PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan 10 Oktober setiap tahun sebagai Hari Kesihatan Mental Sedunia. Pada tahun ini, tema Hari Kesihatan Mental Sedunia adalah “Sayangi Nyawa Hidupkan Harapan” yang memfokuskan kepada memupuk kesedaran masyarakat tentang kepentingan kesihatan mental dan mencegah tingkah laku bunuh diri.
Secara global, WHO melaporkan bahawa bunuh diri adalah di antara 10 penyebab utama kematian di dunia, dan penyebab kedua kematian bagi mereka yang berumur 15 hingga 29 tahun. Bagi setiap nyawa yang terkorban, dianggarkan 20 orang ahli keluarga atau rakan-rakan akan mengalami impak secara emosi, sosial dan ekonomi. Secara purata, satu (1) kematian berlaku setiap 40 saat menjadikan hampir 800,000 orang mati setiap tahun akibat bunuh diri.
Di Malaysia, Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan mendapati tingkahlaku bunuh diri dalam kalangan remaja berumur antara 13 dan 17 tahun menunjukkan peningkatan tren iaitu prevalen idea bunuh diri adalah 10% pada tahun 2017 berbanding 7.9% pada tahun 2012. Kajian yang sama juga mendapati prevalen kemurungan adalah 18.3% di mana 1 daripada 5 remaja mengalami gejala kemurungan, 2 daripada 5 mengalami keresahan dan 1 daripada 10 mengalami stres.
Kebanyakan individu yang terlibat dalam cubaan bunuh diri dan kematian akibat bunuh diri mempunyai beberapa faktor risiko yang mendorong perbuatan tersebut iaitu antaranya mempunyai sejarah cubaan bunuh diri, mengalami kemurungan dan penyakit mental, penyalahgunaan alkohol dan substans, mempunyai sejarah keluarga bunuh diri, sejarah penyakit kronik dan sering kesunyian atau berasa keseorangan.
Mencegah tingkahlaku bunuh diri adalah tanggungjawab bersama. Kita semua boleh belajar mengenali tanda-tanda amaran bunuh diri dan mengambilnya dengan serius. Antara tanda-tanda amaran awal termasuklah apabila orang yang kita kenali itu:
• mula mengasingkan diri, menarik diri daripada rakan atau keluarga, tidak lagi mengambil bahagian dalam perkara atau aktiviti kegemaran mereka (tanda-tanda kemurungan);
• perubahan ketara dalam tabiat makan atau tidur;
• bercakap mengenai bunuh diri atau kematian secara umum serta memuat naik mesej-mesej di luar kebiasaan di media sosial (seperti: ‘selamat tinggal’);
• menyatakan rasa putus asa atau rasa bersalah; dan
• memberikan barangan kepada orang lain atau menulis nota yang luar biasa panjang.
Sama ada orang yang kita kenali itu adalah kawan, ahli keluarga atau rakan netizen dalam rangkaian sosial anda, sebagai ahli masyarakat, kita berada dalam kedudukan untuk memberikan harapan dan menyelamatkan nyawa dengan cara-cara berikut:
• ambil serius tentang masalah mereka;
• ambil masa untuk mendengar keluhan mereka; dan
• ambil berat dan berikan sokongan sosial kepada mereka.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menyediakan perkhidmatan kesihatan mental di peringkat kesihatan primer, di mana sebanyak 1,001 klinik kesihatan dan lebih 200 orang Pakar Perubatan Keluarga memberikan perkhidmatan promosi, saringan dan intervensi kesihatan mental. Selain itu, empat (4) buah institusi mental, 60 hospital kerajaan dan 25 buah Pusat Kesihatan Mental Masyarakat (MENTARI) di seluruh Malaysia turut menawarkan perkhidmatan psikiatri, kaunseling dan psikoterapi kepada individu yang mengalami kemurungan serta pengurusan kes berkaitan tingkah laku bunuh diri. Terdapat juga Pertubuhan Bukan Kerajaan seperti The Befrienders, Malaysian Mental Health Association (MMHA) dan Mental Illness Awareness Support Association (MIASA) yang turut menawarkan perkhidmatan sokongan kepada individu yang mengalami masalah emosi, kemurungan, dan keinginan untuk membunuh diri.
KKM juga ingin menyeru pihak media agar dapat bersama-sama memastikan pelaporan fakta-fakta tepat tentang kesihatan dan penyakit mental, serta mengikut garispanduan media tentang pelaporan bunuh diri. Stigma terhadap kesihatan mental dan penyakit mental harus dihapuskan. Masyarakat harus tidak menghukum dan lebih terbuka membicarakan isu kesihatan mental seperti kemurungan dan tidak menganggapnya sebagai kes-kes terpencil. Keseriusan sesetengah kes, terutama yang melibatkan kehilangan nyawa seharusnya memberi isyarat yang jelas untuk semua pihak bertindak. Marilah kita semua menjadi sebahagian daripada yang membantu mereka yang memerlukan untuk memilih kehidupan, kerana ada harapan dan bantuan yang tersedia. Bersama kita mencegah bunuh diri.
Kenyataan Media
Thu Oct 10 2019
Sama ada individu yang terlibat dalam cubaan bunuh diri itu adalah kawan, ahli keluarga atau rakan netizen anda, sebagai ahli masyarakat, kita berada dalam kedudukan untuk memberikan harapan dan menyelamatkan nyawa. - Gambar hiasan
Pantau Belanjawan: Sistem penjagaan kesihatan: Pesakit semakin 'sakit'
Peningkatan kos penjagaan kesihatan Malaysia yang lebih tinggi daripada purata dunia memerlukan tindakan segera. Dalam segmen ini, kita akan berbincang mengenai bagaimana kerjasama antara kerajaan, sektor swasta, dan masyarakat boleh memastikan sistem kesihatan yang adil dan berdaya saing bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Angsana Health, Dr Khor Swee Kheng.
