KUALA LUMPUR: Suara dianggap instrumen penting bagi golongan pengguna suara profesional seperti penyanyi, pembaca berita, pengacara dan guru.
Namun penjagaan suara sebenarnya tidak hanya terhad kepada golongan ini sahaja kerana suara merupakan aset yang mempengaruhi kehidupan dan kerjaya seseorang, malah boleh dianggap identiti seseorang individu.
Pakar Perunding Kanan Otorinolaringologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Dr Marina Mat Baki berkata, kesedaran berkaitan penjagaan suara di Malaysia masih pada tahap yang rendah.
"Kalau kita sebut occupational hazard, masalah suara di Malaysia masih belum diterima sebagai hazard. Di luar negara, syarikat insurans ada menawarkan suara sebagai sebahagian daripada penjagaan.
"Sebagai contoh, seorang guru di London berjaya menerima pampasan kerana dia mengajar di kelas bersebelahan dengan jalan besar yang bising, mengakibatkan dia mengalami masalah suara.
"Kesedaran seperti ini masih kurang di Malaysia, walaupun pada hakikatnya suara yang baik penting untuk kualiti hidup.
"Kajian menunjukkan kualiti hidup mereka yang mengalami masalah peti suara suara dan suara serak, jauh lebih rendah berbanding mereka yang mengalami penyakit lain contohnya masalah buah pinggang, kencing manis dan lain-lain," katanya dalam sesi webinar Memasyarakatkan Kesihatan Rakyat anjuran UKM bertajuk Suara Bak Buluh Perindu, pada Jumaat.
Turut serta sebagai panel dalam webinar tersebut ialah pensyarah vokal dan penyanyi, Datuk Syafinaz Selamat.
Tambahnya, selain pengguna suara profesional, khalayak umum juga berisiko mengalami masalah suara terutama bagi mereka yang merokok dan minum minuman keras, masalah alahan atau kesihatan seperti resdung serta faktor tekanan.
Hari Suara Sedunia disambut di seluruh dunia pada 16 April setiap tahun untuk meraikan fenomena suara, bertujuan untuk menonjolkan kepentingan suara dalam kehidupan.
Sementara itu, Syafinaz menjelaskan, penggunaan teknik yang betul merupakan sebahagian daripada aspek penjagaan suara bagi golongan penyanyi.
"Bakat dan teknik sama penting, tetapi dengan adanya teknik yang betul, ia boleh membantu penyanyi yang average menjadi bagus. Penyanyi average maksudnya dia boleh menyanyi, tidak sumbang dan boleh ikut tempo tetapi kualiti suara mungkin kurang.
"Penyanyi yang sudah ada bakat semulajadi pun, jika ada teknik yang baik, dia boleh mempertingkatkan lagi kemampuannya, malah akan membantu memberikannya keyakinan untuk menyanyi dengan selesa," katanya.
Ujar Syafinaz, matlamat utama menyanyi dengan teknik yang betul ialah untuk mengelak ketegangan dan kecederaan suara, bagi membolehkan seorang penyanyi menggunakan suaranya selama yang boleh.
"Bakat dan teknik, disokong oleh musicianship (pengetahuan tentang nada, ritma dan tempo) dan stail, akan membantu seorang menjadi penyanyi yang baik," tambahnya.
Madiha Abdullah
Fri Apr 15 2022
![Hari Suara Sedunia: Kesedaran tentang penjagaan suara di Malaysia masih rendah Hari Suara Sedunia: Kesedaran tentang penjagaan suara di Malaysia masih rendah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/41632911073_TBSINGING.jpg)
Penjagaan suara sebenarnya tidak hanya terhad kepada golongan pengguna suara profesional sahaja. - Gambar hiasan
![Saingan semakin sengit, Malaysia perlu terus perkasa ekosistem halal - Zahid Saingan semakin sengit, Malaysia perlu terus perkasa ekosistem halal - Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739002734_ZahidHamidi.jpg)
Saingan semakin sengit, Malaysia perlu terus perkasa ekosistem halal - Zahid
Meskipun diiktiraf sebagai peneraju industri halal di peringkat global, Malaysia tidak boleh sekadar berpuas hati dengan pencapaian sedia ada.
