Mereka cukup hebat dalam lapangan politik. Reputasi dan kredibiliti masing-masing juga telah terbukti.
Tetapi bagaimana agaknya apabila mereka menyumbangkan suara dalam lagu?
Tentunya ia sesuatu yang berbeza daripada profil kebiasaan mereka. Namun, percubaan mereka tidak mengecewakan.
Seramai 12 ahli politik, termasuk yang bergelar Yang Berhormat, dijemput untuk menyertai projek istimewa kendalian Astro AWANI, sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-61.
Pelbagai gaya dapat dilihat, ada yang gementar, ada yang yakin, malah ada juga yang ragu-ragu pada mulanya.
Namun, misi projek khas ini bukanlah untuk mencari pemilik suara paling merdu, sebaliknya gabungan suara yang melambangkan semangat cintakan negara menerusi lagu berstatus legenda, Setia.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Shefura Othman, yang merupakan antara yang paling awal merakamkan suara, mengakui Setia sebuah lagu yang ringkas seni katanya, namun mempunyai nilai patriotisma yang tinggi.
"Paling mengesankan adalah frasa 'khidmat diberi penuh taat'. Ia merujuk bukan sahaja kepada kami sebagai wakil rakyat tetapi ia membawa maksud lebih mendalam iaitu bakti rakyat kepada negara," katanya.
BACA: Mahfuz Omar 'saingan' Jamal Abdillah?
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dira Abu Zahar pula, mengimbas kembali zaman kanak-kanaknya sewaktu kali pertama mendengar lagu ini.
"Seingat saya, saya masih di sekolah rendah ketika itu. Lagu ini akan dipasang setiap kali sebelum siaran berita waktu perdana.
"Waktu itu, saya hanya tahu hafal liriknya sahaja kerana masih kecil. Tetapi lirik itu mula memberi makna tersendiri apabila saya semakin dewasa, terutama sekali selepas terbabit dalam politik," cerita Dira.
Lagu Setia, nyanyian asal Francissca Peter, dicipta oleh Datuk Ahmad Dasilah dan Allahyarham Tan Sri Mohamed Rahmat, digubah semula oleh Dania Zainuddin, wartawan Astro AWANI yang berkelulusan muzik dari Berklee College of Music, Amerika Syarikat.
"Cabaran utama kerana saya perlu menggubah lagu yang sememangnya sangat bagus dan popular. Kerana itu, saya memilih untuk tidak menukar essence lagu itu kerana itulah keistimewaannya," kata Dania.
Video penuh Setia versi 2018 ini boleh disaksikan di laman web Astro AWANI bermula 15 Ogos 2018.
Madiha Abdullah
Sat Aug 18 2018

Lagu Setia kini dinyanyikan semula oleh barisan ahli politik, termasuk muka baru dan lama daripada pelbagai parti.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Lagu patriotik perlu ada elemen 'majestic'- Datuk Ahmad Dassilah
Apa yang menjadikan sesebuah lagu menarik untuk didengar bukan saja kerana komposisinya, tetapi juga penjiwaan orang yang menyanyikannya.

Gabungan suara YB dalam 'Setia'
12 ahli politik termasuk yang bergelar Yang Berhormat bergabung rakam suara untuk Projek Merdeka Astro AWANI.