TAHUN 2020 merupakan satu tahun yang sangat mencabar buat semua rakyat dunia.
Lebih-lebih lagi dengan penularan pandemik COVID-19 yang memberi impak yang sangat dahsyat kepada semua, termasuk rakyat Malaysia.
Dalam menghadapi situasi sebegini, masyarakat pastinya sentiasa ingin tahu apa yang terjadi di persekitaran dan akan menggunakan enjin carian untuk mendapatkan maklumat terkini.
Oleh itu, kami kongsikan bersama anda apakah carian paling popular di enjin carian Google Malaysia.
Meskipun di dalam tempoh pandemik, kelihatannya topik yang mempunyai bilangan carian paling banyak di Google adalah US Election 2020.
Nampaknya, bukan rakyat dunia sahaja malah netizen Malaysia juga bersemangat untuk tahu siapa yang bakal mentadbir Amerika Syarikat (AS), susulan pilihan raya presiden yang menyaksikan pertembungan antara dua figura politik terkenal AS - Donald Trump dan Joe Biden.
Berikutan pencarian terbanyak mengenai topik US Presidential Election 2020, bukan nama Joe Biden sahaja, malah bakal Naib Presiden Kamala Haris juga mendapat carian terbanyak.
Lebih menarik, nama PU Riz juga mendapat carian terbanyak di laman Google, diikuti dengan Bunga Citra Lestari, Alya Iman dan Syifa Melvin.
Di Malaysia, ini antara kata kunci yang mendapat perhatian netizen pada tahun ini.
Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan Malaysia pada 18 Mac lalu, boleh dikatakan majoriti rakyat akur duduk di rumah untuk sama-sama membendung penularan COVID-19.
Tetapi, nanti dulu, adakah rakyat kita boleh duduk diam?
Tentulah tidak, bukan? Pasti ada sahaja yang ingin mereka cuba untuk menghilangkan rasa bosan.
Apabila bosan, kita buat apa? Kita makanlah!
Jadi, tidak hairanlah apabila beberapa jenis makanan mendapat carian paling banyak di Google seperti Dalgona Coffee yang menjadi trend sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.
Selain resipi Dalgona Coffee, makanan dan minuman lain yang turut mendapat carian terbanyak di Google adalah Biscoff Cheesecake, Kek Marble Jelita, Apam Balik, Taufufa dan juga Cekmek Molek.
Asyraf Roslan
Thu Dec 10 2020
Joe Biden dan Dalgona Coffee antara topik yang mendapat carian terbanyak di Google.
Eksklusif! Joe Hart bakal tiba di Malaysia
Joe Hart bakal ke Malaysia dan secara eksklusif akan dibawakan menerusi Nadi Arena Jumaat ini.
CPTPP saluran kritikal kembang pelaburan, perdagangan antara Malaysia, UK - PM Anwar
Anwar berkata ini dapat dilaksanakan susulan daripada langkah kedua-dua negara menyertai perjanjian tersebut.
Malaysia perkasa syarikat pemula, pacu penyelesaian inovatif - Chang
Malaysia akan berusaha memperkasakan syarikat pemula dengan memudahkan kerjasama dan menggalakkan penyelesaian inovatif yang lebih komersial.
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Dua keldai akaun ditahan, mangsa kerugian lebih RM78,000
Polis hari ini menahan seorang lelaki dan seorang wanita dipercayai menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan berasingan sehingga menyebabkan dua mangsa kerugian lebih RM78,000.
Gemini akan tiba ke Google TV untuk rumus berita siaran langsung
Ciri AI baharu yang dijana Gemini, News Brief, akan mengumpulkan maklumat daripada pelbagai sumber berita sahih.
Projek kewartawanan Gen Z Astro AWANI raih sokongan Google
Projek ulung Astro Awani melibatkan generasi Gen Z dalam penghasilan berita ini berperanan mencorakkan peranan generasi baharu dalam dunia kewartawanan.
Apple beri sebab kenapa tidak akan bangunkan enjin carian tersendiri
Apple memilih untuk bekerjasama dengan Google, yang membayar sekitar $20 bilion untuk menjadi enjin carian utama pada peranti Apple.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Iran angkat sekatan ke atas WhatsApp, Google Play
Langkah ini merupakan antara usaha pertama untuk mengurangkan sekatan internet di negara tersebut.
Selepas AS, Jepun pula tuduh Google lakukan amalan antipersaingan
Antara tuduhan yang dilemparkan ialah menerusi Chrome, Google turut didapati membayar syarikat untuk menggunakan enjin carian Google Search.
Google Gemini 2.0 Experimental Advanced kini boleh diuji pengguna berbayar
Ia mampu memproses lebih banyak masalah matematik dengan pantas, melakukan kerja-kerja pengkodan dan boleh memahami penaakulan (reasoning) dengan lebih mendalam.
Google Play Store akan buang ciri perkongsian aplikasi terbina
Dalam Google Play Store versi 44.1, Google menyatakan ciri ini akan dibuang.
Cip kuantum Google Willow selesaikan masalah 10 septilion tahun dalam masa 5 minit
Cip Kuantum Google Willow Menyelesaikan Masalah 10 Septilion Tahun Dalam Masa 5 Minit