SEREMBAN: Jika ada sebahagian pemilik motosikal memilih menukar saiz cermin sisi dan nombor plat yang lebih kecil kerana dikatakan kelihatan lebih bergaya, lain pula dengan seorang pemilik di daerah ini.
Siti Aminah Abdullah, 49, memasang cermin sisi dan nombor plat lori satu tan pada motosikal Yamaha Ego S miliknya.
Disebabkan itu dia sering menjadi perhatian ramai, malah aksinya menunggang motosikal tersebut turut tular baru-baru ini.
Menurutnya, dia membeli motosikal terpakai tersebut pada 2010 dengan harga RM4,500 untuk memudahkannya berulang-alik ke tempat kerja.
"Masa awal itu, cermin dan nombor plat motosikal ini saiz standard saja, tetapi selepas setahun menggunakannya suami bagi cadangan tukar kepada saiz yang lebih besar.
"Dia kata nak beli motosikal besar tak mampu, yang mampu tukar cermin sisi dan nombor plat besar saja," katanya secara berseloroh ketika ditemui di rumahnya di Rasah di sini pada Rabu.
Apa yang menariknya, cermin sisi tersebut menggunakan cermin sisi lori satu tan yang diubah suai oleh suami Siti Aminah sendiri manakala nombor plat tersebut ditempahnya sebelum dipasang sendiri.
Dia mengakui pada awalnya sedikit malu apabila ramai yang memandangnya pelik, namun kini ia sudah dianggap biasa.
"Kadang-kadang kalau berhenti di lampu isyarat ada yang tanya cermin itu beli dekat mana dan ada juga komen kata kenapa tak pasang cermin bas je.
"Tak kisah lah apa yang orang nak kata pun saya dah lali semua itu. Ada juga yang nak bergambar dengan motosikal saya kerana mereka kata unik," katanya yang merupakan seorang peniaga.
Tambahnya, dia bukan sengaja mahu mencari publisiti memasang cermin sisi dan nombor plat bersaiz lebih besar berbanding biasa, tetapi untuk keselesaannya di jalan raya.
Malah katanya, pemandangannya juga menjadi lebih luas ketika menunggang motosikal dan lebih selamat.
"Kalau lalu sekatan jalan raya itu saya dah biasa kena tahan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan atau polis kerana mereka tertarik dengan cermin sisi dan nombor plat motosikal saya.
"Yang saya tahu kali pertama video saya menunggang motosikal tular pada September tahun lalu dan baru-baru ini tular semula," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jan 18 2024

Siti Aminah melihat pada cermin motosikalnya yang bersaiz besar. - Foto Sinar Harian
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas

Cermin sisi motosikal 'besar gedabak' Siti Aminah curi tumpuan
Siti Aminah memasang cermin sisi dan nombor plat lori satu tan pada motosikal Yamaha Ego S miliknya.