Biarpun telah melakukan persiapan yang begitu rapi, namun pasukan Fnatic Defence Of The Ancient 2 (DOTA2) hanya mampu meraih kedudukan nombor enam dalam Kejohanan The Manila Major.
Kurang komunikasi dan banyak melakukan kesilapan peribadi, dilihat sebagai antara punca kumpulan ini gagal mensasarkan kedudukan tiga teratas dalam kejohanan ini.
Menurut pengurus pasukan, Eric Khor Wei Soon, dalam kejohanan kali ini, Fnatic hanya tewas kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan gergasi China, Newbee, dan kumpulan pilihan kejohanan ini, iaitu Liquid.
Jelas Eric, Fnatic tidak menunjukan corak permainan yang optimum dalam kejohanan kali ini.
“Sudah tentunya berada di kedudukan nombor enam dalam kejohanan bukanlah satu keputusan yang ideal, seperti yang kami mahukan.
“Kami sebenarnya telah melakukan banyak persiapan bagi menghadapi dua kumpulan ini (Newbee dan Liquid), memandangkan kami pernah berada dalam kumpulan yang sama bersama mereka.
“Namun pergerakan corak permainan kami tidak berada di paras yang optimum. Dalam kejohanan kali ini banyak kesilapan peribadi dilakukan, sehingga mengganggu prestasi pasukan, dan saya rasa itu punca kekalahan kami,” tambahnya kepada Astro AWANI ketika ditemui di Kejohanan The Manila Major, The Mall of Asia Area, di sini pada Sabtu.
Pasukan Fnatic terdiri daripada Chai Yee Fung, yang terkenal dengan gelaran nama Mushi, Khoo Chong Xin (Ohaiyo), Adam Shah (343), Yeik Nai Zheng (Midone), dan seorang pemain Filipina iaitu Djardel Jicko Mampusti (DJ).
Bagi Ohaiyo, Pemain Offlane Fnatic, beliau menyifatkan komunikasi antara pemain perlu diperkukuhkan lagi demi pasukan, selain percaturan strategi baru perlu dilakukan bagi kejohanan yang akan datang.
“Saya, Mushi dan 343 (Adam Shah), kami akan berbincang antara kami selepas habis perlawanan namun bagi saya, ianya satu cabaran untuk berkomunikasi dengan DJ dan MidOne kerana mereka jarang untuk menyertai perbincangan kami.
“Jadi kami perlu mengadakan perbincangan bersama-sama untuk meningkatkan prestasi pasukan,” tambah Ohaiyo.
Jelas Ohaiyo, ini adalah antara barisan pasukan terbaik Fnatic, yang pernah beliau sertai. Beliau berkata : “Saya mempunyai yang keyakinan untuk tahun ini. Cuma kami kekurangan strategi yang terbaik untuk mengatasi pihak lawan.
Kejohanan Manila Major di The Mall of Asia Arena yang berlangsung sejak 7 Jun sehingga hari ini, menawarkan hadiah wang tunai sebanyak AS$3 juta (RM12.2 juta).
Ikuti saluran Every Good Game Network (eGG Network) bagi perkembangan terkini sukan elektronik (eSports) 24 jam sehari, menerusi Astro dan Astro on the Go di saluran 808.
Mariah Ahmad
Sun Jun 12 2016
![DOTA2: Fnatic perlu kukuhkan komunikasi pasukan, atur strategi baharu DOTA2: Fnatic perlu kukuhkan komunikasi pasukan, atur strategi baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/41465729414_DOTAdota.jpg)
Kejohanan Manila Major di The Mall of Asia Arena yang berlangsung sejak 7 Jun sehingga hari ini, menawarkan hadiah wang tunai sebanyak AS$3 juta (RM12.2 juta)- Foto Astro AWANI / MARIAH AHMAD
![Sebuah masjid ikonik dibina di KotaSAS, tarikan pelancongan terbaharu di Kuantan Sebuah masjid ikonik dibina di KotaSAS, tarikan pelancongan terbaharu di Kuantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738978105_sultanpahang.jpg)
Sebuah masjid ikonik dibina di KotaSAS, tarikan pelancongan terbaharu di Kuantan
Selain produk pelancongan sedia ada, kerajaan negeri juga sedang berusaha untuk mempromosikan pantai-pantai ikonik di negeri itu.
