MAKKAH: Undangan mengadakan demonstrasi masakan 15 tahun lepas membawa rezeki tidak ternilai buat seorang tukang masak selepas ia menjadi permulaan untuk beliau berkhidmat kepada petugas Tabung Haji (TH) di tanah suci Mekah.
Berkongsi kisah itu, Chef Wan Noor Zamran Hashim, 52, yang mengetuai dapur di bangunan Abraj Al-Janadriyyah, ibu pejabat TH di sini, berkata beliau diundang memasak menggunakan produk sebuah syarikat rempah ratus dalam satu program pemasaran pada 2008.
Usahawan pastri dan biskut itu, berkata selain produk berkenaan terpilih untuk dijadikan antara bahan utama masakan, beliau sendiri turut ditawarkan berkhidmat menyediakan juadah bagi operasi musim haji pada tahun itu.
"Saya terkejut dan gembira kerana di samping menjalankan tugas, saya berpeluang melakukan ibadah di Tanah Suci," katanya ketika ditemui pemberita di sini.
Mengenai tugasnya, Wan Noor Zamran berkata dengan dibantu dua chef dan dua pembantu tempatan, beliau akan mula bekerja seawal 3.30 pagi hingga kira-kira 7 malam setiap hari bagi menyiapkan makanan untuk petugas di ibu pejabat serta 12 maktab penginapan di sekitar Mekah, Arab Saudi.
Menurutnya petugas TH disajikan makanan dengan cita rasa Malaysia untuk mengubat kerinduan kepada tanah air sepanjang bertugas pada musim haji selama kira-kira dua bulan.
Beliau yang telah bertugas pada 14 musim haji, berkata bagi mengekalkan keaslian rasa makanan, bahan mentah seperti ikan bilis, udang kering, cili kering dan rempah ratus dibawa dari Malaysia.
Wan Noor Zamran berkata pasukannya bersama pasukan memasak Malaysia di Madinah akan bekerjasama menyediakan kira-kira 70 kilogram makanan kepada 670 petugas ketika hari kemuncak ibadah haji meliputi ibadah wukuf di Arafah, mabit di Mudzalifah dan melontar di Mina.
Dalam pada itu, chef di sebuah hotel terkenal di Kuala Lumpur, Muhammad Ramli, 36, sanggup mengambil cuti tanpa gaji bagi menyertai pasukan memasak untuk petugas TH di sini.
"Mendapat peluang sebegini bukan senang, walaupun penat saya seronok kerana berpeluang menunaikan haji dan beribadah di Masjidil Haram," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 18 2023

Wan Noor Zamran berkata, dengan dibantu dua chef dan dua pembantu tempatan, beliau akan mula bekerja seawal 3.30 pagi hingga kira-kira 7 malam setiap hari bagi menyiapkan makanan. - Bernama

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Demonstrasi masakan buka peluang Chef Wan Noor berkhidmat di Tanah Suci
Chef Wan Noor Zamran Hashim, 52, mengetuai dapur di bangunan Abraj Al-Janadriyyah, ibu pejabat Tabung Haji, di Mekah.