Diabetes melitus adalah satu daripada 10 penyebab utama kematian yang disahkan secara perubatan pada 2018, menurut Buletin Perangkaan Sosial Malaysia 2019.
Mengulas laporan itu, Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata penyakit hipertensi pula merekodkan kenaikan peratusan tertinggi iaitu 73.2 peratus.
"Ini diikuti oleh Chronic lower respiratory diseases (59.5 peratus) neoplasma malignan kolon, rektum dan anus (39.7 peratus)," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Buletin Perangkaan Sosial Malaysia memaparkan statistik sosial terpilih yang merupakan indikator asas bagi mengukur kualiti hidup dan kesejahteraan penduduk melibatkan bidang-bidang utama iaitu penduduk, perumahan, kesihatan, pendidikan, guna tenaga, perkhidmatan kebajikan, keselamatan awam serta perhubungan dan rekreasi
Sementara itu, Mohd Uzir berkata kematian akibat kemalangan jalan raya pada 2018 merekodkan penurunan iaitu 2.4 peratus kepada 4,391 kematian daripada 4,499 kematian pada 2017.
Mohd Uzir berkata terdapat 548,598 kemalangan jalan raya yang dilaporkan kepada Polis Diraja Malaysia pada 2018 dan hanya 1.1 peratus melibatkan kes kematian.
"Selangor merekodkan kes kematian tertinggi iaitu 1,046 kes manakala Kelantan merekodkan kes kecederaan tertinggi kemalangan jalan raya iaitu 1,626 kes.
"Putrajaya merekodkan kes kecederaan dan kematian terendah iaitu masing-masing 10 kes dan tujuh kes," katanya.
Menurut Mohd Uzir, pendaftaran baharu kenderaan bermotor merekodkan peningkatan 8.2 peratus pada 2018 kepada 1.22 juta berbanding 1.13 juta pada 2017.
"Peningkatan ini disumbangkan oleh kenderaan awam (48 peratus), diikuti kenderaan perdagangan (15.3 peratus) dan motosikal (11.5 peratus)," katanya.
Dari segi pendidikan, buletin itu menunjukkan terdapat 4.92 juta murid sekolah rendah dan menengah serta 416,886 guru di 10,486 sekolah di seluruh negara.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 26 2019

Diabetes melitus adalah satu daripada 10 penyebab utama kematian yang disahkan secara perubatan pada 2018.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Diabetes antara punca utama kematian di Malaysia
Diabetes melitus adalah satu daripada 10 penyebab utama kematian yang disahkan secara perubatan pada 2018, menurut Buletin Perangkaan Sosial Malaysia 2019.