Berdepan penyakit kanser!
Itu akibat daripada tindakan segelintir individu yang mahu kelihatan menawan atau memiliki bentuk badan yang cantik tanpa memikirkan risiko yang bakal menimpa mereka gara-gara menyuntik silikon pada bahagian badan.
Menurut doktor perubatan estetik, Dr Aidil Azry Mokhtar, mangsa akan mengalami keradangan yang teruk di bahagian yang disuntik akibat penggunaan silikon yang berbahaya.
“Sebenarnya ia tidak boleh diletakkan di mana-mana bahagian badan tetapi apa yang berlaku khasnya di negara kita sendiri, mangsa-mangsa mendapatkan suntikan silikon daripada pusat-pusat kecantikan yang tidak bertauliah.
“Sebagai doktor, kami tidak menggunakan filler jenis silikon kerana ia berbahaya, dan kebiasaannya menggunakan jenis Hyaluronic Acid kerana ia lebih selamat dan 100 peratus (%) sama dengan bahan yang ada di dalam badan manusia,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI, pada Isnin.
Jelasnya, suntikan silikon akan kekal dan “melekat” pada tisu badan walaupun mangsa telah menjalani pembedahan membuang silikon.
Menurut beliau, antara silikon yang kerap disuntik adalah jenis adhesive rubber yang dihasilkan daripada unsur yang diambil daripada batu dan pasir serta digunakan dalam industri seperti automotif dan pembinaan.
“Jadi apabila silikon itu melekat (pada bahagian badan), ia akan menyebabkan ‘body deformity’ iaitu kecacatan badan yang teruk di kawasan yang disuntik.
“Kalau ia disuntik di bahagian muka, biasanya kita akan lihat kawasan disuntik itu menjadi berketul-ketul, begitu juga dengan suntikan di kawasan punggung,” ujarnya lagi.
Dr Aidil Azry juga tidak menolak kemungkinan ramai terpengaruh melakukan rawatan filler silikon dengan pakar kecantikan kerana harga yang ditawarkan jauh lebih murah.
“Saya diberitahu oleh mangsa, silikon boleh diperolehi pada harga antara RM150 hingga RM200 untuk suntikan silikon pada bahagian bibir.
“Berbanding Hyaluronic Acid ia boleh mencecah sehingga RM1,000 hingga RM2,000 tetapi bahannya lebih selamat dan berkualiti,” katanya.
Justeru itu, Dr Aidil Azry menasihati individu yang berhasrat untuk membuang suntikan silikon supaya mendapatkan rawatan daripada doktor pakar yang bertauliah bagi mengelakkan kemudaratan kepada kesihatan.
“Cari doktor pakar bedah plastik yang bertauliah, yang mempunyai banyak pengalaman menguruskan kes-kes seperti ini dan keluarkan (silikon) sebanyak mungkin dari badan. Kedua, rawat balik kawasan yang disuntik yang mana tisu-tisu dikeluarkan harus diganti semula,” ujarnya.
Hasimi Muhamad
Mon Sep 02 2019

Menurut Dr Aidil Azry, suntikan silikon akan kekal dan melekat pada tisu badan walaupun mangsa telah menjalani pembedahan membuang silikon.
#AWANIByte: HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet terbaharu dengan prestasi PC
Huawei melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci yang dilengkapi HUAWEI M-Pencil (Gen 3) powered by NearLink, ia menyokong 16,384 tahap kepekaan tekanan untuk ketepatan lukisan dan penulisan yang lebih semula jadi. HUAWEI Smart Magnetic Keyboard pula membolehkan mod Split Form, Laptop Form, dan Studio Form, sesuai untuk multitasking.
Dengan PC-Level WPS Office dan sistem 3D Heat Dissipation Architecture, tablet ini memberikan prestasi tinggi sambil mengekalkan suhu optimum. Bateri 10,100mAh dengan HUAWEI SuperCharge Turbo 100W membolehkan pengecasan 80% dalam 40 minit dan 100% dalam 65 minit.
Tablet flagship ini juga dilengkapi dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman visual yang lebih bagus.
Pra-pesan kini pada harga RM4,999 dan nikmati hadiah percuma bernilai sehingga RM2,744!
Dengan PC-Level WPS Office dan sistem 3D Heat Dissipation Architecture, tablet ini memberikan prestasi tinggi sambil mengekalkan suhu optimum. Bateri 10,100mAh dengan HUAWEI SuperCharge Turbo 100W membolehkan pengecasan 80% dalam 40 minit dan 100% dalam 65 minit.
Tablet flagship ini juga dilengkapi dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman visual yang lebih bagus.
Pra-pesan kini pada harga RM4,999 dan nikmati hadiah percuma bernilai sehingga RM2,744!

Keputusan ibu bapa Zayn Rayyan batal pertuduhan pada 4 Mac
Mahkamah Tinggi menetapkan 4 Mac untuk keputusan permohonan ibu bapa kepada Zayn Rayyan bagi membatalkan pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autistik itu.
Kerajaan laksana “Project Earth” untuk rombak LTAT dan struktur semula Boustead
Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan syarikat utamaya, Boustead Holdings Bhd, akan distruktur semula di bawah rancangan baharu yang dikenali sebagai ‘Project Earth’.

Petronas nafi ‘buang’ 16,000 pekerja, ‘right-sizing’ dijangka pertengahan tahun ini
Petronas menafikan dakwaan bahawa syarikat minyak dan gas nasional itu akan memberhentikan kira-kira 16,000 pekerja.
Dagangan dua hala Malaysia-Vietnam naik 4.4 peratus kepada AS$18.14 bilion - Duta
Perdagangan Malaysia-Vietnam pada 2024 meningkat 4.4 peratus kepada 18.14 bilion Dolar Amerika (RM83.11 bilion), berbanding 17.38 bilion Dolar Amerika pada 2023, menunjukkan pertumbuhan positif dalam hubungan dagangan ASEAN.
Rusia tawar AS teroka logam nadir bumi
Presiden Rusia, Vladimir Putin, menawarkan peluang kerjasama dengan Amerika Syarikat (AS) dalam meneroka simpanan logam nadir bumi di Rusia serta membekalkan aluminium ke pasaran domestik AS sebagai sebahagian daripada perjanjian ekonomi masa depan.
MITI sasar pertumbuhan pelaburan lulus sebanyak lima peratus
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menyasar pertumbuhan pelaburan diluluskan negara sebanyak lima peratus bagi tahun 2025.
Malaysia perlu menerajui usaha pengeluaran minyak sawit mampan
Malaysia, pengeluar minyak sawit kedua terbesar di dunia, mesti menerajui usaha kemampanan dan mengambil langkah berani untuk menjuarai usaha mengeluarkan minyak sawit yang mampan, terutama ketika dunia semakin memberi tumpuan kepada tanggungjawab alam sekitar.
Perkembangan sidang media prestasi kewangan PETRONAS
Lintas langsung bersama Wartawan Astro AWANI, Hasimi Muhamad bagi memperincikan sidang media pengumuman prestasi kewangan Kumpulan Petronas.
PETRONAS catat keuntungan bersih RM55.1 bilion, turun 32 peratus
Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) mencatatkan keuntungan selepas cukai (PAT) sebanyak RM55.1 bilion, bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024.

Gara-gara nak cantik, tak sedar silikon boleh akibatkan kanser!
Menurut doktor perubatan estetik, Dr Aidil Azry Mokhtar, mangsa akan mengalami keradangan yang teruk di bahagian yang disuntik.