KUALA PILAH: Biarpun hanya bermula sebagai hobi namun siapa menjangka minatnya terhadap sukan memanah berkuda akhirnya menjelmakan punca pendapatan yang lumayan.
Walaupun jauh di pedalaman, Muhammad Akmal Datuk Mohamad Dahlan bijak menterjemahkan minatnya itu dengan melebarkan penggunaan tanah pertanian keluarganya di Kuala Pilah menjadi sebuah pusat percutian yang kini dikenali ‘Ladang Alam Warisan’ yang menawarkan pelbagai keperluan dan aktiviti kepada pengunjung.
Terletak di Sri Menanti, Ladang Alam Warisan diwujudkan sebagai platform bagi melestari, memulihara, memartabat, mempertahan dan mempromosi budaya, kesenian, warisan, adat resam serta gaya hidup Melayu tradisional lebih 700 tahun yang lalu.
“Ladang Alam Warisan ini bermula 10 tahun yang lalu. Tercetusnya (idea) ini kerana pada waktu itu saya memikirkan bahawa kita belum lagi ada satu tempat untuk aktiviti memanah bagi anak-anak.
“Bila kita ingat balik hadis Rasulullah SAW bagaimana Baginda menekankan sangat sukan memanah berkuda ni untuk membentuk karakter diri anak, maka saya fikir inilah masanya untuk didik anak saya dengan memanah dan berkuda," katanya ketika ditemui Astro AWANI di ladang beliau baru-baru ini.
Malah jelasnya, Ladang Warisan merupakan sebuah ladang yang menggabungkan tiga konsep pelancongan iaitu ekopelancongan, pelancongan luar bandar dan agropelancongan.
Agenda penubuhan Ladang Alam Warisan dikemaskan lagi dengan menjadikan acara sukan memanah tradisional dan memanah berkuda tradisional sebagai intipati utama di samping menjadi wadah pertemuan anak-anak Melayu dalam meneruskan agenda perjuangan untuk agama, bangsa dan negara.
Ladang Alam Warisan turut mempunyai misi tersendiri untuk membuka sebuah sekolah memanah tradisional bertaraf dunia bagi mendidik generasi hari ini tentang nilai yang tersirat di sebalik kelebihan memartabatkan sunah memanah dalam ketamadunan manusia.
Secara tidak langsung, Ladang Alam Warisan turut menjadi tumpuan para pemanah tradisional seluruh dunia sehingga menjadikan destinasi itu sebagai sebuah produk pelancongan yang akan memberi manfaat kepada negara dan rakyatnya.
“Ladang ini juga pernah menjadi venue kepada 15 buah negara yang datang memanah di sini. Kita pernah menganjurkan kejohanan memanah peringkat antarabangsa. Insya-Allah tahun depan kita akan buat lagi (kejohanan antarabangsa) di sini," katanya lagi.
Lebih membanggakan, pemuda berusia 41 tahun itu juga pernah muncul sebagai juara dunia memanah berkumpulan pada salah satu kejohanan dunia yang pernah diadakan di luar negara sebelum ini.
Justeru tidak hairanlah beliau kini menjadi sumber rujukan dan tumpuan bagi mereka yang berminat secara serius dalam sukan memanah berkuda dari seluruh pelosok dunia.
Bercakap berkenaan ladang miliknya itu, Akmal berkata, mereka juga menawarkan pelbagai pakej percutian menarik seperti tapak perkhemahan yang selesa serta pelbagai aktiviti sukan lasak yang menarik.
Ditambah dengan suasana persekitaran menghijau serta penerapan elemen budaya kemelayuan yang tinggi, ia sememangnya menjanjikan satu suasana yang cukup unik bagi melengkapkan keperluan pengunjungnya dalam mencari kelainan.
“Di Ladang Alam Warisan ini, kami turut menawarkan percutian berpengisian sebenarnya. Di sini kalian boleh bermalam di tapak glamping kami dan disediakan pelbagai aktiviti yang sangat menarik.
“Kita boleh naik ATV, ke jeram, menunggang kuda, memanah dan kita boleh tengok macam mana kehidupan dalam sebuah ladang dengan ada kambing, ayam, itik dan sebagainya," jelasnya lagi.
Walaupun anak jati kelahiran Kuala Pilah yang berkelulusan ljazah Sarjana Muda Pemasaran dan Pengiklanan (2005) Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu mungkin mampu menceburi bidang lain, namun baginya, apa yang dimiliki di sekitar tempat kelahiranya itu sudah cukup dan mampu menghidangkan pendapatan dan sumber rezeki kepada golongan muda sepertinya jika pandai diolah dan mempunyai kesungguhan untuk memajukan diri.
“Kepada anak muda di liuar sana... sebenarnya anda tidak perlu tengok jauh (peluang) yang ada di luar sana, dekat kampung kita ini boleh kita bangunkan sendiri sebab hari ini dengan akses kepada teknologi internet, dengan apa yang ada di tangan, kita mampu bawa orang datang ke tempat anda.
“Memang orang akan sentiasa mencari keunikan. Jadilah orang yang kreatif, inovatif, malah dalam ladang kelapa sawit tu pun jika kreatif kita mampu usahakan kafe jika kena pada gayanya.” katanya.
Ladang Alam Warisan turut mempunyai perancangan jangka masa panjang untuk membuka cawangan dari tiga penjuru tanah Semenanjung melibatkan bandar-bandar diraja yang sekali gus akan membantu menaik taraf dan mempromosi bandar-bandar tersebut dan membantu meningkatkan sumber pendapatan penduduk sekitar.
