PENTADBIRAN Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat (FDA) akhirnya memberi kebenaran kepada Philip Morris International Inc untuk memasarkan iQOS sebagai produk tembakau yang kurang risiko kepada perokok.
Keputusan yang dikeluarkan pada Selasa lalu itu dibuat selepas ada bukti menunjukkan produk tembakau yang dipanaskan menghasilkan kurang bahan kimia berbanding rokok konvensional.
FDA dalam laman webnya bagaimanapun memaklumkan kebenaran penjualan yang diberi adalah di bawah kategori produk tembakau risiko yang diubah suai (MRTP).
Kebenaran ini memerlukan Philip Morris menjalankan pemantauan pasca pemasaran bagi memastikan pematuhan MRTP termasuk potensi peningkatan penggunaan dalam kalangan remaja.
''Sasaran FDA adalah untuk memastikan maklumat yang sampai kepada pengguna ialah risikonya hanya sedikit rendah berbanding penggunaan produk tembakau yang dibakar berdasarkan bukti saintifik.
''Berdasarkan data saintifik yang dihantar syarikat berkenaan, penjualan produk ini dengan maklumat yang dibenarkan mampu membantu perokok dewasa beralih kepada sesuatu yang lebih berisiko rendah jika mereka beralih sepenuhnya daripada rokok yang dibakar,'' kata Pengarah Pusat Produk Tembakau FDA, Mitch Zeller.
Tambah Zeller, FDA bagaimanapun akan terus memantau penggunaan iQOS bagi memastikan ia tidak menarik pengguna baharu dalam kalangan remaja.
Menurutnya, pengguna juga perlu sedar bahawa produk berkenaan tidak selamat dan sesiapa yang belum menggunakan sebarang produk tembakau diingatkan agar tidak sama sekali mencubanya.
Kenyataan yang dibuat oleh FDA itu juga bukan bermaksud produk ini mendapat kelulusan badan itu atau selamat digunakan tanpa sebarang risiko.
Selain itu, Philip Morris juga perlu memohon kebenaran penjualan setiap empat tahun dan kebenaran itu boleh ditarik pada bila-bila masa jika FDA merasakan produk berkenaan memberikan lebih banyak kesan buruk terutama jika wujud pengggunaan dalam kalangan remaja.
Sementara itu, Pengarah Urusan Philip Morris Malaysia, Naeem Shahab Khan berkata syarikat itu menyambut baik keputusan FDA untuk membenarkan iQOS dijual di Amerika Syarikat (AS) sebagai MRTP.
"Ini menunjukkan IQOS adalah sangat berbeza berbanding rokok.
"Ia juga menunjukkan bukan semua produk mengandungi tembakau dan nikotin adalah sama," kata Naeem.
Tambahnya, walaupun berhenti merokok adalah pilihan yang paling baik, namun tidak ramai yang memilihnya.
Sehubungan itu, katanya, pengguna di Malaysia layak mendapat maklumat yang tepat bagi membantu mereka membuat keputusan yang lebih baik berbanding terus merokok.
Astro Awani
Fri Jul 10 2020

FDA akan terus memantau penggunaan iQOS (gambar) bagi memastikan ia tidak menarik pengguna baharu dalam kalangan remaja. -AP

Remaja lelaki lemas selepas terjatuh ketika memancing di Port Dickson
Mayat mangsa ditemukan pada 12.28 tengah malam di permukaan pantai sektor C dalam jarak 50 meter dari tempat mangsa terjatuh.

Pemandu maut, treler terbalik dalam longkang di Jalan Gerik - Kupang
Seorang lelaki meninggal dunia selepas treler muatan kayu lapis terpakai yang dipandunya terbabas lalu terbalik ke dalam longkang.

USS Carl Vinson tiba di Korea Selatan, tunjukkan komitmen AS terhadap sekutunya
USS Carl Vinson diiringi kapal penjelajah peluru berpandu USS Princeton dan kapal pemusnah berkeupayaan Aegis, USS Sterett.