Pelakon Bollywood Saif Ali Khan cedera ditikam penceroboh di kediamannya
Pelakon Bollywood Saif Ali Khan ditikam dalam rompakan di kediamannya
Penglihatan murid: Kaca mata percuma bantu ketajaman penglihatan pelajar
Bagi menangani masalah tersebut, KKM bekerjasama bersama badan terlibat untuk melaksanakan projek rintis pengesahan masalah ketajaman penglihatan dan pemberian kaca mata percuma.
Ribut petir, hujan lebat di 4 negeri hingga tengah hari
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga 12 tengah hari Khamis.
Cip AI: Keperluan alternatif selain AS, China untuk kekal kompetitif
Malaysia menghadapi cabaran besar dalam usaha menjadi hab pusat data global, dengan kebergantungan kepada cip teknologi dari Amerika Syarikat dan konflik perdagangan antara AS dan China. Diversifikasi sumber teknologi dilihat sebagai langkah penting bagi memastikan pembangunan ekonomi negara tidak terjejas.
Permohonon diperkenan, Akhyar Rashid ucap terima kasih kepada TMJ
Akhyar Rashid, meluahkan penghargaan tak terhingga kepada Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, atas peluang dan kesempatan yang diberikan kepadanya.
Harapan baru atau sekadar sementara ?
Sejauh mana gencatan senjata ini mampu bertahan, dan apakah langkah-langkah seterusnya untuk memastikan keamanan berterusan?
Bagi menjawab persoalan ini, kita akan bersama seorang pakar, Prof. Madya Dr. Aminurraasyid Yatiban, Pengarah Institut Kecemerlangan Pengajian Baitulmaqdis (IEIJS) di Universiti Utara Malaysia.
Bagi menjawab persoalan ini, kita akan bersama seorang pakar, Prof. Madya Dr. Aminurraasyid Yatiban, Pengarah Institut Kecemerlangan Pengajian Baitulmaqdis (IEIJS) di Universiti Utara Malaysia.
[TERKINI] Keputusan pendakwaan Kes Tan Sri Muhyiddin Yassin
Hakim Mahkamah Sesyen, Azura Alwi memutuskan, kesemua tujuh pertuduhan merangkumi empat tuduhan salah guna kuasa dan tiga kes pengubahan wang haram yang dihadapi bekas perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, akan dibicarakan secara bersama.
Warga emas ditahan miliki dadah lebih 2kg di Muar
Polis menahan seorang warga emas setelah menemukan dadah yang disyaki syabu dan heroin seberat lebih dua kilogram di Sungai Abong.
Polis keluar larangan kutip kerang di Pantai Dungun
Larangan dibuat selepas pihaknya menerima beberapa laporan mengenai aktiviti tersebut yang membahayakan individu terlibat.
Polis mohon bantuan kesan Noor Amni Nazaranee
Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan berumur 14 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Taman Bukit Puchong, Putra Perdana di sini semalam.
Nahas ngeri Ayer Keroh: Dua beradik menangis diberitahu ibu bapa meninggal dunia
Dua beradik yang terselamat dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Kilometer 204 PLUS arah utara Isnin lepas, telah dibenarkan keluar dari hospital.
Jadual kerja Fattah Amin penuh hingga Februari depan
Kelibat Fattah Amin semakin menjadi tumpuan peminat dunia seni tanah air, khususnya wanita.
Abang penyerang Balai Polis Ulu Tiram didakwa sokong, miliki bahan berkaitan Daesh
Abang sulung lelaki yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram sehingga mengakibatkan kematian dua anggota polis dan seorang lagi cedera, hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi.
Prosiding lima sekeluarga penyerang Balai Polis Ulu Tiram ditangguh ke 24 Sept
Sebutan semula kes lima anggota keluarga penyerang Balai Polis Ulu Tiram pada 17 Mei lepas ditangguh ke 24 Sept ini.
Tanah jerlus Masjid India: Keluarga lakukan ritual agama sebelum pulang ke India
Sebelum pulang, suami, anak lelaki dan adik perempuan Vijaya Lakshmi ke lokasi tanah mendap buat kali terakhir untuk mengadakan upacara keagamaan.
Tanah jerlus Masjid India: Ahli keluarga mangsa sugul, setia menanti di lokasi
Ahli keluarga wanita warga India yang masih hilang dalam insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India semalam, terus setia menanti di lokasi kejadian hari ini.
Suspek kes bunuh, bakar tiga sekeluarga dituduh esok
Suspek utama dipercayai membunuh ibu dan bapa serta anak saudaranya sebelum membakar rumah mereka di Kampung Paya Redan, Pagoh di sini pada 10 Ogos lalu, akan dituduh di mahkamah pada Selasa.
'Nidza Afham pernah cakap mahu jadi terkenal, tapi bukan macam ini' - Kakak
Kakak kepada Allahyarham penyanyi Nidza Afham iaitu Irfahanie memaklumkan adiknya itu pernah berhasrat untuk menjadi penyanyi terkenal.
Ahli keluarga Allahyarham Zulfarhan tiba di mahkamah
Kesemua mereka kelihatan tenang sebelum memasuki bilik bicara Mahkamah Rayuan jam 8.45 pagi.