Demi memperjuangkan nasib pengamal media tempatan, seorang wartawan dan juga editor sanggup 'mengambil risiko' untuk berdepan dengan seorang petarung profesional dalam satu acara amal.
Pengasas bersama dan editor Twentytwo13, Haresh Deol, 37, tekad untuk melangkah masuk ke dalam gelanggang seni bela diri campuran (MMA) dan bertarung dengan Shareh Nasrullah di Fight For Change 2019.
Acara yang dianjurkan oleh Twentytwo13 dan Persatuan MMA Malaysia (MASMMAA) itu bakal diadakan pada 23 November ini (Sabtu) di Petaling Jaya, Selangor.
Menurut pengarang urusan Twentytwo13, Pearl Lee, objektif mereka adalah untuk memperjuangkan kebajikan wartawan-wartawan di Malaysia dengan mengadakan kutipan dana menerusi penjualan tiket dan tajaan.
"Kami ingin memperjuangkan kebajikan wartawan-wartawan Malaysia. Seperti diketahui ada rakan-rakan seperjuangan yang berkhidmat bersama organisasi yang berdepan dengan masalah kewangan dan ada juga yang telah kehilangan pekerjaan.
"Bukan sahaja melalui hasil jualan tiket tetapi kami juga sedang berusaha untuk menjanakan wang melalui tajaan badan korporat dan individu bagi tujuan program akar umbi MASMMAA dan Journalist Welfare Fund di bawah National Press Club," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Selain isu media, acara 'Fight For Change 2019' turut bertujuan memperjuangkan sukan MMA terutama sekali di peringkat akar umbi dan mengubah persepsi orang ramai terhadap sukan tersebut, dengan harapan ia akan diperkenalkan di peringkat sekolah seperti taekwondo, karate dan silat.
"Kami ingin mengubah persepsi orang ramai tentang sukan MMA kerana seperti sukan-sukan seni mempertahankan diri yang lain, sukan MMA mempunyai peraturan yang amat ketat bagi kategori umur 21 tahun ke bawah," katanya lagi.
Mengulas mengenai pertarungan yang bakal berlangsung dalam acara tersebut, Pearl berkata ini merupakan pertarungan pertama Haresh di mana dia akan berlawan dengan seorang yang 10 tahun lebih muda daripadanya.
Selain itu, lawannya, Shareh juga merupakan seorang jurulatih Muay Thai dan petarung profesional yang berpengalaman.
Bagaimanapun, menurut Pearl, Haresh memandang serius perlawanan ini dan telah mula berlatih keras sejak awal tahun lagi.
Ditanya tentang bagaimana tercetusnya idea untuk mengadakan acara ini, Pearl berkata ia bermula apabila Haresh memberitahu Shareh tentang niatnya untuk menganjurkan satu kejohanan amal, samada MMA atau Muay Thai, secara kecil-kecilan.
Namun, katanya apabila Haresh memaklumkan hasratnya itu kepada rakan-rakan sekerjanya di Twentytwo13, mereka berkeputusan untuk mengadakan acara itu secara besar-besaran dengan mendapatkan sokongan dari MASMMAA dan National Press Club of Malaysia (NPC).
Untuk rekod, Haresh merupakan timbalan presiden NPC.
"Niat untuk menganjurkan ‘Fight for Change’ juga seiring dengan misi Twentytwo13 untuk menganjurkan aktiviti sukan.
"Tahun lepas, kami menganjurkan ‘Sila Lari, Jangan Duduk 5km Fun Run’ di Padang Merbok, Kuala Lumpur bersama Persatuan Olahraga Amatur Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (FTAAA) dan tahun ini kami ingin mencuba sukan yang baru," tambahnya.
Bagi yang ingin memberi sumbangan serta menghadiri acara tersebut, tiket untuk acara amal 'Fight For Change 2019' berharga RM50 boleh diperoleh dengan menghantar email kepada [email protected].
Haider Yutim
Wed Nov 13 2019
Haresh memandang serius perlawanan ini dan telah mula berlatih keras sejak awal tahun lagi. - Foto Instagram/Haresh Deol
Tiga pekerja restoran pengsan terhidu gas bocor
Tiga pekerja sebuah restoran dikejarkan ke hospital selepas pengsan terhidu gas bocor di premis berkenaan di sini hari ini.
"Tertanya-tanya, perlu faham kenapa Malaysia ranking ke-132 dunia" - Friend
CEO Harimau Malaya, Rob Friend, sedia membantu dan berkongsi falsafah serta ilmu pengetahuannya supaya dapat mengangkat bola sepak negara ke persada tertinggi dunia.
AWANI Ringkas: Hubungan perdagangan Malaysia-UK
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
IOC tangani isu pingat lusuh, pemenang Olimpik Paris terima ganti
IOC telah menjawab kepada permasalahan yang melibatkan pemulangan semula lebih daripada 100 pingat Sukan Olimpik Paris 2024, baru-baru ini.
Peniaga mengeluh kedai tidak dikunjungi kerana hakisan
Empat sekeluarga berdepan detik ngeri selepas syurga tempat mereka berteduh dari hujan dan panas lebih 30 tahun tewas dipukul ombak besar.
Hos AI Google NotebookLM diajar untuk tidak benci manusia
Google perlu melatih hos AI dengan "friendliness tuning" yang sesuai untuk menjadi lebih mesra seakan kawan.
Pantau Belanjawan: Sistem penjagaan kesihatan: Pesakit semakin 'sakit'
Peningkatan kos penjagaan kesihatan Malaysia yang lebih tinggi daripada purata dunia memerlukan tindakan segera. Dalam segmen ini, kita akan berbincang mengenai bagaimana kerjasama antara kerajaan, sektor swasta, dan masyarakat boleh memastikan sistem kesihatan yang adil dan berdaya saing bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Angsana Health, Dr Khor Swee Kheng.
Pelakon Bollywood Saif Ali Khan cedera ditikam penceroboh di kediamannya
Dia mengalami luka tikaman yang serius, termasuk satu yang hampir mengenai tulang belakangnya.
Penglihatan murid: Kaca mata percuma bantu ketajaman penglihatan pelajar
Bagi menangani masalah tersebut, KKM bekerjasama bersama badan terlibat untuk melaksanakan projek rintis pengesahan masalah ketajaman penglihatan dan pemberian kaca mata percuma.
Ribut petir, hujan lebat di 4 negeri hingga tengah hari
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga 12 tengah hari Khamis.
31 maut insiden rempuhan di gereja
Antara yang maut termasuk seorang wanita yang sedang hamil serta beberapa kanak-kanak, kata jurucakap polis.
Fight For Change: Satu perjuangan untuk sukan MMA, pengamal media
Demi memperjuangkan nasib media tempatan, seorang wartawan dan juga editor sanggup 'mengambil risiko' bertarung dengan atlet MMA profesional.