AWANI Pagi: Eksklusif bersama Sultan Pahang
Pahang terus melangkah. Dari infrastruktur moden ke keindahan alam, semuanya demi rakyat. Saksikan temu bual eksklusif bersama Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di semua platform Astro AWANI.
![Trump akan pecat ejen FBI terlibat siasatan serangan Capitol Trump akan pecat ejen FBI terlibat siasatan serangan Capitol](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738682250_DonaldTrump.jpg)
Trump akan pecat ejen FBI terlibat siasatan serangan Capitol
Beliau bagaimanapun tidak memberi butiran lanjut bilangan ejen yang akan dipecat dan bila pemecatan akan dibuat.
![ICC kecam sekatan AS terhadap pegawainya ICC kecam sekatan AS terhadap pegawainya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738971216_TomokoAkane.jpg)
ICC kecam sekatan AS terhadap pegawainya
Tindakan tersebut mengancam kebebasan dan peranan penting mahkamah dalam menegakkan keadilan kepada mangsa kekejaman global.
![Sambutan perayaan sebagai tarikan pelancongan ke Pahang - Al-Sultan Abdullah Sambutan perayaan sebagai tarikan pelancongan ke Pahang - Al-Sultan Abdullah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738977452_sultanpahang.jpg)
Sambutan perayaan sebagai tarikan pelancongan ke Pahang - Al-Sultan Abdullah
Baginda menyifatkan sambutan tersebut sebagai satu pembaharuan di Kuantan dan mahu menjadikkannya sebagai produk tarikan pelancongan.
![[KOLUMNIS] Sejarah dan mitos makam nisan Aceh [KOLUMNIS] Sejarah dan mitos makam nisan Aceh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51738334981_nisanaceh.jpg)
[KOLUMNIS] Sejarah dan mitos makam nisan Aceh
Kota Tinggi sangat wajar diangkat sebagai tapak warisan dunia oleh pihak Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [8 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Amirul Aiman
- Thaipusam: Lebih 20 jalan di pusat bandar ditutup mulai Ahad - Polis
- Tidak perlu garis panduan, umat Islam tahu jaga batas akidah - Anwar
- Penderma organ masih rendah, lebih 10,000 pesakit menunggu untuk teruskan kehidupan
#AWANIpagi #AWANInews
- Thaipusam: Lebih 20 jalan di pusat bandar ditutup mulai Ahad - Polis
- Tidak perlu garis panduan, umat Islam tahu jaga batas akidah - Anwar
- Penderma organ masih rendah, lebih 10,000 pesakit menunggu untuk teruskan kehidupan
#AWANIpagi #AWANInews
![Hamas umum pembebasan tiga tebusan Israel Hamas umum pembebasan tiga tebusan Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738970885_tbhostages.jpg)
Hamas umum pembebasan tiga tebusan Israel
Pembebasan itu sebahagian perjanjian pertukaran dengan banduan Palestin dalam tahanan Israel.
![Ireland janji bantuan tambahan kepada UNRWA susulan pemotongan dana oleh AS Ireland janji bantuan tambahan kepada UNRWA susulan pemotongan dana oleh AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738970356_tbSimonHarris.jpg)
Ireland janji bantuan tambahan kepada UNRWA susulan pemotongan dana oleh AS
Ireland pada Jumaat mengumumkan bantuan tambahan sebanyak AS$20.7 juta kepada UNRWA.
![OpenAI ambil serius dakwaan pencerobohan data OpenAI ambil serius dakwaan pencerobohan data](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61727346656_OpenAI.jpg)
OpenAI ambil serius dakwaan pencerobohan data
OpenAI menyatakan pihaknya mengambil serius laporan mengenai pencerobohan data.
![Mag Rebels juara Dota 2 MEC23/24 Mag Rebels juara Dota 2 MEC23/24](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41707062079_MagRebelsDota.jpg)
Mag Rebels juara Dota 2 MEC23/24
Mag Rebels berjaya memenangi permainan Dota 2 Kejuaraan E-sukan Malaysia 2023/2024 (MEC23/24), selepas mengalahkan Mag Empire 3-1, pada perlawanan akhir di ESI Hub, Spacerubix, hari ini.
