Sumber Facebook astroawani
Untuk itu, peranan golongan muda atau belia tidak boleh dinafikan, kerana mereka mempunyai tanggungjawab besar mewarisi negara dan kempimpinannya pada masa depan.
Sempena Hari Belia Antarabangsa, hari ini, sebagai pemimpin masa depan, rata-rata belia mahu peranan mereka dalam mencorakkan hala tuju negara dibuka lebih luas
Hasrat itu jelas disuarakan menerusi tinjauan Astro AWANI yang mendapati rata-rata warga belia mahu kerajaan hari ini melakukan perubahan demi masa depan mereka.
Jelas Heroll Keroll, para pemimpin sedia ada yang dikategorikan sebagai warga emas wajar berundur dan memberi ruang serta peluang kepada belia melakukan perubahan pada negara.
![Peluang kepada golongan belia untuk memimpin wajar diberikan](https://img.astroawani.com/2021-08/81628755902_freesize.jpg)
Kata Rahim Hamid, peranan pemimpin berusia tidak dilupakan sebaliknya mereka boleh berada di belakang pemimpin muda sebagai penasihat.
![Golongan belia perlu dilantik sebagai pemimpin negara](https://img.astroawani.com/2021-08/51628755853_freesize.jpg)
Cadangan itu turut disokong seorang pengguna Facebook yang mempersoalkan kenapa Malaysia kelihatan bimbang untuk melantik Perdana Menteri muda.
![Tidak salah untuk Malaysia mempunyai pemimpin negara yang muda](https://img.astroawani.com/2021-08/71628755886_freesize.jpg)
Menurut Azizul Hakim pula, ruang untuk bersuara secara terbuka tanpa diperlekehkan wajar diberikan kepada golongan belia.
![Usia bukan halangan untuk memimpin kerana ia sekadar angka](https://img.astroawani.com/2021-08/61628755867_freesize.jpg)
Sementara itu, seorang pengguna YouTube meminta supaya nilai-nilai murni dipupuk dalam kalangan generasi muda hari ini terutama dalam aspek kawalan emosi.
![Generasi muda hari ini wajar diterapkan dengan nilai-nilai murni agar menjadi dewasa yang positif](https://img.astroawani.com/2021-08/71628755839_freesize.jpg)
Kata Safiyya pula, politik tanah air hanya boleh stabil apabila semua pihak menghayati erti kemerdekaan negara.
![Politik tanah air boleh kembali aman apabila semua pihak menghayati perih-jerih pejuang kemerdekaan dahulu](https://img.astroawani.com/2021-08/41628755822_freesize.jpg)
Adakah semua harapan dan hasrat golongan belia ini boleh direalisasikan?