Strategi bantu OKU dapat akses pekerjaan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Strategi untuk membantu OKU mendapatkan akses kepada pekerjaan yang sewajarnya dijangka menjadi tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Warga emas meninggal dunia di bazar Ramadan
Berusia 75 tahun, Zainon Said mempunyai sejarah penyakit kronik, iaitu kencing manis, darah dan kolesterol tinggi.

Skandal pernikahan, poligami dan perceraian Raja Zulu…
Masalah perkahwinan Raja Zulu nampaknya berpunca daripada kegagalannya mematuhi tradisi sepenuhnya.

Israel harus dipaksa bayar kos pembinaan semula Gaza - Putera Turki Al-Faisal
"Kita tidak boleh menerima keadaan setiap kali kita bina semula Gaza atau Tebing Barat, Israel datang dan merobohkan apa yang telah dibina semula."

‘Pergaduhan’ dengan Trump tidak halang Ukraine untuk ‘sedia’ tandatangani perjanjian mineral dengan AS - Zelenskyy
Zelenskyy masih mahu mengadakan "dialog konstruktif" dengan AS walaupun pertemuannya dengan Presiden Trump berlangsung tegang.
DBKU beri kelonggaran kepada peniaga gerai tepi jalan sepanjang Ramadan
Peniaga gerai di kampung atau tepi jalan diberikan kelonggaran untuk beroperasi di kawasan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).
Warga emas maut motosikal terlibat kemalangan di Jambatan Pulau Pinang
Seorang penunggang motosikal warga emas maut selepas terlibat kemalangan di kilometer 8, Jambatan Pulau Pinang, menghala Perai pada Ahad

Sos dari AS ditahan di sempadan kerana mengandungi racun perosak - FDA Taiwan
Sebanyak 1,332kg sos Lea and Perrins yang diimport oleh Taiwan Hsin Lin Enterprise Co yang berpangkalan di Taipei, dikembalikan atau dimusnahkan di sempadan.

FDA lulus Apple Airpods Pro 2 sebagai alat bantu dengar
Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS) meluluskan perisian yang membolehkan versi terkini fon telinga Apple AirPods Pro bertindak sebagai alat bantu dengar.

FDA AS lulus ujian darah baharu bagi saringan kanser kolon
Syarikat itu merancang untuk melancarkan produk ini dalam masa terdekat.

FDA AS lulus ubat oral pertama Zurzuvae rawat kemurungan selepas bersalin
Ubat zuranolone, yang akan dijual di bawah jenama Zurzuvae, adalah rawatan oral pertama yang diluluskan oleh FDA yang dihasilkan untuk menangani kemurungan selepas bersalin.

FDA AS lulus ubat Leqembi untuk rawat Alzheimer
Leqembi berfungsi dengan mengurangkan amyloid plaques yang terbentuk di dalam otak, menurut FDA.

Taiwan rampas serbuk protein mengandungi bahan pengawet terlarang
Produk serbuk protein dadih susu yang diimport dari United Kingdom (UK) yang dirampas di sempadan Taiwan baru-baru ini, didapati mengandungi bahan pengawet yang dilarang

Vaksin COVID-19: FDA cadang pemberian tahunan
Pemberian vaksin tersebut disifatkan seperti pemberian suntikan vaksin influenza bertujuan untuk memudahkan strategi COVID-19.

Thailand tidak import produk ais krim Haagen-Dazs mengandungi bahan tercemar
Weerachai Nolwachai berkata, pemeriksaan mendapati Thailand tidak mengimport sebarang produk itu, setakat ini.

Vaksin COVID-19: FDA mahu dos penggalak sasar subvarian BA.4, BA.5 Omicron
Jika diluluskan, ia menandakan perubahan besar pertama vaksin COVID-19.

COVID-19: Pil Paxlovid mampu kurangkan kemasukan ke hospital
Terdapat bukti saintifik Paxlovid mampu mengurangkan risiko kemasukan ke hospital dan kematian pesakit COVID-19 ringan hingga sederhana.