mesyuarat Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di Davos, Switzerland menjangka memberi tumpuan untuk memupuk semangat kerjasama dan keyakinan yang membina dengan matlamat membentuk era kecerdasan yang lebih mampan dan inklusif.
JSPT KL keluarkan 63 saman di sekitar pusat bandar
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur mengeluarkan 63 saman atas pelbagai kesalahan di sekitar pusat bandar dalam Op Halangan yang bermula 10 malam semalam.
AWANI Ringkas: Lebih 800kg dadah, 15 pistol dirampas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Persatuan OKU Sentral harap tindakan keras terhadap pelaku kes pukul di Terengganu
Persatuan OKU Sentral berharap pihak berkuasa mengambil tindakan keras terhadap mereka yang terlibat kes pukul seorang lelaki OKU.
#AWANIRingkas 19 Januari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 19 Januari 2025
1️⃣ Lebih 800kg dadah, 15 pistol dirampas
2️⃣ Amaran hujan berterusan di Sarawak
3️⃣ Visa tunggal pelancong antara agenda tumpuan
#awaniringkas
1️⃣ Lebih 800kg dadah, 15 pistol dirampas
2️⃣ Amaran hujan berterusan di Sarawak
3️⃣ Visa tunggal pelancong antara agenda tumpuan
#awaniringkas
PM Anwar akhiri lawatan kerja di UK, berlepas ke Belgium
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakhiri lawatan kerja di London, United Kingdom (UK) hari ini.
WEF 2025: Apa yang jadi tumpuan utama?
Editor Niaga AWANI, Najib Arof membawakan perincian terkini Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di Davos, Switzerland.
AWANI Global: Kepresidenan Trump 2.0
Apakah strategi dasar luar dan polisi baharu pentadbiran Donald Trump, Presiden ke-47 Amerikan Syarikat? Sejauh mana ia memberi kesan terhadap hubungan luar negara? Diskusi dan analisis bersama Prof Shakila Yacob dalam AWANI Global 9 malam ini.
Lebih 1,000 peminat campervan, motorhome berkampung di Melaka sempena WTC, WTD
Lebih 1,000 peminat campervan dan motorhome akan berhimpun di Melaka sempena program Jambori Karavan pada September depan.
Suami isteri kongsi minat mengembara seluruh negara dengan RV
RV kini menjadi trend dan semakin mendapat tempat dalam kalangan rakyat yang turut berkongsi minat mengembara.
Campervan, motorhome tidak sesuai di Malaysia? Ini mitos dan faktanya
Seiring perkembangan aktiviti perkhemahan keluarga dan 'car camping', kenderaan sebegini yang turut dikenali sebagai 'camper' semakin kerap kelihatan.