![Sukan Asia: Dota 2 sumbang pingat gangsa Sukan Asia: Dota 2 sumbang pingat gangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71696240725_SukanAsiaHangzhou.jpg)
Sukan Asia: Dota 2 sumbang pingat gangsa
Pasukan e-sukan negara menambah koleksi pingat apabila berjaya menyumbang gangsa dalam acara Dota 2 di Sukan Asia Hangzhou sebentar tadi.
!['NothingToSay' sasar menangi gelaran dunia Dota 2 'NothingToSay' sasar menangi gelaran dunia Dota 2](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/41635083652_NothingToSaysasar.jpg)
'NothingToSay' sasar menangi gelaran dunia Dota 2
Selepas menduduki tempat kedua kejohanan 'The International 10' atau TI10, baru-baru ini, pemain profesional Dota 2 Malaysia Cheng Jin Xian, menyasarkan untuk memenangi gelaran itu tahun hadapan.
![Gamer Malaysia kongsi ganjaran RM21.7 juta Gamer Malaysia kongsi ganjaran RM21.7 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/41634605390_TBGAMER.jpg)
Gamer Malaysia kongsi ganjaran RM21.7 juta
Cheng Jin Xiang membantu pasukannya yang berpangkalan di China - PSG.LGD menduduki tempat kedua.
![Ubah persepsi e-sukan, pergiat kerjasama kerajaan, swasta - ESI Ubah persepsi e-sukan, pergiat kerjasama kerajaan, swasta - ESI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/41625903819_TBESports.jpg)
Ubah persepsi e-sukan, pergiat kerjasama kerajaan, swasta - ESI
Sekurang-kurangnya 11,000 peserta menyertai Liga e-Sukan Malaysia 2021 (MEL21) yang bermula hari ini hingga 10 September ini.
![Liga e-Sukan Malaysia 2021 (MEL21) bermula 10 Julai Liga e-Sukan Malaysia 2021 (MEL21) bermula 10 Julai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/61625386264_LigaEsukanMalaysi.jpg)
Liga e-Sukan Malaysia 2021 (MEL21) bermula 10 Julai
Berlangsung secara dua peringkat membabitkan peringkat negeri dan kebangsaan dengan mempertandingkan empat permainan popular dalam kalangan peminat e-sukan.
![Kejohanan e-sukan Perak berlangsung di MAPS, tampil empat permainan Kejohanan e-sukan Perak berlangsung di MAPS, tampil empat permainan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/61576986408_PerakEsports.jpg)
Kejohanan e-sukan Perak berlangsung di MAPS, tampil empat permainan
Pada kejohanan selama sehari itu, Gioco Home E-Sport dari Zon Kerian muncul juara bagi permainan Dota 2 dengan menumpaskan M&M Perak E-Sport dari Zon Kinta 2-1 dalam aksi perlawanan akhir.
![Dota 2: OG juara The International buat kali kedua Dota 2: OG juara The International buat kali kedua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/41566749326_DotaWorldChampio.jpg)
Dota 2: OG juara The International buat kali kedua
Pasukan Dota 2, OG berjaya merangkul kejuaraan bagi kejohanan antarabangsa Dota 2, The International 2019 (TI 9) di aksi grand final di Shanghai, China pada Ahad.
![Mobile Legends: Tony Fernandes sah pemilik majoriti Team Saiyan Mobile Legends: Tony Fernandes sah pemilik majoriti Team Saiyan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/41520925281_TeamSaiyan.jpg)
Mobile Legends: Tony Fernandes sah pemilik majoriti Team Saiyan
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia Bhd dan CEO Bersama Kumpulan AirAsia X, Tan Sri Tony Fernandes kini menjadi pemilik majoriti pasukan Mobile Legends Malaysia, Team Saiyan.
![Dota 2: AirAsia sah taja Mineski Pro Team Dota 2: AirAsia sah taja Mineski Pro Team](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/41516943301_Airasiadota.jpg)
Dota 2: AirAsia sah taja Mineski Pro Team
Perkara itu diumumkan dalam satu sidang media di Pusat Konvensyen Antarabangsa Genting (GICC), di sini hari ini.