Raja Hisyam Raja Zaid
Sat Nov 05 2022
Akmal bersama dua anaknya cukup dikenali dan digeruni dalam dunia sukan memanah berkuda di peringkat antarabangsa. - Astro AWANI
Pakistan turunkan tarif elektrik untuk EV, galak pembangunan hijau
EV adalah langkah tepat untuk menangani pencemaran udara yang perlu ditingkatkan bagi menangani perubahan iklim.
Perjanjian ini adalah hasil rundingan panjang dan sukar
Fasa awal gencatan senjata ini akan menghentikan pertempuran yang telah meranapkan banyak kawasan bandar di gaza dan menyebabkan hampir keseluruhan penduduk seramai 2.3 juta orang kehilangan tempat tinggal
Empat Pengarah Syarikat antara lima ditahan reman, siasat penyelewengan dana RM104 juta
Empat ahli lembaga pengarah syarikat antara lima ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membantu siasatan kes penipuan melibatkan dana pelaburan awam berjumlah RM104 juta.
YTL Group akan labur £4 bilion di UK, sedia lebih 30,000 peluang pekerjaan
Pelaburan tersebut yang merangkumi bandar baharu paling pintar, akan turut menyediakan lebih 30,000 pekerjaan di seluruh UK.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas, menurut kenyataan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar.
Penyertaan UK dalam CPTPP peluang tingkat perdagangan dengan Malaysia
Jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pelaburan oleh syarikat perniagaan Malaysia di UK bukan hanya sekadar memacu pertumbuhan ekonomi, tetapi juga mencerminkan komitmen untuk memupuk perkongsian yang membawa pembangunan secara bersama.
Gencatan senjata: Keutamaan untuk hentikan derita rakyat Palestin - PBB
Menurut Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, badan dunia itu bersedia untuk menyokong pelaksanaan perjanjian ini dan meningkatkan penghantaran bantuan kemanusiaan berterusan kepada rakyat Palestin yang terus menderita.
Lebih setengah juta kanak-kanak Afghanistan berisiko kurang nutrisi pada 2025
Antara punca situasi membimbangkan itu adalah keadaan iklim yang ekstrem "membataskan keupayaan orang ramai memberi makan kepada keluarga".
Gencatan senjata: Ini langkah yang diperlukan - Israel
Herzog menyokong perjanjian tersebut dan berkata bahawa pembebasan tebusan Israel, sama ada yang telah meninggal dunia atau masih hidup, yang telah ditahan di Gaza selama 15 bulan, adalah satu kewajipan moral dan kemanusiaan
Gencatan senjata: Ini satu kejayaan selepas 400 hari perjuangan - Biden
Perjanjian yang kompleks ini merangkumi fasa gencatan senjata awal selama enam minggu dan termasuk penarikan berperingkat tentera Israel dari Semenanjung Gaza serta pembebasan tebusan yang ditahan oleh Hamas sebagai pertukaran dengan tahanan Palestin yang ditahan oleh Israel
Lelaki mengaku tak bersalah lakukan sumbang mahram anak tiri
Seorang lelaki didakwa atas tiga pertuduhan melakukan sumbang mahram terhadap seorang anak perempuan tirinya pada 2019 dan 2024.
Kuih tradisional bahulu sabut kelapa ada tarikan tersendiri
Bagi mengekalkan ketradisionalan bahulu itu, Shahrul Idham turut menggunakan acuan tembaga yang mempengaruhi rasa agar lebih enak dan asli.
Warga emas Kuala Pilah diberi pendedahan mengenai keselamatan siber
Ia satu pendekatan baik dalam memberi pendedahan kepada warga emas mengenai pentingnya keselamatan siber dan melindungi data peribadi.
Dua beranak maut kereta langgar tembok jambatan
Mangsa yang terkorban adalah bapa berusia 64 tahun dan anak lelakinya berusia 31 tahun, manakala ibu dan anak perempuan mengalami kecederaan.
Muhammad Adi disangka hilang, menginap di rumah kawan
Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang sejak tujuh hari lepas telah pulang ke rumahnya di Ampangan Tinggi malam tadi.
Imigresen tahan 142 pendatang asing di Kuala Pilah
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 142 pendatang tanpa izin dalam serbuan di 34 premis sekitar Kuala Pilah pada 28 Jun hingga semalam.
Suami isteri didakwa tinggalkan dua anak dalam kereta
Sepasang suami isteri didakwa meninggalkan dua anaknya yang masih kecil tanpa pengawasan dalam kereta yang tidak dimatikan enjin.
ERA stesen nombor satu negara teruja sertai Pesta Bola Ngoca 2023
ERA stesen radio nombor satu negara berbesar hati meraikan Pesta Bola Ngoca 2023 di Kuala Pilah Negeri Sembilan.
Ubah fakta sejarah, nafikan hak generasi akan datang - Tuanku Muhriz
Rekod sejarah pemerintahan beraja yang lengkap amat penting untuk membantu negeri mempertahankan kedaulatan sistem beraja.
PRN: Polis terima dua laporan letak, lempar kepala babi
Polis menerima dua laporan berkaitan perbuatan khianat pada kempen Pilihan Raya Negeri (PRN), susulan kejadian meletakkan dan melemparkan kepala babi di dua lokasi di Kuala Pilah pagi tadi.