SUNGAI PETANI: Setelah lebih tiga tahun terhenti susulan pandemik COVID-19 yang melanda negara, aktiviti eksplorasi menyusuri Sungai Merbok, dekat sini menerusi bot katamaran kini beroperasi kembali.
Ketua Bahagian Pelancongan Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) Mohd Farid Ismail berkata dua bot yang diberi nama Mahawangsa I dan Mahawangsa II itu telah memulakan operasi sejak awal bulan ini.
"Kita menawarkan perjalanan menyusuri Sungai Merbok bermula dari Jeti Semeling menuju ke kawasan bersejarah di sepanjang sungai, antaranya Pulau Tiga, tapak Istana Pulau Tiga, Sungai Batu dan muara sungai.
"Menerusi perjalanan yang mengambil masa selama kira-kira sejam 30 minit, kita akan beri penerangan mengenai sejarah kawasan itu, contohnya tapak Istana Pulau Tiga yang pernah menjadi pusat pentadbiran Sultan Kedah ke-21, Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah," katanya kepada pemberita di sini, baru-baru ini.
Menurutnya Sungai Merbok menyimpan 1001 khazanah alam yang menarik termasuklah lebih 40 spesies bakau yang dapat disajikan kepada pengunjung.
"Antara spesies yang istimewa ialah Bakau Kurma Laut yang hanya tumbuh di kawasan berpasir, spesis ini dapat dilihat di kawasan Teluk Kedasang. Selain itu, terdapat pelbagai spesis unggas termasuklah burung helang.
"Kita juga sedang dalam perancangan untuk mewujudkan satu 'stop point' di sungai itu, dan pengunjung dapat melihat burung helang secara dekat di kawasan berkenaan, di samping merasai pengalaman memberi makan burung helang," katanya.
Mohd Farid berkata eksplorasi menyusuri Sungai Merbok ditawarkan pada tiga sesi setiap hari iaitu pada pukul 10.30 pagi, 2.30 petang dan 5.30 petang dengan kadar bayaran RM20 untuk dewasa, RM10 bagi pelajar, warga emas dan orang kurang upaya, sementara kanak-kanak berusia enam tahun ke bawah adalah percuma.
Sementara itu, salah seorang pengunjung yang kali pertama merasai pengalaman itu, Mohd Amirul Hafiz Mazlan, 26, berkata pengalaman menyusuri Sungai Merbok menaiki bot sangat luar biasa dan memberikan ketenangan pada dirinya.
"Semasa menyusuri sungai, saya dapat melihat kehijauan yang menenangkan selain dapat mempelajari sejarah kesultanan negeri Kedah, saya juga dapat menambah pengetahuan mengenai spesis flora dan fauna yang ada di sepanjang sungai," katanya.
Bagi Norshamimi Zulbukri, 33, pula, aktiviti itu sangat sesuai untuk keluarga bagi menikmati permandangan cantik di sepanjang sungai selain merasai pengalaman menaiki bot.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 18 2024

Tiga 'trip' bot ditawarkan kepada pengunjung yang ingin menyusuri Sungai Merbok dengan bot katamaran. Sepanjang perjalanan, mereka dapat menyaksikan kehijauan pepohon bakau, tempat bersejarah dan aktiviti nelayan sepanjang sungai. --fotoBERNAMA

Mohamad Hasan adakan kunjungan hormat ke atas Presiden Iran di Tehran
Kedua-dua pemimpin membincangkan hubungan dua hala antara Malaysia-Iran selain isu serantau dan antarabangsa.

Hamas akan pulangkan mayat empat tebusan Israel
Sebagai pertukaran, Israel akan membebaskan lebih daripada 600 tahanan Palestin.

PRK DUN Ayer Kuning: Calon tempatan lebih baik - MIC
Bagaimanapun, katanya, terserah kepada UMNO untuk buat pilihan dan MIC akan bekerja keras menarik sokongan pengundi, khususnya masyarakat India.

Indonesia lancar kempen kutipan AS$200 juta untuk Palestin
Kempen berkenaan akan bermula pada Ramadan, dengan dana yang dikumpul diperuntukkan untuk bantuan kemanusiaan dan usaha pembinaan semula di Gaza.

EPL: Berkelakuan biadap terhadap pengadil, FA gantung Arne Slot dua perlawanan
Slot dan Hulshoff dihukum selepas dilayangkan kad merah oleh pengadil berikutan keputusan seri 2-2 Reds menentang Everton awal bulan ini.

KBS bakal laksana rakan muda buat golongan OKU
Ia bagi memberi ruang kepada pelajar program berkenaan untuk mencungkil bakat mereka terutama dalam bidang sukan.

Izzah pecah rekod Asia, raih emas kedua di ATC 2025
Dalam perlumbaan final, Izzah mencatatkan masa 1 minit 6.229 saat (1:06.229s), memadam rekod Asia sebelum ini iaitu 1:07.137s.

Hatrik Mintah julang Kuching City, Kedah tumbang di Paroi
Mintah tenang menanduk masuk bola hantaran Tchetche Kipre yang terlebih dahulu terkena palang seawal minit ketiga.

Jepun kongsi teknologi pesawat canggih, kukuh kerjasama maritim dengan Malaysia
Pesawat Gulf V akan memainkan peranan penting dalam pengawasan maritim di perairan Asia Tenggara, termasuk perairan Malaysia.

Peningkatan hasil dan ladang perlu untuk tingkat pengeluaran minyak sawit - Mielke
Minyak sawit masih merupakan peneraju harga dan minyak sayuran yang paling dominan dengan jumlah eksport mencecah 55.4 juta tan.

Eksplorasi menyusuri Sungai Merbok beroperasi kembali - MPSPK
Dua bot yang diberi nama Mahawangsa I dan Mahawangsa II telah memulakan operasi sejak awal bulan ini.