![Datuk lemas ketika cuba selamatkan dua cucu di Pantai Irama Datuk lemas ketika cuba selamatkan dua cucu di Pantai Irama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739002668_WargaEmasLemasP.jpg)
Datuk lemas ketika cuba selamatkan dua cucu di Pantai Irama
Seorang datuk lemas ketika menyelamatkan dua cucu yang dihanyutkan ombak di Pantai Irama di sini, pada Sabtu.
![Produk Coca-Cola di Malaysia tidak terkesan dengan pencemaran klorat - Dzulkefly Produk Coca-Cola di Malaysia tidak terkesan dengan pencemaran klorat - Dzulkefly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739004501_CocaCola.jpg)
Produk Coca-Cola di Malaysia tidak terkesan dengan pencemaran klorat - Dzulkefly
Produk Coca-Cola EuroPacific Partners sahaja dikesan mengandungi paras klorat tinggi dan ia diedarkan di beberapa negara Eropah.
![Jadikan pencen veteran ATM sebagai permulaan kerjaya baharu - Khaled Nordin Jadikan pencen veteran ATM sebagai permulaan kerjaya baharu - Khaled Nordin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739004981_KhaledNordin.jpg)
Jadikan pencen veteran ATM sebagai permulaan kerjaya baharu - Khaled Nordin
Majoriti mereka berpencen pada usia muda iaitu sekitar 42 tahun dan masih bertenaga untuk mempelajari ilmu baharu.
Indonesia rangka peratusan had umur, lindungi kanak-kanak di platform digital
Indonesia sedang merangka peraturan baharu bagi melindungi kanak-kanak daripada risiko dalam talian, termasuk menetapkan had umur pada platform digital, menurut Kementerian Komunikasi dan Digital negara itu.
![Selangor akan tubuh beberapa pusat AI tahun depan - Amirudin Selangor akan tubuh beberapa pusat AI tahun depan - Amirudin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739000056_AmirudinShari.jpg)
Selangor akan tubuh beberapa pusat AI tahun depan - Amirudin
Beberapa pusat kecerdasan buatan (AI) akan ditubuhkan di Selangor tahun depan sebagai langkah kerajaan negeri menyokong perkembangan teknologi yang sedang pesat membangun itu.
AWANI Ringkas: Op Sky: Keterangan tiga selebriti bantu lengkap siasatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Banjir: PDPR dilaksana di sekolah yang tak sempat dibaik pulih
Walaubagaimanapun, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, sasaran pihaknya adalah agar semua murid dapat hadir ke sekolah untuk sesi pembelajaran secara bersemuka.
![Perahu karam, warga emas ditemukan lemas di Tatau Perahu karam, warga emas ditemukan lemas di Tatau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738998395_mayat.jpg)
Perahu karam, warga emas ditemukan lemas di Tatau
Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang dalam kejadian perahu karam di Sungai Anap, Tatau, Bintulu pada Rabu lepas, ditemukan lemas pagi tadi.
![Pilihan raya negeri mendebarkan, wilayah New Delhi dalam proses kira undi Pilihan raya negeri mendebarkan, wilayah New Delhi dalam proses kira undi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739003480_pilihanrayaindia.jpg)
Pilihan raya negeri mendebarkan, wilayah New Delhi dalam proses kira undi
Lebih 60 peratus daripada lebih 15 juta pengundi yang layak telah menjalankan tanggungjawab mereka memilih kerajaan tempatan pada Rabu lalu.
![Waspada penipuan 'deepfake' tiru suara kenalan, lebih 400 kes kini disiasat - Polis Waspada penipuan 'deepfake' tiru suara kenalan, lebih 400 kes kini disiasat - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721713319_RamliMohamedYoosuf.jpg)
Waspada penipuan 'deepfake' tiru suara kenalan, lebih 400 kes kini disiasat - Polis
Mangsa akan diminta untuk membuat pindahan wang ke akaun tertentu yang merupakan akaun keldai.
