RAMAI di antara kita melakukan senaman setiap hari. Jika tidak waktu pagi, kebiasaannya waktu petang atau malam pasti menjadi pilihan untuk bersenam sebaik mungkin.
Seperti biasa melakukan senaman akan membuatkan badan berasa lebih segar dan semestinya berpeluh dengan banyak.
Walaupun anda selesai melakukan rutin, namun terdapat beberapa perkara yang anda harus elak apabila selesai bersenam.
Ini kerana jika anda melakukannya ia boleh membuatkan senaman anda hanya sia-sia sahaja.
SAMBUNG BUAT RUTIN BERAT
Tidak tahu mengapa sesetengah orang seakan tidak tahu akan had tubuh badan mereka sendiri.
Sudah habis melakukan rutin normal ingin sambung dengan senaman yang lebih berat.
Tahukah anda melakukan senaman melebihi had kemampuan fizikal hanya boleh mendatangkan kecederaan yang teruk.
ENGGAN MAKAN
Anda sudah kehilangan banyak tenaga dan kalori selepas bersenam.
Jangan disebabkan sudah habis bersenam anda enggan makan kerana kononnya tidak mahu berat badan naik.
Tubuh anda memerlukan tenaga gantian yang baik. Paling penting anda harus minum banyak air sekurang-kurangnya dalam tempoh setengah jam selepas bersenam.
TIDAK 'WARM DOWN'
Sebelum melakukan senaman anda pasti lakukan warm up, bukan?
Begitu juga bila sudah habis melakukan rutin, anda perlu melakukan warm down bagi membantu fizikal melalui proses pemulihan dan aliran darah dengan baik.
Jangan pula selepas lakukan rutin senaman anda terus duduk di atas kerusi sahaja.
TIDAK TUKAR BAJU & MANDI
Pakaian senaman direka khas untuk membuatkan badan berpeluh dengan baik; ia juga boleh menyerap peluh dengan baik.
Namun pakaian senaman juga menyimpan banyak bakteria yang boleh memberikan kesan tidak baik kepada kulit.
Jadi pastikan anda tidak berlengah dan terus mandi dan tukar pakaian baharu. Bukan sahaja baju malah pakaian dalam, stoking dan juga seluar perlu ditukar.
MAKAN JUNK FOOD
Bagaikan menuang air ke daun keladi. Apa yang diusahakan hanya akan jadi sia-sia jika anda tidak pandai jaga makan.
Junk food dan juga minuman berkarbonat mempunyai kandungan gula yang tinggi.
Sebaliknya pilihlah snek sihat seperti baby carrot atau snek semula jadi. -Maskulin
Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, permotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
Maskulin
Sun Jul 24 2022
Walaupun anda selesai melakukan rutin, namun terdapat beberapa perkara yang anda harus elak apabila selesai bersenam. -Maskulin
Trump berhasrat bertemu Putin dengan "segera"
"Dari apa yang saya dengar, Putin ingin bertemu dengan saya. Kami akan bertemu secepat mungkin. Saya akan bertemu segera."
Polis rakam keterangan pelawak berhubung isu jenaka "ham"
Keterangan daripada pelawak berumur 54 tahun itu dirakam Rabu lepas.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [24 Januari 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
Tol percuma musim perayaan: Kerajaan teliti mekanisme terbaik.
80 anak bekas anggota GISB belum dituntut ibu bapa.
Israel mahu jadikan Gaza seperti Dubai.
Tol percuma musim perayaan: Kerajaan teliti mekanisme terbaik.
80 anak bekas anggota GISB belum dituntut ibu bapa.
Israel mahu jadikan Gaza seperti Dubai.
Lelaki maut, motosikal terbakar dalam nahas dengan MPV di Lebuhraya PLUS
Motosikal ditunggang mangsa berusia 47 tahun itu musnah terbakar 90 peratus.
'Tunai janji hapus sistem tol dulu, bukan mansuh tol percuma sempena perayaan'
Kerajaan diminta cari jalan atau inisiatif untuk ringankan beban rakyat yang berdepan situasi kos sara hidup tinggi dan kenaikan harga barang.
Amaran kepada Pemuda Pas, Bersatu
SRBR berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak menghalau mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan.
Pas desak kerajaan kaji semula pelaksanaan semakan cukai eksais bagi OMV
Katanya, pelaksanaan yang dijadual bermula tahun depan itu pastinya memberi kesan besar kepada pengguna dan industri automotif di Malaysia.
Arab Saudi keluar amaran hujan lebat, ribut petir hingga Isnin
Mekah dan Riyadh mungkin menghadapi hujan sederhana hingga lebat, hujan batu dan angin kencang yang membawa debu.
ASEAN dan Peranan Strategik Singapura dalam Perdagangan Global
Timbalan Perdana Menteri Singapura, Gan Kim Yong, menekankan pentingnya ASEAN sebagai blok perdagangan utama dalam ekonomi global. Dalam sesi di World Economic Forum 2025, beliau membincangkan inisiatif strategik Singapura dalam ketersambungan fizikal, digital, dan kelestarian untuk memperkukuh hubungan perdagangan serantau dan global.
Belia kini belia paling berkuasa dalam sejarah - Muhammad Yunus
Pemenang Hadiah Nobel dan penasihat kerajaan sementara Bangladesh, Profesor Muhammad Yunus, menyifatkan generasi muda kini sebagai generasi paling berkuasa dalam sejarah manusia. Beliau menyeru dunia untuk mengambil iktibar daripada keberanian anak muda Bangladesh yang mengubah landskap politik negara pada Ogos 2024.
Elak lakukan ini jika berpeluh selepas bersenam
Walaupun anda selesai melakukan rutin, namun terdapat beberapa perkara yang anda harus elak apabila selesai bersenam.