KUALA LUMPUR: Bekas atlet trek dan padang legenda Amerika Syarikat Jacqueline Joyner-Kersee pernah berkata: "Umur bukan penghalang, tetapi batasan yang anda fikirkan."
Kata-kata pemenang pingat emas Olimpik tiga kali itu, terpahat kukuh dalam fikiran pendaki gunung Malaysia N. Elanghovan, 64, atau lebih dikenali sebagai Elango, yang bertekad mahu menakluk Gunung Everest dalam tempoh dua bulan.
Sekiranya misi itu berjaya, beliau antara rakyat Malaysia tertua yang berjaya menawan puncak tertinggi dunia itu.
Setakat ini hanya kira-kira dua dozen rakyat Malaysia berjaya mendaki Everest, yang mempunyai ketinggian 8,849 meter.
"Umur bukan faktor. Ia adalah minda yang perlu kita takluki. Kita perlu mempunyai fikiran yang positif untuk mencapai matlamat kita, tidak kira sama ada ia kecil atau besar. Saya percaya saya boleh realisasikan impian sepanjang hayat saya," kata Elango kepada Bernama.
Dilahir dan dibesarkan di Cameron Highlands, yang telah biasa menelusuri teres berbukit dan hutan sejak muda dan cintanya kepada alam semula jadi sudah menjadi ibarat darah daging dalam diri beliau.
"Kami biasa keluar potong kayu, meredah hutan dan gunung di Cameron Highlands, jadi saya sudah biasa mendaki dan aktiviti berkaitan. Hutan adalah seperti rumah kedua bagi saya dan saya sentiasa menghormati setiap bukit dan gunung yang saya daki, tidak kira kecil atau besar.
"Berasal dari Cameron Highlands, komuniti luar bandar, saya tidak dapat capai banyak perkara semasa saya muda. Tetapi selepas menempuh kehidupan pada usia ini, saya mahu mencapai perkara yang lebih besar," kata bekas pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang memutuskan untuk bersara awal, tujuh tahun lalu bagi menumpukan aktiviti pendakian.
Elango ialah ahli 'Keluarga Malaysia-Everest Expedition 2022' diketuai pendaki Everest dua kali, T. Ravichandran, 57. Ia turut disertai Oisin Jangin Bagly, 25, dari Sarawak dan warga Sabah, Adelinah Lintanga, 35. Mereka akan berlepas ke Kathmandu, Nepal, pada 25 Mac sebelum meneruskan destinasi ke Lukla, beberapa hari kemudian.
Elango berkata pasukan itu dijangka tiba di Everest Base Camp (EBC) pada awal April, selepas mendaki sembilan hari dari Lukla, untuk menjalani latihan teknikal dan penyesuaian di kawasan tinggi serta keadaan cuaca yang melampau, sebelum cuba menakluk puncak tertinggi dunia itu pada Mei.
Bagi mempersiapkan dirinya untuk ekspedisi itu, Elango telah berjaya menawan puncak Island Peak (6,189m), Everest Base Camp (5,360m), Annapurna Base Camp (4,130m) dan Gunung Kalapathar (5,643m), semuanya di Nepal, serta Gunung Kilimanjaro (5,895m) di Tanzania - puncak tertinggi di benua Afrika dan Gunung Fuji (3,776m) di Jepun.
Ravichandran yang lebih dikenali sebagai Ravi Everest, selepas berjaya menawan gunung tertinggi dunia itu dari South Face yang popular di Nepal dan North Face di Tibet, percaya dengan kemampuan Elango.
"Saya percaya keupayaan Elanghovan untuk mencapai impiannya berdasarkan prestasinya semasa pendakian dan latihan bersama sebelum ini. Dia telah menunjukkan prestasi yang sangat baik semasa latihan, dengan kematangan, kesediaan dan ketenangannya. Saya fikir dia akan melakukan lebih baik daripada apa yang kami semua lakukan pada perjalanan pertama kami.
"Saya berharap kumpulan rakyat Malaysia akan berdiri di puncak bersama-sama dan kembali ke tanah air dengan selamat. Apabila kembali, saya berharap kami akan dapat meluangkan enam bulan masa kami untuk masyarakat, memberi inspirasi kepada orang kurang upaya untuk mencapai tahap yang lebih tinggi seperti yang telah kami janjikan," katanya.
Elango telah merancang untuk menawan Everest pada tahun 2020 selepas membuat persiapan dari segi fizikal dan mental tetapi penularan pandemik COVID-19, dia terpaksa menunggu dengan sabar selama dua tahun untuk merealisasikan impiannya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 19 2022
"Umur bukan faktor. Ia adalah minda yang perlu kita takluki. Kita perlu mempunyai fikiran yang positif untuk mencapai matlamat kita, tidak kira sama ada ia kecil atau besar." - Bernama
Eksklusif! Joe Hart bakal tiba di Malaysia
Joe Hart bakal ke Malaysia dan secara eksklusif akan dibawakan menerusi Nadi Arena Jumaat ini.
CPTPP saluran kritikal kembang pelaburan, perdagangan antara Malaysia, UK - PM Anwar
Anwar berkata ini dapat dilaksanakan susulan daripada langkah kedua-dua negara menyertai perjanjian tersebut.
Malaysia perkasa syarikat pemula, pacu penyelesaian inovatif - Chang
Malaysia akan berusaha memperkasakan syarikat pemula dengan memudahkan kerjasama dan menggalakkan penyelesaian inovatif yang lebih komersial.
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Elanghovan dapat pengiktirafan Malaysia Book of Records rakyat Malaysia tertua daki Everest
Pendaki gunung, N. Elanghovan, menerima Anugerah Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai rakyat Malaysia tertua mendaki puncak Gunung Everest.
Elanghovan rakyat Malaysia tertua takluk Everest
Elango mengemukakan permohonan agar pencapaiannya itu tercatat dalam Buku Rekod Malaysia.
Elango, 64, teruja takluk Everest!
Sekiranya misi itu berjaya, beliau antara rakyat Malaysia tertua yang berjaya menawan puncak tertinggi dunia itu.