![Jaga, lindungi suara sebagai aset kerjaya Jaga, lindungi suara sebagai aset kerjaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81686532100_TBSyafinazSelamat.jpg)
Jaga, lindungi suara sebagai aset kerjaya
Mereka yang mempunyai masalah suara berasa hidup menjadi kurang bermakna berbanding penghidap penyakit kronik yang lain.
![Hari Suara Sedunia: Kesedaran tentang penjagaan suara di Malaysia masih rendah Hari Suara Sedunia: Kesedaran tentang penjagaan suara di Malaysia masih rendah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/41632911073_TBSINGING.jpg)
Hari Suara Sedunia: Kesedaran tentang penjagaan suara di Malaysia masih rendah
Penjagaan suara sebenarnya tidak hanya terhad kepada golongan pengguna suara profesional sahaja kerana suara merupakan aset yang mempengaruhi kehidupan dan kerjaya seseorang.
![Audio rakaman mesyuarat Bersatu sebelum Tun M letak jawatan tersebar Audio rakaman mesyuarat Bersatu sebelum Tun M letak jawatan tersebar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/71582955206_TunM.jpg)
Audio rakaman mesyuarat Bersatu sebelum Tun M letak jawatan tersebar
Satu rakaman suara yang didakwa dari mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada 23 Februari lepas tersebar di internet sejak Selasa malam.
![Kerajaan bela nasib kaum India Muslim - Waytha Moorthy Kerajaan bela nasib kaum India Muslim - Waytha Moorthy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/71558890547_PWaythaMoorthy.jpg)
Kerajaan bela nasib kaum India Muslim - Waytha Moorthy
Katanya, beliau dimaklumkan bahawa masyarakat itu bimbang bahawa hak komuniti itu dipinggirkan dan suara mereka tidak diwakili di peringkat kerajaan persekutuan.
![Google Assistant bakal lenyapkan Siri? Google Assistant bakal lenyapkan Siri?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/41557294236_GOOGLE.jpg)
Google Assistant bakal lenyapkan Siri?
Kini Google Assistant boleh memberi respon kepada permintaan sehingga 10 kali lebih pantas.
!['Saya dah tak yakin nak menyanyi seperti dulu' - Aiman Tino 'Saya dah tak yakin nak menyanyi seperti dulu' - Aiman Tino](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/41540879217_aimantino.jpg)
'Saya dah tak yakin nak menyanyi seperti dulu' - Aiman Tino
Penyanyi Aiman Tino akui tahap keyakinan dirinya untuk bernyanyi sudah semakin kurang selepas mengalami masalah pada kotak suara.
![Sedar kepentingan suara anak muda, organisasi berminat gaji mereka Sedar kepentingan suara anak muda, organisasi berminat gaji mereka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/61535042338_TBHETALxjpg.jpg)
Sedar kepentingan suara anak muda, organisasi berminat gaji mereka
Semakin banyak organisasi mengambil pendekatan mendampingi dan mendengar suara anak muda.
![Audio tiru suara Anwar macam projek pelajar kolej - Penganalisis Audio tiru suara Anwar macam projek pelajar kolej - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/51436321875_AGUSYUSOFF.jpg)
Audio tiru suara Anwar macam projek pelajar kolej - Penganalisis
Menurut Profesor Datuk Dr Mohamad Agus Yusoff, jika diteliti audio ucapan itu jelas dilihat dibuat oleh golongan tertentu untuk menimbulkan fitnah.
![Penggera pengesan asap suara ibu nyaring lebih berkesan? Penggera pengesan asap suara ibu nyaring lebih berkesan?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-11/81511072672_SonicSense.jpg)
Penggera pengesan asap suara ibu nyaring lebih berkesan?
Kanak-kanak lelaki paling sukar untuk sedar dari tidur apabila 100 peratus yang 'terselamat' dalam kajian itu adalah kanak-kanak perempuan.